Zafriel Adrian memandang tubuhnya. Eh, lupa pulak aku pakai baju Fahmi! Dia tersengih. "Zaff keluar sebelum subuh tadi. Tu yang tak sempat bagitahu sesiapa. Lepas tu, solat dekat masjid sebelum ke rumah Fahmi. Kebetulan kat rumah dia, tak mandi lagi pulak tu, pinjamlah baju dia."

Hajah Aminah hanya menggeleng kecil. "Apa-apa sajalah. Kalau nak makan, kat dapur tu ada roti canai, abi beli tadi. Ke kamu nak pergi rumah Uncle Nazmi terus?"

Zafriel Adrian mengerling jam tangannya. "Kejap lagilah Zaff pergi. Zaff masuk rumah dulu eh?" Beritahunya sebelum masuk ke dalam rumah.

"Hmm..." Hajah Aminah menyambung tugas menyiram pokok bunganya.

______________________________

Tengah hari itu, semua berkumpul di ruang tamu kediaman Tan Sri Nazmi sekeluarga. Iman Nadhirah bermain dengan jari-jemarinya kerana sudah mulai rasa bosan meskipun papanya belum memberi sepatah dua kata. Sudahlah telefon pun kena tarik sampai mula semester baru, barulah papanya pulangkan telefon. Orang dah habis sekolah pun kena rampas telefon ke? Apa ni?

Dalam rasa tidak puas hati, dia bersyukur kerana papanya tidak lagi marah seperti malam semalam. Mungkin betul kata Zafriel, marah papa kerana kecewa dan papa tak berniat pun ingin berkata seperti apa yang dikatakan semalam.

Iman Nadzir pula asyik memandang papanya dan Zafriel Adrian silih berganti. Dia tidak tahu menahu hal kahwin yang dikatakan Zafriel Adrian kerana waktu itu, dia keluar memujuk adiknya yang sedang bersedih. Puan Sri Ilyana pula lebih memilih untuk tidak masuk campur hal mereka. Dia hanya duduk di dapur menyiapkan makanan tengah hari.

Zafriel Adrian menanti jawapan Tan Sri Nazmi dengan penuh debaran. Dia tidak berani menaruh harapan apa-apa. Hanya mampu serahkan semuanya kepada Ilahi.

Tidak lupa Haji Umar yang turut menyertai perbincangan merrka pada tengah hari itu. Kehadirannya atas ajakan Tan Sri Nazmi dan mengundang curiga dan pelik di hati Iman Nadzir dan adiknya serta Zafriel Adrian.

Hajah Aminah dan Zafrina menyertai Puan Sri Ilyana 'bertukang' di dapur. Zakwan pula tidak ada kerana menyertai latihan taekwando di sekolahnya.

"Baiklah, memandangkan semua ada di sini. Papa dan abi ingin beritahu satu perkara. Hal ini penting terutama sekali pada Irah dan Zafriel." Tan Sri Nazmi akhirnya membuka bicara.

Iman Nadhirah yang sedari tadi menunduk memandang jemarinya mengangkat muka. Kaki menguis-nguis permaidani. Keningnya berkerut memandang Tan Sri Nazmi yang kekal tenang. Apahal sebut nama aku pulak ni? Apa kaitan pulak Zafriel dalam kisah hidup aku?

Hati Zafriel Adrian berdebar. Apabila kawan baik ayahnya menyebut nama ayahnya, dia hanya boleh agak satu perkara. Adakah Iman Nadhirah akan tahu tentang rahsia pertunangan itu?

"Pasal apa ni, pa?" Tanya Iman Nadzir meskipun dia sedar namanya tidak disebut tadi.

"Irah. Zafriel, Nadzir. Papa dan abi, bersama umi dan mama dah berbincang perkara ini dan sudah mencapai kata sepakat. Kami ingin..."

Iman Nadhirah menjungkitkan kening sebelah. Ingin?

"Menikahkan Irah dan Zafriel hujung minggu ini juga."

"APA?!" Terkejut besar Iman Nadhirah mendengar kata-kata papanya. Setelah apa yang berlaku malam itu, sejujurnya dia berasa malu dengan Zafriel Adrian yang menjadi saksi malam itu. Tetapi, sekarang papanya ingin dia hidup bersama dengan lelaki itu sampai bila-bila?

Oh tidak!

Zafriel Adrian menunjukkan riak wajah biasa. Sedikit sebanyak dia berasa lega kerana impian ingin menikahi gadis kesayangannya telah tercapai. Akan tetapi, dia tetap berasa risau dan ragu-ragu dengan penerimaan Iman Nadhirah.

"Adakah ini satu lawak yang hambar?" Tanya Iman Nadhirah.

"No. I'm serious. Sabtu ini kamu dan Zafriel akan dinikahkan. Muktamad!"

Iman Nadhirah terkebil-kebil. Biar betul? Aku? Cik troublemaker akhirnya berkahwin dengan pengawas bajet alim? Pembantu cef akhirnya perlu sehidup semati selamanya dengan ketua cef? Di usia 23 tahun? I'm so young to get married! Sumpah aku nak jumpa budak-budak sekolah yang sokong relationship kita orang.

Apasal mulut korang masin sangat ni?!

Yang paling Iman Nadhirah tidak percaya, Zafriel Adriam hanya tenang mendengar keputusan papa. Oh, lupa. Diakan anak Pak Imam, kenalah anak yang taat. Tapi... kenapa dalam ramai-ramai lelaki atas bumi Tuhan ni, mesti dia yang papa pilih untuk jadi suami aku?!


★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Yeay diorang nak kahwin!🎉🎉

"Senyap! Kau pun sama, mulut masin nak sangat aku kahwin dengan pengawas bajet alim tu😤."-Iman Nadhirah

"Hahahahahaha... zafriel kena reject. Muahahahaha"-Fahmi

"😒😒"-Zafriel Adrian

Sorry aku jarang update. Sumpah penat jadi upper form ni. Rasa cam tidur pun tak cukup setiap hari😥 ni pun sebab esok road run, tak belajar, so aku ambik kesempatan untuk update sebelum menyiapkan homework yang bertimbun tu😂

Yeay, tak sabar nak road run. Doakan aku dpat top 20. 😂 yelah nak dapatkan top 10, tak mampulah kan...😞😂😂 kita sedar siapa kita. Ni pun kaki tak baik lagi tapi hope tak jadi apa-apalah esok. Aamiin...

Hmm... apa nak cakap lagi? Ha, apa yang korang nak untuk chapter-chapter seterusnya, selepas diorang kahwin ni.

Munculnya orang ketiga? Bahagia, ada anak? Iman atau Zafriel curang? Atau nak buat Zafriel gay?😂 tiba-tina je kan😂😂

"Woi, aku tak gay lah!"-Zafriel Adrian

Eleh... gurau aje. Leklah. Halamak, taulah dah jadi cef kan.. tak bagi diskaun pun untuk aku. Apa punya kuli daaa...

"Kau cakap macam aku owner restoran je😒 aku cef je k?"-Zafriel Adrian

Yelah yelah... oh, ataupun diorang hidup merempat? Yelah, Zafriel kan kena gantung, author buat dia kena buang pulak. Best gak kann?😏

"Janganlah... aku sayang karier aku😭"-Zafriel Adrian

"Aku sayang ketua aku.😭😭"-Adam

"Eh, sayang?😕"-Fahmi

One more, nak promote buku. Tajuknya : Misi Memikat Cinta
Penulis : RatuCHENGAL







Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now