86

3.2K 211 25
                                    

Dumm!

Hilman dan Iman Nadhirah tersentak mendengar bunyi kilat itu. Serentak mereka memandang ke luar tingkap. Beberapa titis air hujan mula turun mengenai tingkap bilik itu.

Iman Nadhirah cuba melepaskan diri daripada Hilman apabila melihat Hilman terleka memandang ke luar tingkap.

Belum pun sempat Iman Nadhirah turun dari katil, Hilman menarik tubuh gadis itu rebah di atas katil. Iman Nadhirah menendang-nendang kaki Hilman. Namun, sikit pun Hilman tidak peduli.

"Kau ingat, aku boleh senang-senang lepaskan kau? Penat-penat aku dapatkan kau, takkan nak lepaskan macam tu saja?"

"Lepaslah, Hilman! IANNNN! TOLONGGG!!!!!"

Hilman terus ketawa besar. Lebih kepada menyindir gadis itu. "Jeritlah sekuat hati, tak ada sesiapa pun yang akan dengar."

Iman Nadhirah kembali mengalirkan air mata. Dia pasrah. Tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Dan sekali lagi...

DUMM!!

_____________________________

Zafriel Adrian mengenggam kuat stereng kereta. Matanya dikecilkan melihat Iman Nadhirah yang ditarik ke muka pintu rumah. Gadis itu kelihatan seperti tidak rela ingin memasuki rumah itu.

Ingin sahaja dia keluar selamatkan tunangnya itu. Tetapi niatnya itu segera dimatikan. Bimbang mereka tahu bahawa mereka diekorinya. Zafriel Adrian menjeling jam pada dashboard kereta sekilas. 11.49 malam.

Dahinya berkerut-kerut. Kenapa mamat tu bawak Iman ke sini? Secara paksa pulak tu. Jangan-jangan...

Dumm!!

Kilat memancar di langit yang gelap. Hujan lebat mulai turun. Zafriel Adrian memandang kembali tingkap bilik yang diterangi cahaya lampu itu. Dia tidak dapat lihat apa-apa disebabkan langsir yang tergantung di bilik itu.

Tiba-tiba, dia terdengar suara jeritan yang amat dia kenali.

"IAAANNNNNN!!!"

Zafriel Adrian laju menanggalkan tali pinggang keledar. Pintu keretanya dibuka. Dia memecut ke muka pintu yang sedia terbuka itu. Hujan yang turun dengan lebat langsung tidak dipedulikannya. Sampai ke tingkat atas, dia mencari-cari bilik yang diduduki Iman Nadhirah. Semua bilik itu ditutup rapat. Tetapi hanya satu bilik sahaja yang terdapat cahaya lampu di celah-celah pintu.

Zafriel Adrian memulas tombol pintu tetapi tidak berjaya. Pintu itu berkunci. Dia berundur ke belakang sedikit lalu dia pun berlari ke arah pintu.

DUMM!!

Pintu itu terbuka terus selepas ditolak dengan bahu kanan Zafriel Adrian. Terbuntang matanya melihat tubuh Iman Nadhirah yang sudah tidak bertudung ditindih Hilman. Tanpa berlengah, dia menarik Hilman menjauhi gadis itu. Dia memberikan beberapa tumbukan di muka dan beberapa tendangan di anggota badan Hilman yang lain.

Hilman rebah. Langsung tidak melawan kembali Zafriel Adrian. Dada Zafriel Adrian berombak laju. Rasa ingin bunuh sahaja Hilman kerana telah cuba menodai kesucian Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah yang menangis tersedu-sedu di atas katil didekati Zafriel Adrian. Matanya tertancap pada kain tudung di atas lantai. Tudung shawl itu sudah pun terkoyak sedikit akibat direntap kuat oleh si Hilman tadi. Zafriel Adrian mengambil kain tudung itu lalu dihulurkan pada gadis itu. Jaket jeans yang tersarung di tubuh ditanggalkan juga dihulurkan pada gadis itu.

Iman Nadhirah langsung tidak menyambut. Sebaliknya dia mendakap erat tubuh Zafriel Adrian. Wajahnya disembam pada dada lelaki itu. Zafriel Adrian terkedu. Dia hanya membiarkan. Tidak menolak, tidak juga dibalas.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now