66

3K 204 16
                                    

Iman Nadhirah menghampiri Iman Nadzir yang sedang menunggu kehadirannya di parkir motosikal. Abangnya itu memeluk tubuh memandang sekeliling sementara tubuhnya bersandar pada motosikalnya.

"Abang!" Panggil Iman Nadhirah.

Pantas sahaja Iman Nadzir menoleh. Dia tersenyum memandang adiknya. Segera dia mengambil helmet lalu disuakan pada gadis itu.

Iman Nadhirah menyambut tetapi tidak dipakai. "Abang, macam mana adik boleh masuk rumah hantu?" Seperti tadi, dia terus bertanya tanpa pembuka bicara mahupun pendahuluan cerita. Terus masuk ke isi cerita. Eh? Bukan karangan ke tu?

Iman Nadzir tersentak mendengar soalan itu. Dipandang wajah adiknya yang ingin menagih jawapan. Dia cuba bertenang. "Balik rumah nanti abang cerita pada adik. Dah, pakai helmet tu," arahnya sambil memakai helmet full-facenya.

Iman Nadhirah tidak puas hati. Namun, diakur jua. "Janji eh, jangan lupa pulak!" Dia memberi amaran sebelum memakai helmet.

Iman Nadzir hanya mengangguk. Dia memanjat motor berkuasa tingginya selepas menghidupkan enjin. Diikuti Iman Nadhirah.

__________

Usai makan dan bersolat, Iman Nadhirah menunggu abanhnya di ruang tamu. Dia membuka siaran televisyen. Dilihatnya jam di dinding. Keningnya berkerut. "3 petang dah? Cepatnya!"

Tanpa melengahkan masa dia membuka saluran 393 yang menayangkan drama-drama Korea. Minat juga korea minah ni! Drama Legend Of The Blue Sea ditayangkan.

Tak lama kemudian, Iman Nadzir turun dari biliknya. Entah apa yang dia lakukan di kamarnya itu. Dia berjalan menuju ke ruang tamu. Dilabuhkan punggung di sebelah adiknya itu. "Cerita Korea? Tak ada cerita lain ke adik?"

Iman Nadhirah tersenyum-senyum sendiri menonton drama itu. Alat kawalan jauh Astro dipegang erat. Bimbang juga abangnya merampas alat kawalan jauh itu.

"Adik, kata nak tahu pasal cerita tu?" Umpan Iman Nadzir. Mungkin dah tiba masanya gadis itu tahu apa yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.

Iman Nadhirah merengus perlahan. Baru nak feeling tengok drama. Dia menoleh memandang abangnya. "Ha, bagitaulah!" Sesekali dikerling jam di dinding. Hari ini Zafriel Adrian akan datang ke rumahnya pada pukul 4 petang. Katanya dia ada study group di rumah kawannya. Itulah pasal lelaki itu datang agak lewat dari kebiasaan.

Iman Nadzir pun mula menceritakan satu per satu. "Zafriel yang halang adik dari ikut kami. Abang sokong sebab ada betulnya kata-kata dia. Tapi sumpah kami berdua tak tahu pun adik nak masuk rumah hantu. Kalau kami tahu, kami takkan larang adik," terangnya.

Iman Nadhirah terkejut. Tidak dia sangka dua orang lelaki yang penting dalam hidupnya itu yang menyebabkan dia masuk ke tempat itu. "Abang tau kan, adik tak pernah ikut lelaki kalau bukan ada sebab tertentu? Abang tak rasa pelik ke? Zafriel tu pun tahu adik trauma masuk rumah hantu kenapa dia tak halang? Kenapa dia tak cuba tanya adik apa tujuan adik nak ikut abang? Adik bencikan abang! Abang dengan Zafriel sama saja!" Bentak gadis itu marah. Dia terus naik masuk ke biliknya. Mood menonton drama Korea terus hilang dibawa pergi. Hanya angin marah saja yang ada sekarang.

Iman Nadzir yang masih di ruang tamu meraup wajahnya. Sungguh dia kesal dengan apa yang telah dia lakukan.

"Maafkan abang, adik. Abang tak tahu. Zafriel tak tahu. Kami takkan benarkan adik pergi kalau kami tahu," rintih Iman Nadzir sendirian.

____________

Zafriel Adrian turun dari motosikalnya. Helmet full-face ditanggalkan lalu diletakkan di atas motor. "Assalamualaikum!" Salam diberi.

Tak lama kemudian pintu utama dibuka. Wajah sugul Iman Nadzir dipandang pelik. "Apa pasal kau ni? Monyok aje... ada masalah?" Soal Zafriel Adrian. Terdetik di hatinya bahawa Iman Nadhirah sudah mengetahui kebenarannya. Tetapi laju sahaja dibuang rasa itu. Dia yakin pasti Iman Nadzir memujuk adiknya.

Iman Nadzir tersenyum kelat. Dia membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah. "Tak adalah. Aku penat aje. Ermm... kalau kau nak masuk, masuklah. Tengoklah TV ke apa. Iman tak sihat."

Tersentak Zafriel Adrian mendengar khabar gadis itu. "Hah? Tak sihat? Kenapa?"

"Dia pening kepala sikit. Jangan risaulah. Aku dah bagi dia makan ubat tadi. Sekarang dia tidur kut. Kalau kau nak balik pun takpe. Bukan ada apa pun kat rumah ni. Lagipun, aku nak buat homework kejap lagi."

Wajah Zafriel Adrian berubah. Rasa risau dan kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan gadis itu meskipun mereka sudah bertemu di sekolah tadi. "Okay." Balasnya pendek.

Iman Nadzir terus berlalu ke biliknya. Zafriel Adrian melangkah keluar ke halaman rumah melalui pintu gelangsar di tepi rumah. Dia duduk di tempat kebiasaan dia menjalankan sesi tutor bersama dengan Iman Nadhirah.

Keluhan dilepaskan. Perasaan tidak enak berkunjung tanpa diundang. Nadhirah dah tahu ke pasal hal tu? Dia bencikan aku ke?

Ya Allah sekalipun dia bencikan aku jangan biarkan dia tinggalkan aku. Aku takut kehilangan dia lagi.

✩✩✩✩✩

Ops, sorry tak ada part sweet. Hey aku tak janji nak buat part sweet kan? Sementara dia orang ni tengah bersrdih dan marah, kita bergembira kejap lah ya?

 Hey aku tak janji nak buat part sweet kan? Sementara dia orang ni tengah bersrdih dan marah, kita bergembira kejap lah ya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeng jeng jeng! Ranking naik baliklah wei. Yeay!🙌🙌 thank you guys menaikkan balik ranking ni. Tak ingat bila pernah dapat ranking ni. Tapi tak kisahlah eh. Hari ini juga dah genap cerita aku lagi satu tu umur setahun. Cerita ni tak lama lahi pun setahun jugak😉. Dah tua kau ya, CTPH?😂 bila nak sampai ke penghujungnya ni? Haha! Lambat lagi. Mohon korang sentiasa menunggu update cerita ni dan bacalah sampai habis ya?

"Yeay! 19 favourite number aku,"-Zafriel Adrian

"Tetibe"-Iman Nadhirah

"Eleh, jeles cakap😏 nanti anak kita 19 eh, jangan lupa tau?😂"-Zafriel Adrian

"Mak aii banyak nya! Ni bukak kindergarten ke apa ni?"-Iman Nadzir

"Woi belum apa-apa kau dah meminta ya? Gatal!"-Iman Nadhirah

"Alaa... gatal ngan kau je😉"-Zafriel Adrian

*blushing* *korek lubang tanah+masukkan kepala+jerit sekuat hati* "aaaaaah!"-Iman Nadhirah

Woi, dah-dah! Ada aje korang ni nak menyelit. Time cerita kome ada aku menyelit? Bikin hati panas betul!😒

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now