11

5.5K 308 2
                                    

Iman Nadhirah khusyuk membuat kerja sekolahnya. Sesekali kepalanya digaru mencari idea yang tidak muncul.

Sepatutnya dia ada kelas tutor bersama dengan Zafriel Adrian, tetapi lelaki itu ada latihan bola sepak dan mungkin dia datang lewat sedikit.

"Irah..."

Iman Nadhirah menoleh ke arah suara itu. Rupanya Puan Sri Ilyana yang memanggil. Wanita itu mengambil tempat di sebelah Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah menjungkitkan kening sebelah. Dia menyoal, "Ada apa, ma?"

Puan Sri Ilyana senyum. "Tak ada apalah. Cuma mama suka tengok Irah jadi rajin macam ni. Homework tak buat last minute macam selalu. Kalau boleh pergi sekolah datanglah awal. Naik dengan abang. Kalau tak nak naik dengan abang sekalipun, keluar awal. Jangan buat hal di sekolah."

Iman Nadhirah hanya diam. Tangannya ligat menulis esei Sejarah. Volume lagu dikuatkan sedikit. Bukannya ingin berkurang ajar, tapi dia memang tidak suka sesiapa menyuruhnya itu dan ini. Jikalau mahu melihat dia berubah biarlah secara perlahan-lahan.

Puan Sri Ilyana menggeleng kecil. Dia sudah tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi. Dia terus bangun dan masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dia terserempak dengan Zafriel Adrian dan Iman Nadzir yang baru saja tiba.

"Eh Zaf, dah sampai? Dari mana ni?" Soal Puan Sri Ilyana.

Zafriel Adrian menghulurkan senyuman manis. "Saya dari sekolah, aunty. Ni datang nak tutor Nadhirah."

Iman Nadzir menyampuk, "Zaf je ke mama tegur? Anak mama ni, mama tak tegur pulak?"

Puan Sri Ilyana menjeling Iman Nadzir. "Kamu, mama dah selalu tegur. Zaf ni tetamu. Pergilah, Zaf. Dia ada dekat tempat biasa."

Zafriel Adrian mengangguk. Dia meminta diri lalu pergi keluar mengikut pintu di sebelah tepi rumah banglo itu.

"Assalamualaikum." Salam diberi. Zafriel Adrian duduk di sebelah Iman Nadhirah. Apabila tiada jawapan dari gadis itu, dia mengerutkan kening.

Iman Nadhirah leka menulis sehingga tidak sedar akan kehadiran Zafriel Adrian di sisinya.

Zafriel Adrian terlihat earphone yang menyambung ke telefon pintar gadis itu. Muncul pula idea nakal di fikirannya. Apa salahnya sesekali jadi jahat, betul tak?

Dia mengambil telefon itu perlahan-lahan... dan... earphone dicabut.

Iman Nadhirah pelik apabila tiada lagu kedengaran. Dia mencapai telefonnya. Namun dia berasa ada yang tidak kena.

Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke sebelah kanan. Matanya terbuntang luas. "Aaaaaahhh!" Dia menjerit sekuat hati lalu berlari lintang-pukang masuk ke dalam rumah.

Zafriel Adrian tergelak-gelak. Topeng ditanggalkan. Topeng itu milik adiknya. Dia lupa mahu mengeluarkan topeng itu dari beg. Kebetulan pula muncul idea sebegitu.

Iman Nadhirah yang berlari masuk ke dalam rumah terus nampak abangnya baru turun dari tingkat atas.

"Abang! Abang!"

Iman Nadzir terkejut melihat adiknya yang sudah seperti baru dikejar hantu. "Adik kenapa ni?"

Iman Nadhirah terus mendakap tubuh abangnya. "Ta... tadi... tadi... I... I... rah na... nampak ha.. ha.. hantu." Tersekat-sekat dia berkata. Dia sememangnya amat takut dengan hantu. Walaupun dia ni nampak je berani tetapi bila dengar saja cerita hantu, automatik air matanya mulai mengalir.

Iman Nadzir mengerutkan kening. Hantu? Hantu mana siang-siang buta macam ni?

Puan Sri Ilyana muncul dari dapur. "Apa yang mummy dengar bising ta.." belum sempat wanita itu bertanya, Iman Nadhirah meluru ke arahnya.

"Eh, ni kenapa pulak ni? Nadzir?"

Iman Nadzir mengangkat bahu. "Dia kata dia nampak hantu."

Puan Sri Ilyana pula yang mengerutkan kening. Hantu mana pulak ni?

Zafriel Adrian masuk ke dalam rumah dengan sisa tawanya. Air mata dikesat. Perut dipegang. Terasa sakit perut akibat terlalh banyak ketawa.

Iman Nadzir dan Puan Sri Ilyana mengerling antara satu sama lain sambil berkata, "Inilah hantunya!"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now