13

5.3K 270 11
                                    

Fahmi berjalan laju mengejar Zafriel Adrian yang sudah jauh ke hadapan. "Zafriel! Zaf!" Panggilnya.

Zafriel Adrian berhenti lalu pusing ke belakang. "Kau rupanya! Awal pulak kau datang hari ni."

Fahmi hanya menyengih. Mana tidaknya, jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Kebiasaannya lelaki itu akan datang ke sekolah 10 hingga 15 minit selepas pukul 7. "Saja lah aku nak datang awal. Lagipun ada hot news aku nak kongsi ni!"

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Hot news? Dah macam perempuan je... "What kind of hot news?"

Fahmi mendekatkan mulutnya pada telinga Zafriel Adrian. Dia berbisik, "Taufik. Bagi. Surat. Cinta. Pada. Iman." Dia menyebut satu demi satu patah perkataan.

Zafriel Adrian terus membulatkan mata. Dia memandang wajah Fahmi inginkan kepastian. Fahmi mengangguk.

Ni betul-betul saingan ni!

______

Taufik memanggil seorang pelajar perempuan supaya mendekatinya. "Boleh tolong tak?"

Pelajar perempuan itu sekadar mengangguk.

Taufik mengeluarkan sampul surat yang berisi surat untuk Iman Nadhirah. "Tolong bagi pada IN. Dia kelas 3 Teratai. Kenal tak?"

Pelajar perempuan itu mengerutkan kening. "Bang, ada dua IN kat dalam kelas tu. Surat ni untuk yang mana satu? Kak Intan Norhafiza atau Kak Iman Nadhirah?"

Taufik menjungkitkan kening. "Laaa... ada dua orang ke? Ermm... Iman Nadhirah."

Pelajar perempuan itu mengangguk faham.

"Terima kasih ya dik!"

Pelajar perempuan itu terus mencari kelibat Iman Nadhirah. Dia menggaru-garu kepala. Jap, Kak Iman yang mana satu ya? Aduh, tak ingat pulak!

Pelajar itu ternampak seorang pelajar lelaki juga kawannya. "Fariz! Tolong boleh tak?"

Fariz mengangguk. "Tolong apa?"

"Nah, tolong bagi dekat IN, Kak Iman Nadhirah. Aku tak ingatlah yang mana satu," pintanya seraya memberikan surat.

Fariz mengangguk. "Okey, no prob!" Dia terus berlalu dari situ.

"Fariz! Iman Nadhirah bukan Intan Norhafeeza!"

Fariz membuat isyarat 'ok'. Matanya melilau mencari orang yang ingin dicari.

"Yo, Fariz!"

Fariz menoleh ke arah suara itu. Dia senyum. "Kau rupanya, Yazid. ada apa?"

"Kau dah siap esei Sejarah? Aku tak siap lagilah. Tolong aku boleh tak?" Soal Yazid.

Fariz berfikir sekejap. Nak cari dulu atau tolong dulu? Tolong dululah. Pasti Kak Iman datang lambat. "Jom!"

Kira-kira 15 minit kemudian, Fariz habis menolong Yazid menghabiskan eseinya. Surat itu langsung dilupanya. Guru bertugas sudah menyuruh semua murid beratur mengikut kelas masing-masing.

Fariz menyeluk poketnya. Dia baru saja ingin berjalan ke barisan kelasnya, terus dia berhenti. Sampul surat di dalam poket dibawa keluar. "Mashaa Allah aku lupa!" Fariz terus berjalan ke barisan pelajar 3 Teratai.

Jap! IN stands for Intan Norhafiza atau Iman Nadhirah? Tak silap aku, Kak Intan. Fariz terus mendekati Intan yang sedang berbual bersama-sama Ainnur dan Darmia. "Kak Intan, ni ada orang bagi."

Intan memandang pelik. Dia tetap menyambut huluran Fariz. "Terima kasih ya."

Usai Fariz pergi tinggalkan tiga senior perempuannya itu, Darmia berkata, "Fuyooo, Intan dapat surat cinta."

"Kannn... Jealous pulak aku," ujar Ainnur.

Darmia dan Intan terus memandang Ainnur pelik. Ainnur bertanya, "Korang kenapa pandang aku macam tu?"

Darmia dan Intan berpandangan. "Kau betul Ainnur ke ni? Setahu aku, Ainnur kawan kiteorang tak kisah pasal lelaki" terang Intan

Ainnur memuncungkan mulut. "Malas aku nak layan korang!"

Darmia dan Intan akhirnya menghamburkan tawa.






✩✩✩✩✩

Alamak! Apa jadi seterusnya? Fariz dah tersalah bagi surat!😲

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now