81

3.4K 208 253
                                    

"Cef Zafriel! Cef Zafriel!" Panggil Ahmad. Alana ikut  mengejar si Ahmad dari belakang.

Waktu itu waktu yang tak ramai pelanggan. Pekerja di dapur sedikit relaks membuat kerja. Zafriel Adrian yang sedang memasak untuk pelanggan menoleh apabila dengar namanya dipanggil. Keningnya berkerut seribu.

"Apahal Ahmad?" Soalnya.

Ahmad tidak terus menjawab sebaliknya dia mencari nafasnya kembali.

"Alana?" Alana pula yang dijadikan untuk mencari jawapan.

"Tengku Qurratul Alisya Nayli Edrina datang. Dia datang mengejut, cef! Puan Manisah arahkan cef buat masakan paling special buat Ku Alisya," terang Alana.

Mata Zafriel Adrian terbuntang. "Apa? Bukan dia nak datang bulan depan ke, macam mana boleh nak datang harini?"

"Tak tahu, cef," jawab Ahmad.

"Kau dah siapkan resepi baru ke belum, Zaff?" Atiqa menyoal ketua cef restoran itu. Teringat kembali tentang wajah suram Zafriel Adrian kerana tidak dapat idea untuk mencipta resepi baharu.

"Belum! Aku ingatkan bulan depan. Langsung lupa nak buat."

Irshad yang turut mendengar pemberitahuan Alana, menggaru kepala. Dia ingin menolong, tapi masalahnya dia sendiri tak pernah mencipta resepi baharu. Semua itu memang sidah menjadi tugas Zafriel Adrian sejak dia mula kerja di sini.

Zafriel Adrian berjalan mundar-mandir memikirkan apa yang patut dia masak. Pekerja yang lain berbelah-bahagi. Tidak pasti sama ada ingin menolong ketua mereka ataupun diam memerhati ataupun sambung kerja mereka semula.

Iman Nadhirah mengambil menu di tangan Alana. Alana tersentak tetapi dia perhati sahaja apa yang pekerja baharu restoran itu ingin lakukan.

Dibelek-belek menu Restoran Dapur Cinta Manisah, dari ruang makanan, ke ruang minuman. "Ermm... restoran ni memang tak hidang nasi eh?" Soalnya.

Zafriel Adrian merengus. Di saat-saat genting begini, bukan masanya untuk hadis itu bertanya hal menu!

Irshad menggelengkan kepala. Menjawab pertanyaan Iman Nadhirah.

Kening Iman Nashirah berkerut. Restoran melayu tapi tak ada makanan melayu?

"Encik Bakri nak kita kekalkan cara barat di restoran ni. Tapi dia pernah cakap, tak ada salahnya pun kalau kita selitkan makanan nasi dalam hidangan kita," terang Qaid.

Berguna juga Qaid di saat-saat ini.

Iman Nadhirah tersenyum lebar. Dia sudah dapat satu idea! "Beras ada ke kat dapur ni?"

Semua pekerja di situ mengerutkan kening. "Beras?"

"Ada. Dekat rak kiri bawah tu. Tu untuk kegunaan pekerja. Kenapa?" Jawab Zafriel Adrian. Dia berlagak tenang tetapi dalam hati resah jugak.

Iman Nadhirah menghulurkan semula buku menu itu pada Alana. "Kita buat nasi ayam umi kau?"

"Hah?!" Jerit satu dapur itu.

"Umi?" Soal Irshad dan Zafriel Adrian dengan serentak.

"Mana kau belajar nasi ayam umi?"

"Rina. Alana, Ahmad, Adam dan Atiqa. Eh nama semua A. Pergi distract puan Manisah dengan Tengku apa entah namanya tu," Arah Iman Nadhirah.

"Distract?" Tanya Atiqa. Dia ni kan tak faham bahasa Inggeris.

"I pun sekali?" Soal Adam pula.

Alana dan Ahmad terus menarik mereka berdua keluar dari dapur.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now