39

3.9K 191 12
                                    

Zafriel Adrian berjalan menuju ke kereta Volkswagen merah milik Tan Sri Nazmi. Kelihatan Iman Nadzir menyandar di pintu kereta bagaikan menanti kehadiran seseorang. Dia mengerutkan kening melihat adiknya didukung di belakang Zafriel Adrian. "Kenapa kau dukung adik aku?"

Iman Nadhirah yang sudah tertidur itu dipandang. Kemudian pandangannya teralih pada kawan baiknya.

"Kaki dia melecet," jawab Zafriel Adrian. "Tolong aku, bro," pintanya.

Iman Nadzir membuka pintu belakang kereta. Dia membantu kawan baiknya meletakkan Iman Nadhirah di kerusi. Matanya tertancap pada kasut sarung di kaki gadis itu. Dia menghela nafas. "Patutlah!"

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah meminta penerangan kepada perkataan itu.

"Kasut ni. Dah dua tiga kali dia pakai. Lama-lama boleh melecet kaki. Tambah-tambah lagi dia tak pakai sarung kaki," terang Iman Nadzir.

Zafriel Adrian mengangguk kecil. "Kalau dah dia tahu kasut tu boleh buat kaki melecet, kenapa dia pakai?" Soalnya. Sesekali matanya melirik adik bongsunya yang tidur terlentang di kerusi belakang.

Iman Nadzir menjungkitkan bahu. "Jomlah, balik. Kalau tunggu diorang yang lain, confirm lambat punya. Ni pun dah masuk Zohor dah ni." Jam tangan dilirik. Satu empat puluh lima petang.

Zafriel Adrian mengangguk bersetuju. Dia mengambil tempat sebelah pemandu.

__________

Iman Nadhirah duduk memeluk lutut. Pandangannya tertumpu pada laut yang luas di hadapannya.

Suara dehaman menyapa gegendang telinga. "Boleh aku duduk?"

Iman Nadhurah mendongak. "Sejak bila kau pandai mintak izin ni?" Soalnya dengan nada sindir.

Zafriel Adrian sengih. Dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. "Kau buat apa duduk sini seorang diri? Nadzir mana?" Soalnya apabila kelibat sahabatnya tidak kelihatan.

"Tidur." Sepatah gadis itu menjawab.

Zafriel Adrian mengangguk sekali. Kemudian kaki Iman Nadhirah dipandang. Kedua-dua belah jari kelingkingnya dibalut dengan plaster. "Kaki kau dah okey?"

Iman Nadhirah memandang kakinya sekilas. "Sikit."

Zafriel Adrian menghela nafas lega. Matahari yang hampir terbenam itu dipandang. "Jangan cakap kau pun macam perempuan lain, tengok matahari terbenam?"

Iman Nadhirah menghambr tawa kecil. "Hello! Aku pun perempuan, okay? Mestilah aku nak tengok matahari terbenam."

Zafriel Adrian menggelng kecil. Rasa tidak percaya saja. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

Iman Nadhirah menghela nafas panjang. Akalnya tidak berhenti berfikir siapakah pemilik nama 'My Love Fiancee' itu. Mahu tanya, segan. Tapi kalau tidak tanya, hati akan terus-terusan curiga. Mana satu ni? "Ermm... Kalau kau diberi pilihan, kau nak tengok matahari terbenam dengan siapa?"

Zafriel Adrian pelik mendengar soalan yang dituju kepadanya. Namun dijawab juga, "Orang yang aku cinta."

Kening Iman Nadhirah terjungkit sebelah. "Wow, siapakah dia insan yang malang tu?"

Zafriel Adrian tersenyum penuh makna. Dia menjawab, "Adalah. Kau pulak?"

Iman Nadhirah mengusap dagunya. "Hmm... aku ingat aku nak tengok dengan crush aku."

Jawapan gadis itu membuatkan Zafriel Adrian memandangnya dengan dengan rasa tidak percaya. "Kau ada crush?"

Iman Nadhirah memberikan jelingan kepada lelaki itu. "Apa? Aku tak boleh ada crush ke? Apa ada rules yang aku tak boleh ada crush?" Soalnya bertubi-tubi. Kenapa mamat ni susah sangat nak percaya? Lantak akulah nak ada crush ke tak.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now