BAB 13

2.3K 63 1
                                    

MINGGU ni sekolah cuti. Jadi, Suria tak perlu terkejar-kejar mengajar Sophea. Dalam pukul 8.30 pagi dia mengajar Sophea mengaji, kemudian dia terus ke Cat Signature dari rumah Ustazah Latifah.

Hari ini Sophea dihantar neneknya. Senyum sampai ke telinga anak mat salih ni. Eh, tak... Sejak dapat main dengan kucing jalanan tempoh hari, wajah si kecil ni sentiasa riang. Dah tak ada moody-moody lagi.

Sejak hari tu juga Sophea sudah mendapat keizinan untuk bermain dengan kucing. Manalah hati dia tak gembira? Dengar khabar Gary hendak beli seekor kucing buat teman Sophea di rumah. Sudah tentu jenis kucing yang baik, manja dan mendengar kata. Bukan kucing kampung yang Gary fobia sangat tu. Itu yang buat Sophea berusaha untuk menjadi kanak-kanak yang terbaik perangainya. Sophea tak mahu Gary batalkan niat sekiranya dia buat perangai.

"Good morning, kakak ustazah."

"Good morning and assalamualaikum, Sophea sayang." Satu ciuman dihadiahkan ke pipi putih dan lembut itu. Lidah anak mat salih ni memang dah biasa dengan peradaban nenek moyang dia orang. Jadi nak bentuk semula ke arah Islamik, kena dididik. Tak salah mengucapkan selamat pagi tapi ucapan salam lebih memberi makna yang besar. Sebuah doa.

"Kakak..." Sophea hulur satu beg kertas.

"Apa ni?"

Sophea angkat bahu.

"Papa Gary bagi. Hadiah untuk kakak."

Suria intai untuk melihat isi beg kertas. Ada satu kotak berbungkus.

"Kenapa Papa Gary bagi hadiah? Bukan birthday kakak."

Sekali lagi Sophea angkat bahu.

"Tandanya papa sayang kakaklah. Papa sayang Sophea, dia selalu bagi Sophea hadiah."

"Ya ke? Kalau sayang kena bagi hadiah, ya?"

"Mestilah..."

"Papa Sophea sayang kakak ke?"

Suria buat perangai tak malu. Boleh dia tanya budak kecil macam tu? Sangat tak semenggah!

Sophea dongak memandang wajah Suria. Sophea hanya tersengih menampakkan baris gigi yang tersusun cantik dan putih bersih. Serius comel budak ni. Dahlah rupa kacukan, dengan keletahnya yang cerdik lagi. Bodoh benar si ibu yang sanggup tinggalkan anak macam ni. Jenis tak bersyukur punya manusia.

"Kakak pun kenalah bagi hadiah pada Sophea..."

"Eh... Kakak memang nak bagi hadiah pada Sophea! Tertinggal dalam kereta. Kejap kakak pergi ambil, ya?" Kebetulan dia memang ada belikan sesuatu untuk Sophea, beli secara online saja. Itu memang kerja dia. Dia tak suka buang masa kat pusat beli-belah. Tak sama minatnya macam Cik Pah dan Si Nagasari tu.

"Cantiknya kasut kakak. Merah!" Sophea memuji.

Suria tergelak.

"Sophea suka?"

Sophea angguk.

"Nanti nak suruh Papa Gary belikan untuk Sophea macam ni juga."

Suria senyum lebar. Dia menghulurkan kotak hadiah untuk Sophea.

"Yeay... Kakak ustazah sayang Sophea! Sophea tak nak buka dulu, nak tunjukkan pada Papa Gary. Biar papa yang buka."

Suka hatilah, Sophea. Dia? Nak buka hadiah ni depan siapa? Depan Cik Pah? Oh tidak... Banyak pula tanya maknya nanti. Yang tidak-tidak dia suruh jawab. Depan Ratnasari? Kalaulah isi hadiah ni seekor ular, boleh terus campak ke muka Ratnasari tu. Kemungkinan tu ada, bukan boleh percaya sangat taktik Pak Cik Rahman itu, kan? Tiba-tiba bagi hadiah, entah-entah ada sesuatu walaupun raut wajahnya tidak membayangkan yang hatinya boleh jadi sekeji itu.

SI BAJU KURUNG KASUT KANVASWhere stories live. Discover now