BAB 9

2.6K 79 2
                                    

USAI menggosok baju untuk kerja esok, Ratnasari turut bersandar di kepala katil. Sama seperti Suria. Dekat-dekat dengan tubuh Suria yang sedang leka dengan telefon bimbitnya. Sibuk Ratnasari mengintip skrin telefon Suria.

"Wah... Tak sangka hang pun ada akaun Instagram no. Ada ka yang follow hang?"

"Tengok kaki la..."

"Ya ka?" Mata Ratnasari pandang kaki Suria. Mulut dia mencemik.

"Kaki pun montel, ada ka yang suka?"

Suria bagi jelingan maut. Hatinya mendongkol. Perempuan seorang ni, kalau tak sakitkan hatinya dalam satu hari rasanya dia tak boleh hidup kut. Ada-ada saja benda dia nak hina.

Suria baring mengiring membelakangi Ratnasari. Siang tadi Ustazah Latifah kata sabar itu indah. Sekarang ni dia nak buktikan kata-kata Ustazah Latifah kesayangannya itu betul.

"Aku nampak macam gambar kucing ja semua? Depa ka yang follow hang?"

"Haah. Kawan dengan kucing lagi baik daripada kawan dengan manusia yang bermulut puaka."

"Hang kata mulut aku jahat ka? Puaka tu teruk sangat aih. Macam sumpahan."

"Dak aih, mana ada. Ada ka aku sebut nama hang yang legend tu? Tak ada, kan?" Tapi kalau terasa tu, syukur alhamdulillah, sambung Suria dalam hati. Susah nak sedarkan orang yang mulut tangki septik ni. Orang macam ni selalu perasan yang dia aje betul, suci murni. Orang lain serba tak kena.

Ratnasari diam. Bab nama yang legend ni dia memang terasa hati. Beribu-ribu kali dah dia tanya mak dan ayahnya kenapa letak nama dia macam tu. Setiap kali juga dia kena marah. Kata mak, dia banyak songeh. Nasib baik tak letak nama Embung, Putat atau Cik Siti Kembang.

Suria lega. Sekurang-kurangnya dia boleh rehat. Letih tiap-tiap malam kena layan Ratnasari ni bercakap. Tak cukup pong pang, pong pang sembang dengan Cik Pah, Ratnasari ni masih nak cari Suria. Walaupun Suria tak boleh masuk dengan cerita-cerita Ratnasari, sepupunya itu tetap nak berkisah. Minat dia orang berbeza.

Suria suka pasal kucing, pasal mengaji, pasal makanan. Ratnasari pula suka pasal abang-abang sado, pasal teman lelaki, pasal diet, pasal fesyen baju, pasal handbag, pasal Instagram, pasal Facebook. Jauh berbeza minat dia orang. Pasal fesyen satu aje yang Suria minat dan pakar. Kasut kanvas. Hak ni Ratnasari tak boleh lawan. Mahu kena pangkah.

"Eh, Suria..." Bahu Suria dicuit Ratnasari. Suria pandang dengan ekor mata. Dia buat dah... Ingat dah mati! rungut Suria dalam hati.

"Hurm..." jawab Suria acuh tak acuh.

"Aku dah lama nak tanya ni, tapi aku takut hang kecil hati..."

"Apa dia? Tanya sajalah, macam tak biasa hang sakitkan hati aku."

"Hang frust dengan Jejai tu ka, sampai jadi gemuk lagu ni?"

"Apa kena-mengena pula Jejai tu dengan badan aku?"

"Dak la. Aku perasan sejak Jejai tu couple dengan awek baru dia, hang terus jadi guni lagu ni. Dulu-dulu masa bercinta dengan dia, hang taklah teruk sangat. Slim la juga, walau tak boleh lawan kesliman aku."

Suria pandang sepupunya di sebelah. Ratnasari selamba aje bercakap sambil memandang siling. Nagasari ini tak pernah nak cakap dengan Suria elok-elok, cara yang tak buat hati Suria sakit. Lepas tu tak sudah-sudah perasan.

"Teruk sangat ka badan aku?"

"Lagi mau tanya ka? Hang tak tengok cermin ka hari-hari?"

"Aku rasa biasa aje. Taklah gemuk sampai tak boleh buat kerja. Semua kucing kat studio tu aku dapat tangkap. Tak ada satu pun yang terlepas. Kucing-kucing tu pun suka landing atas perut aku ni. Kalau kurus kering macam hang, mesti dia orang tak suka."

SI BAJU KURUNG KASUT KANVASWhere stories live. Discover now