BAB 5

3.2K 86 2
                                    

HARI ini hari pertama Suria bekerja di Cat Signature, sebuah studio kafe berkonsepkan kucing. Gembira sangat dia dapat kerja ni. Abang Poji yang rekomenkan. Pemilik Cat Signature ni namanya Datin Lala. Suami Datin Lala ni, Dato Mazwar merupakan kawan baik Abang Poji. Dia orang peminat tegar kucing. Segala jenis kucing dia orang suka. Sebab itu boleh jadi rapat. Lagipun menurut Abang Poji, Dato Mazwar adalah antara penyumbang terbesar projek kucing gelandangan yang diuruskannya sekarang ini.

Abang Poji menyewa dua buah rumah di Bukit Beruntung untuk menempatkan kucing-kucing jalanan. Kos perbelanjaan tinggi. Sewa, makanan dan ubat-ubatan. Nak rawat kucing kadang-kadang belanjanya lagi tinggi dari merawat penyakit manusia. Itulah sebabnya perlu penaja. Siapa lagi nak beri sumbangan kewangan jika tidak jiwa-jiwa yang penyayang dan sukakan haiwan ni?

Respek sangat kat Abang Poji tu, sanggup berhenti kerja sebagai jurutera kerana nak jadi sukarelawan untuk jaga kucing-kucing jalanan. Daripada Abang Poji yang pakai lawa-lawa, smart, kacak dah bertukar jadi mamat serebeh dan selekeh. Sanggup duduk sorang-sorang, jauh-jauh untuk jaga kucing-kucing.

Kawasan dia tinggal tu macam tempat jin bertendang. Mana ada orang nak tinggal di situ. Dia aje yang sanggup. Sesekali saja dia balik ke Bangi. Kalau orang tak memahami situasinya memang orang kata dia mereng, seperti anggapan Cik Pah. Tetapi sebenarnya tidak. Dia manusia tulus dengan matlamatnya yang tersendiri, yang suci murni.

Pukul 9 pagi Suria sudah terpacak di pintu masuk kafe. Begitu bersemangat dia. Padahal belum buka lagi kafe tu. Nak kerja dengan kucing-kucinglah katakan, itu yang semangat lebih. Masa Abang Poji offer hari tu, terlompat-lompat dia suka sampai terseliuh kaki sebab jatuh. Nasib baik sembuh lepas diurut Ustazah Latifah.

Esoknya, terus Suria bagi notis berhenti kerja kat syarikat telekomunikasi di Kajang. Dia tak suka kerja di situ. Runsing menghadap perangai manusia yang macam-macam. Kalau kerja dengan kucing lain feelnya. Kucing ni macam terapi juga, boleh tenangkan kita. Abang Poji kata, kerja Suria kat Cat Signature ni menjaga hal ehwal kucing-kucing branded di situ. Ada lebih kurang 35 ekor kucing yang semuanya mahal-mahal belaka.

Abang Poji percaya dan yakin Suria boleh buat kerja ni dengan penuh tanggungjawab, sebab tu Abang Poji rekomen kaw-kaw pada Dato dan Datin. Tapi Abang Poji warning juga semalam, jangan buat kerja main-main nanti Abang Poji juga yang tercalit malu.

Jadi, tanggungjawab dia sangat la besor, kata orang Perak apabila kaki dia menjejak ke sini. Nak kena jaga dua nama. Pertama, nama dia Suria Rihana binti Rahim yang telah dijaja oleh Abang Poji sebagai orang kepercayaan dan penuh sifat amanah. Kedua, nama Abang Poji sendiri Ahmad Fauzi bin Fauzan yang terkenal dengan cakap benar dan jujurnya.

Dia nekad untuk kerja di tempat kucing ni, walaupun ditentang keras oleh Cik Pah beberapa hari lepas. Mengamuk sakan Cik Pah. Macam-macam seranah yang keluar dari bibir merah jambu tu. Tak menahan, nak berleter pun warna bibir kemain cantik! Cik Pah... Cik Pah. Sangat Ratnasari.

Dia sabar aje kena baham, sikit pun tak lawan balik. Dia tak mahu menambah rasa kecewa dalam hati Cik Pah. Dia tahu Cik Pah nak dia kerja pejabat, pakai baju lawa-lawa, pakai kasut tumit tinggi. Lagi Cik Pah suka kalau dia kerja dengan kerajaan. Sayang sekali dia mohon pun tidak.

Nak buat macam mana, minat mereka dua beranak lain. Dia minat kerja yang aktif ke hulu ke hilir dan dia juga minat berniaga. Sebab tu dia nak belajar berniaga dulu sikit-sikit. Dia tak boleh minat dengan apa yang Cik Pah suka. Sungguh! Walaupun Cik Pah insan yang melahirkan dan membesarkan dia, cita rasa mereka sangat berbeza. Jangan kata dia anak derhaka.

Mata Suria memerhati sekitar bangunan tiga tingkat itu. Kafe berada di tingkat bawah, tempat pengunjung menjamu selera. Ibu bapa yang membawa anak-anak untuk bermain dengan kucing di tingkat atas, boleh menjamu selera di sini.

SI BAJU KURUNG KASUT KANVASWhere stories live. Discover now