BAB 12

2.2K 62 1
                                    

Untuk kembalikan angin Sophea supaya lebih elok, kena bawa dia jalan-jalan dan berhibur kat luar. Itu cadangan Suria. Cadangan Puan Saira juga, cadangan semua oranglah! Pak Cik Rahman juga sibuk menyampuk. Nak tunjuk ambil beratlah tu. Menurut mereka, dah lama Sophea tak buat perangai macam ni. Mungkin Sophea stres sebab asyik ikut rutin harian yang penuh disiplin. Mengaji, sekolah, tuisyen. Mungkin dia penat.

"Gary tu non-stop kerja. Lebih pentingkan orang luar daripada anak buah sendiri. Sophea perlu perhatian dan kasih sayang. Ni tak... Balik rumah aje, kawan tu dah tidur. Kasihan. Dah berminggu-minggu pendam, tiba masa memberontaklah dia," leter Puan Saira.

Bukan leter secara direct tapi meluahkan perasaan kepada Ustazah Latifah sebab musabab Sophea buat perangai. Suria dengar di hujung-hujung telinga aje. Tak masuk campur orang tua bersembang. Gary juga diam walaupun nama dia terang-terangan menjadi topik perbualan. Rupa-rupanya umur yang matang bukan jaminan untuk tidak dibebel seorang ibu. Itu signature seorang ibu kut. Mesti luahkan apa yang dia tak puas hati pasal anak-anaknya. Ingatan untuk Suria, jangan nak ambil hati sangat dengan tabiat Cik Pah. Normal bagi seorang ibu membebel.

Sophea yang dah siap dimandikan bibik datang mendapatkan Suria lalu melabuhkan punggungnya di atas riba Suria. Sambung bermanja. Selamba aje dia berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk di hadapan Gary.

"Kakak nak bawa Sophea jalan-jalan. Sophea nak pergi mana?"

Sophea terus menyeringai riang.

"Kedai cat?"

Sempat Suria mengerling mata Gary yang membuntang. Terkejut Sophea sanggup melanggar pantang larangnya. Bukankah dia sudah mengharamkan Sophea mendekati kucing? Tetapi dia sendiri tahu, Sophea kadang-kadang ikut saja apa kata hatinya sendiri.

"Friday kedai cat tutuplah, sayang. Sebab itu kakak boleh datang rumah Sophea, nak ajak Sophea jalan-jalan."

"Sophea nak pergi kedai miaw-miaw juga!" bentak Sophea. Dah berminggu-minggu dia menahan perasaan. Dia nak main dengan kucing, tapi Gary melarang. Nak main dengan kucing di rumah nenek ustazah pun tak boleh. Sebab itu dia buat perangai. Dia dah tak kesah dah Gary dan Puan Saira nak marah.

"Boleh... Tapi Sophea kena minta kebenaran Papa Gary dulu." Suria tak beranilah buat keputusan kalau pasal kucing. Muka Gary dia pandang. Wajah orang tu keruh semacam.

"Papa Gary mesti tak kasi sebab tu Sophea hate Papa Gary. I like meow, he does not!" Sophea sudah nak menangis semula.

"Okay... Okay, don't cry, Sophea. Now papa allow Sophea main dengan cat."

"Papa tak tipu?"

Gary geleng.

"Tipu not good, kan?"

"Yeay... Sophea loves you, papa." Tubuh Gary dipeluk Sophea.

"Papa loves you too..."

"So, boleh Sophea pergi kedai cat?" soal Sophea penuh mengharap. Tidak putus asa.

Giliran Gary mencari wajah Suria.

"Errr... Buka ke hari ni?"

Suria geleng. Boleh tanya lagi, padahal dah beritahu dengan jelas sekejap tadi.

Sophea tayang wajah kecewa. Bibir merahnya diketap-ketap.

"Kedai cat tutup hari ni, sayang tapi rumah cat tetap ada. Tak pernah tutup," pujuk Suria.

"Rumah cat?" Mata Sophea kembali bersinar.

"Haah... Rumah cat. Nak ikut kakak pergi rumah cat?"

"Nak!" Laju dan kuat Sophea jawab.

Suria pandang Gary. Mata mereka beradu.

"Boleh?"

"Mana?"

"Bukit Beruntung."

"Hah? Jauh tu!" Gary ragu-ragu.

"Papa... Please..."

"Okey... Papa ikut!"

Suria serba salah. Takkan Gary tu nak ikut? Dia tak berniat nak bawa pak cik tu. Ribut pula kat sana nanti. Dengan Mak Daten pun Gary boleh pengsan, inikan pula nak jumpa hampir 100 ekor kucing kampung dan kucing liar. Mahu tak cukup tanah kena kejar nanti.

"Confirm ke tak pengsan nanti? Saya tak larat nak heret badan ketul-ketul tu!"

"Sumpah papa tak pengsan, kakak!" Sophea memberi jaminan. Yakin sungguh dia. Suka memandai-mandai. Sedangkan Gary sendiri seolah-olah tak berapa yakin aje nak menjawab.

"Banyak ke kucingnya?" soal Gary gusar.

"Banyak!" Suria menjawab dengan bersemangat untuk melunturkan keinginan Gary mengikutnya.

"Rumah untuk kucing gelandanganlah katakan. Abang Poji yang jaga." Ustazah Latifah yang sedang serius bersembang dengan nenek Sophea dikerling. Kedua-dua wanita tu tak peduli pun pada mereka, sibuk dengan bicara mereka yang tersendiri.

Dahi Gary berkerut seribu. Ada ke? Ingatkan manusia gelandangan aje ada. Kucing pun ada.

"Tak bahaya ke? Maksud saya pada Sophea, dari segi kesihatan?"

"Jangan risaulah, pak cik. Kucing-kucing tu bersih, ada doktor jaga. Ubat dia orang lagi mahal berbanding ubat kita tau?"

"Tak ganas?"

"Tak adanya ganas kalau kita tak buat hal. Yang tengah meroyan tu Abang Poji kurung di dalam sangkar, tak lepas. Takut-takut kalau pak cik yang buat hal nanti, saya tak tahu nak jaga. Saya sumbat aje masuk ke dalam sangkar kucing sekali."

Banyak soal sangat. Nak ikut, ikut sajalah. Ini tidak, bertanya macam cari alasan tak nak pergi. Kalau tak nak lagi dia suka. Senang dia dan Sophea mahu bersuka ria. Tapi tak sedap hati pula kalau orang tua tu tak ikut. Isy! Hati ni...

Gary bagi jelingan tajam pada Suria. Suka-suka aje budak ni mengata. Mana ada gadis lain berani buat macam tu!

"ABANG POJI!" Abang Poji mengurut dada beberapa kali. Kalau budak ni datang, memang akan buat jantung dia tak sihat. Bukan setakat jantung dia, malah jantung semua kucing kat sini.

"Susah sangat ke nak bagi salam elok-elok, bagi pahala pada semua orang?"

Suria menyengih.

"Assalamualaikum, Abang Poji!"

"Waalaikumussalam. Bawa geng datang ni nak tolong cuci rumah dengan sangkar ke?" Abang Poji mencuit pipi Sophea yang comel dan kemudian bersalaman dengan Gary. Dia kenal Gary. Semua anak murid Ustazah Latifah dia kenal.

"Taklah, pak cik. Sophea datang sini sebab nak main dengan miaw-miaw, bukan untuk kerja!" Laju mulut Sophea menjawab. Dia dah tak sabar. Mata bulatnya meliar memandang sekeliling. Tak ada seekor pun kucing kat luar rumah ni. Kata kakak, sini banyak miaw.

Meletus tawa semua orang.

"Okey... Sebab Sophea comel dan jujur, Sophea boleh main dengan miaw-miaw. Tapi kakak Sophea kena buat kerjalah!" jawab Abang Poji.

"Papa Gary?"

"Terpulang pada Papa Gary, nak main dengan Sophea boleh, nak tolong kakak boleh... Nak tolong pak cik kat luar ni pun boleh."

Suria ketawa.

"Mestilah Papa Gary pilih kerja kat luar ni, Abang Poji. Tugas yang tak mencabar ni." Suria memandai-mandai.

"Siapa kata?" pangkah Gary. Serius matanya ditala pada Suria.

"Erk... Bukan ke pak cik fobia kucing? Nanti pengsan kat dalam tu, macam mana?"

"Kalau saya lulus cabaran ni... Boleh cuci rumah dan sangkar kucing tanpa pengsan, tanpa pitam... Awak nak bagi apa?"

"Erk... Kita date!" Mesti tak dapat punya! Potong jari kalau Pak Cik Rahman dapat buat. Sebab tu Suria berani cakap. Tapi kalau dapat date pun best juga. Bukan senang dapat keluar dengan orang kacak. Peluang, kan? Mengarut!

"Okey... Awak date dengan saya pakai high heels dengan lipstick pink!"

Abang Poji ketawa besar. Dia angkat dua ibu jari ke atas.

"Set!" Abang Poji menjawab bagi pihak Suria. Membuntang mata Suria.

Semua orang ada konspirasi dengan Cik Pah ke? Cantik sangat ke orang perempuan pakai kasut tinggi yang sangat menyeksa kaki tu?

SI BAJU KURUNG KASUT KANVASWhere stories live. Discover now