BAB 6

2.9K 84 1
                                    

HARI Jumaat adalah hari cuti untuk Suria dan seluruh warga pekerja Cat Signature. Sambil menunggu Sophea, Suria menyiram pokok-pokok di halaman rumah Ustazah Latifah.

Tersengih-sengih dia bila mengenangkan gadis cilik yang berbagai-bagai ragam itu. Mula-mula dihantar mengaji dulu, selalu aje monyok wajahnya. Tapi sekarang tak lagi. Dialah kanak-kanak pertama yang akan sampai untuk mengaji. Dengan syarat, yang ajar mengaji adalah Suria. Tak mahunya dia dengan nenek ustazah. Jika Suria tak ada, dia akan menangis dan terus nak balik semula dengan neneknya.

Haru sungguh. Nasib baik Suria dah boleh susun masa antara kerja di Cat Signature dan ajar mengaji. Keutamaan sekarang si cilik anak orang putih tu. Menurut Ustazah Latifah, nenek Sophea berharap sangat supaya cucunya dapat belajar di sini. Nenek Sophea kawan baik dengan ustazah. Kawan masjid.

Dah banyak tempat nenek Sophea cari untuk cucunya belajar, tapi Sophea tak mahu sehinggalah berjumpa Suria. Pagi-pagi lagi selepas solat subuh, Sophea dah datang mengaji. Lepas tu dia terus pergi ke sekolah. Nampak kegigihan Sophea, kan? Kalau kanak-kanak lain jangan harap time tu nak datang mengaji, mengerekot di atas tilam adalah. Atau tertidur di atas mangkuk tandas.

Lebih sebulan dah Suria mengajar Sophea. Sekarang Sophea dah lepas iqra' dua. Dia memang budak yang cerdik. Cepat tangkap pelajaran dan laju menghafal. Sekejap saja hendak potong pencapaian Si Hijas yang dah setahun mengaji. Hijas tu mulut aje pot pet, pot pet tapi bab belajar lambat sikit.

"Kakak ustazah! Kakak ustazah!"

Suria mendongak. Dah tahu dah suara siapa. Keluar saja dari pintu kereta, Si Sophea terus memanggilnya. Tak sabar-sabar. Adalah tu benda yang nak diceritanya. Segala kisah rumah tangga semua nak story kat kakak ustazah.

Hari-hari begitu. Suria layan ajelah. Sampai rasa dah kenal luar dan dalam siapa Papa Gary, padahal tak pernah jumpa pun orangnya. Rupa macam mana pun tak tahu, macam Brad Pitt ke, Putera Arthur ke... Dengar daripada cerita Sophea macam awesome sangatlah papa dia. Kacak tak boleh lawan, baiknya macam malaikat. Itulah pemikiran kanak-kanak. Jujur. Entah apa pula yang dicerita pasal Suria bila balik rumah agaknya. Kakak ustazah gemuk? Suara kakak ustazah macam Tarzan?

"Kakak ustazah! Kakak ustazah!" Sophea menjerit lagi.

"Ya... Ya, Sophea sayang." Sambil tu Suria cepat-cepat menutup paip air dan meletakkan getah paip ke tempatnya semula. Nampak gaya darjah keterujaan Sophea lain macam hari ini.

"Kakak ustazah, ni Papa Gary datang!"

Suria mendongak memandang. Sophea mengheret tangan seorang lelaki. Ops... Lelaki gagah. Heh, bukan... Sado! Suria terpanar. Ya Allah, nak pengsan. Nak pengsan!

Pak cik tukar tayar! Hero sado yang membantu dia petang itu!

Suria menekup mulutnya, takut dia terjerit. Ustazah, kan? Kenalah jaga perangai walau di mata seorang kanak-kanak kecil. Hurm... Inilah budaknya yang bersama pak cik ni yang dia jumpa masa teman mak membeli-belah dulu.

Sophea dan Papa Gary sudah hampir dengan Suria yang tegak berdiri. Kakinya ibarat terpaku di atas lantai di halaman rumah Ustazah Latifah. Dia cuma dapat memandang dua manusia itu yang semakin mendekat, tanpa punya perasaan. Panik!

"Kakak ustazah, ni Papa Gary!"

Sophea tersenyum riang sambil memperkenalkan Papa Garynya. Memerah pipinya yang putih melepak tu. Tangannya memegang tangan Gary. Gayanya seolah-oleh terlalu bangga untuk perkenalkan Gary kepada kakak ustazah kesayangan.

"Oh... Inilah Papa Gary, ya?"

Suria segera membuang rasa terkejutnya. Sudah boleh kembali ke alam nyata. Mana boleh Janam Janam dengan bapa budak! Kalau bukan bapa budak pun, dia hanya syok sendiri. Siapalah yang berkenan dengan Si Suria yang comot ni?

SI BAJU KURUNG KASUT KANVASWhere stories live. Discover now