》Bab 51《

7.8K 748 62
                                    

Baekhyun tiba di halaman rumah Puan Byun. Handbrek ditarik, dia sedia untuk keluar. Dari jauh lagi dia dapat melihat figura tubuh ibunya berada di gazebo. Senyuman kecil terukir pada bibir tua itu apabila melihat Baekhyun berjalan perlahan-lahan ke arahnya.

"Baek... anak omma." Wanita itu depakan tangan ke arah anaknya dan mendekati. Perlahan Baekhyun dibawa ke dalam pelukan.

"Omma rindu Baek." Ujarnya. Perlahan tubuh Baekhyun diusap perlahan. Baekhyun hanya tersenyum kecil. Sejak kes Puan Byun keracunan makanan, hubungannya tiba-tiba menjadi rapat dengan ibunya. Tetapi dalam pemerhatiannya pula, Baek Yeon pula cuba untuk jauhkan diri. Dan kelakuan wanita itu sangat mencurigakan. Lagi-lagi ketika berada di hospital dulu. Baek Yeon tenggelam timbul. Hampir setiap malam Dae Young yang menjaga ibunya. Bukan Baek Yeon.

"Omma sihat?" Soal Baekhyun dan leraikan pelukan. Puan Byun tersenyum nipis. Dia mengangguk.

"Sihatlah sikit. Dari dulu. Nak makan pun tak lalu. Trauma." Kata Puan Byun. Dia menarik tangan anak lelakinya ke gazebo dan labuhkan punggung di situ.

"Yeon mana?" Soal Baekhyun. Kunci kereta dan telefon bimbit diletakkan di atas meja gazebo kayu ini. Puan Byun diam sambil menunduk. Baekhyun kerutkan dahi. Hairan.

"Kenapa omma?" Soal Baekhyun pelik. Puan Byun tarik nafas panjang. Wajahnya nampak kecewa.

"Omma pelik tengok Yeon. Sejak dua menjak ni, dia nampak pelik. Omma pun tak faham dengan dia. Semalam dia gaduh dengan abang ipar kamu. Padahal masalah kecil je.Yeon kuat melenting sekarang." Kata Puan Byun. Ada aura kecewa dalam suara wanita separuh abad ini.

"Dia gaduh dengan hyung?" Puan Byun anggukkan kepala. Baekhyun termenung seketika. Macam pelik.

'Dia dah pecah tembelang ke apa...'

"Baekhyun..." lamunan Baekhyun terhenti apabila ibunya menyentuh tangannya perlahan. Baekhyun angkat kepala dan memandang wajah ibunya lembut.

"Ya?"

"Baek belum kahwinkan sebenarnya?"

Baekhyun terdiam. Dia sedikit terkejut dengan soalan ibunya itu. Setahu dia, hanya Baek Yeon seorang sahaja yang tahu yang dia tidak berkahwin pun dengan Daehyun.

"Baek.. Baek sebenarnya..."

"Tak perlu terangkan lagi, Baek. Omma dah tahu. Memang Baek tipu omma pasal kahwin tu. Tak apa, omma tak marah." Kata Puan Byun sambil tersenyum manis. Tangan anaknya digenggam erat. Rindu kepada nak bujangnya ini, langsung tidak terkata.

"Tapi..." Baekhyun angkat kepala semula, memandang wajah Puan Byun. Tertanya-tanya dia dibuatnya apabila Puan Byun asyik tersenyum sahaja.

"Omma... tapi apa?" Soal Baekhyun. Kelihatan Puan Byun menarik nafas dan lepas perlahan. Dia masih tersenyum.

"Tapi, Baek kena kahwin juga. Sebab omma dah aturkan perkahwinan Baek, dengan Irene."

Terkedu Baekhyun dibuatnya. Terkebil-kebil matanya memandang Puan Byun.

"Apa omma cakap ni?" Suara Baekhyun mula berubah. Terasa dia seakan dibelakangkan. Tetapi wajah Puan Byun yang lembut itu tidak boleh membuat dia untuk marah dan melenting. Baru sahaja dia cuba untuk rapatkan hubungan.

"Omma tahu, omma salah. Sebab tak bagitahu Baek dulu pasal ni. Tapi omma betul-betul nak Baek kahwin dengan Irene tu. Dia pun dah setuju. Kalau tak ada aral, dua bulan lagi Baek dengan Irene akan kahwin." Kali ini Baekhyun mula tarik tangannya dari pegangan Puan Byun perlahan-lahan. Dia sedikit bingung. Dua bulan lagi? Dua bulan tu bukannya lama. Tup tup dah dua bulan.

"Tapi omma, Baek belum.. belum terbuka hati lagi nakkan sesiapa. Daehyun..."

"Omma tahu Baek sayangkan perempuan simpanan Baek. Tapi dia tu sekadar perempuan simpanan. Bukannya ada apa-apa pun. Details pasal dia pun omma tak tahu. Patut ke omma terima dia sebagai menantu?"

"Omma..." Baekhyun mula kurang selesa. Cara Puan Byun bercakap seakan menghina Daehyun pula dan dia tak suka perkara itu. Sudahlah mereka sedang berada dalam jurang. Boleh pula ibunya berkata begitu.

"Omma cakap benda yang betul, sayang. Irene tu ada kerjaya. Dia model. Ada ibu ayah. Daripada yang Baek bela tu. Bukannya ada apa pun. Tahu makan duit je."

"Dia bukan orang yang macam tu omma. Omma cakaplah apa yang omma nak, Baek takkan kahwin dengan Irene." Tegas. Suaranya juga keras. Betul-betul dia tidak mahu berkahwin dengan Irene. Benar, mulutnya berkata tidak untuk Daehyun. Tetapi perasaan sayang dan cinta itu sikit pun tidak boleh berubah. Pelbagai cara dia cuba untuk memadamkan nama Daehyun dalam hatinya. Tetapi itu sama sahaja dia menarik nyawa sendiri.

"Habis tu, Baek nak omma batalkan perkahwinan tu? Sedangkan omma yang datang pada mereka dan cakap, omma nak kahwinkan Baek dengan Irene. Sanggupkan Baek malukan omma? Demi perempuan simpanan Baek tu." Kata Puan Byun. Suaranya kecewa. Kecewa dengan anaknya yang tetap degil ini. Baekhyun mula mengeluh. Dia buntu. Dalam kala dia hendak berbaik dengan ibunya, perlukah mereka bergaduh semula? Tetapi dia benar-benar tidak mahu berkahwin dengan Irene. Hatinya tidak terbuka untuk mana-mana wanita lagi meskipun dia dalam proses untuk melupakan Daehyun.

"Omma tak nak Baek ada urusan lagi dengan perempuan simpanan Baek tu. Halau dia dari kondo Baek. Atau omma sendiri yang akan pergi dan halau." Puan Byun terus berdiri, dan kakinya perlahan-lahan dihayun menuju ke pintu rumah. Baekhyun mengeluh berat. Kali ini dia buntu. Jika dulu dia berani sakitkan hati ibunya lagi, tetapi kali ini dia seakan tidak boleh untuk bertentang dengan kata-kata ibunya.

Perasaan pertama, dikuasi oleh syaitan. Dan perasaan kedua dikuasai oleh malaikat.

Perasaan jahat itu menyuruhnya untuk ikut sahaja apa yang Puan Byun katakan dengan niat, hendak menyakitkan hati Daehyun dan melupakan terus gadis itu dalam hidupnya.

Perasaan baik itu pula menyuruh untuk meninggalkan sahaja apa yang Puan Byun katakan dengan cara yang baik, dan kembali kepada Daehyun daripada dia berkahwin kerana kasihan dengan perasaan yang tidak ikhlas. Di sini Baekhyun mula buntu. Mana satu yang perlu dia ikut? Sedangkan kedua-duanya dia hendak lakukan.

Dia mahu Daehyun sakit hati.

Dia mahu seksa hati gadis itu.

Dia mahu lupakan gadis itu.

Dia mahu lenyapkan nama Lee Daehyun dari hidupnya.

Dia mahu Daehyun rasa sakit itu.

Dia mahu segalanya yang melibatkan Daehyun!

Malah jika air mata Daehyun jatuh, hatinya cukup senang kerana berjaya padamkan sedikit nama itu dari hatinya. Dengan cara yang menyeksakan sahaja nama Daehyun boleh dipadam. Tetapi semalam... dia tidak dapat kawal perasaan. Ciuman itu kembali menimbulkan lagi nama Daehyun dalam hatinya. Malah semakin jelas dan terang. Sehinggakan dia tersedar, dia tidak boleh hidup tanpa Daehyun. Seumpama dia menarik nyawanya sendiri.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now