》Bab 15《

12K 943 133
                                    

Daehyun memandang Baekhyun yang sedang menyuakan makanan ke dalam mulut. Lelaki itu sudah selesai mandi. Namun mengenakan pakaian yang ada ura-ura hendak keluar. Daehyun hanya diam. Sebenarnya masih malu dengan kejadian awal pagi tadi. Tetapi dilindungkan dengan apa-apa yang dia rasa berjaya.

"Yes, aku tahu aku handsome. Tapi boleh tak jangan pandang aku macam tu? Silap-silap kau yang aku ngap. Bukan roti ni."

Daehyun kecilkan mata memandang Baekhyun.

"Gila."

"Aku memang gilakan kau. So what?" Baekhyun hentam jawapan kembali kepada Daehyun menyebabkan gadis itu terus diam. Malas hendak bertekak. Daehyun mencapai makanan yang dibuatnya tadi dan masuk ke dalam mulut. Tangannya menuangkan air teh ke dalam cawan. Satu untuk Baekhyun, dan satu untuk diri dia sendiri.

Sejujurnya, Daehyun rasa tidak senang apabila melihat kesan kemerahan pada lengan Baekhyun akibat daripada cengkamannya tadi. Dia cuba mengawal perasaan, sehingga tidak sedar dia telah menyakiti Baekhyun.

"Baek..."

"Hmm?" Baekhyun angkat kepala dan pandang Daehyun. Daehyun agak terpana seketika. Wajah Baekhyun tanpa solekan yang sangat menggugat iman. Kebiasaanya, mata jejaka ini nampak sedikit garang apabila ditenyeh eyeliner. Tetapi pagi itu nampak natural dan lebih... seksi. Rambutnya biru gelap. Dan menutupi separuh dahi. Kacak.

"Apa dia, Dae?" Baekhyun matikan lamunan Daehyun. Daehyun bangun dari kerusi. Dia pergi ke arah Baekhyun dan duduk di sebelah. Tubuhnya menghadap Baekhyun.

"Sakit tak?" Soal Daehyun dalam nada separuh berbisik. Tangannya menyentuh lengan kanan Baekhyun dan diusap perlahan. Dia rasa bersalah, sebab tu perangainya juga berubah sedikit.

Baekhyun senyum nakal. Dia memandang Daehyun.

"Sakit. Ganas kau buat lovebite kat lengan aku. Sampai keluar darah."

PAP!!!

"Auww... sakit, sayang." Baekhyun gosok bahunya yang dipukul Daehyun tadi. Berdesing dibuatnya. Pedih! Tetapi dia ketawa. Entah, tiba-tiba rasa berbunga hati.

"Seriuslah, Baek..."

"Apa? Seriuslah ni. Apa yang tak seriusnya." Kata Baekhyun dan menyambung makan lagi. Daehyun ketap bibir. Geram. Dia melihat luka yang dia pasti, hasil dari cengkamannya tadi ketika Baekhyun 'buat perangai' dengannya.

"Sakit tak?"

"Pedih je bila kena air." Jawab Baekhyun tanpa memandang Daehyun. Daehyun angguk. Dia bersalah.

"Sorry... saya tak sengaja." Ucap Daehyun, masih dalam nada yang perlahan. Lengan Baekhyun diusap perlahan-lahan, sehingga menimbulkan rasa kurang enak dalam dada Baekhyun.

"Jangan cuba goda aku, Dae. Aku tengah makan." Kata Baekhyun perlahan. Romantik. Terus Daehyun larikan tangannya dari lengan Baekhyun. Seakan baru tersedar dengan apa yang dia lakukan. Daehyun hendak angkat punggung, pergi ke tempat asalnya. Tetapi Baekhyun menarik tangannya pula.

"Apa?"

"Aku nak cakap dengan kau sikit ni." Baekhyun menyisip teh sedikit dan pusingkan tubuh menghadap Daehyun. Terangkat kening Daehyun dibuatnya. Menanti kata-kata Baekhyun.

"Jom travel."

Makin tinggi kening Daehyun dibuatnya.

"Travel? Nak buat apa?" Soalan bengong Daehyun mula keluar. Baekhyun menayangkan wajah jengkel. Elak disekeh kepala gadis itu.

"Travellah! Honeymoon..." Baekhyun senyum dengan suara yang meleret. Tangan Daehyun digapai dan diramas perlahan. Tabiat Baekhyun yang sukar untuk dibuang. Dia suka meramas sesuatu yang dia pegang.

"Honeymoon? Awak gila ke apa?"

"Kalau aku gila, aku tak ajak kau honeymoon. Come on, dear. Honeymoon bukan untuk wife and husband je okey. We also can do that. Ke... nak lebih lagi?" Soal Baekhyun sambil mendekatkan tubuhnya ke arah Daehyun. Daehyun menjauh sehingga memaksanya untuk menahan dada lelaki itu dengan tangannya.

"Stop. Buang duitlah travel-travel ni. Simpan je duit awak tu." Kata Daehyun. Macam-macam perasaan yang dia rasa sekarang. Berdebar dengan sikap Baekhyun kali ini. Jika dulu dingin, beku, dan panas baran namun kali ini lebih lembut, perlahan dan romantik. Sehingga dia sendiri pun terasa tergugat. Pantang diusik sikit, melarat-larat pula.

"Come on, sayang. Tak jauh pun. Kat Europe je." Terbuntang mata Daehyun dibuatnya. Pantas dia menggeleng.

"Tak naklah, Baek. Takutlah."

"Aku ada untuk kau. Peluklah aku tiap-tiap hari. Aku tak lari punya." Seloroh Baekhyun. Nampak? Dia dah pandai bergurau. Daehyun lepaskan nafas. Baekhyun masih pegang tangannya. Sukar untuk dia lepaskan. Kalau boleh dia tidak mahu mendorong Baekhyun untuk keluarkan duit semata-mata hendak melakukan perkara yang tiada faedah. Serik terasa apabila dilabel kikis harta. Perkara yang memang tidak boleh dilupakan.

"Daehyun..."

"Hmm..."

"So how? Nak tak?" Soal Baekhyun. Daehyun serba salah. Dia memandang anak mata Baekhyun, dalam.

"Boleh. Tapi!" Daehyun kemukakan syarat. Baekhyun mengeluh. Dilabuhkan pipinya pada bahu Daehyun yang dekat dengannya itu. Manja.

"Apa dia?"

"Jangan jauh-jauh. Kat dalam negara je." Terangkat kepala Baekhyun dibuatnya. Wajah tak puas hati dipandang.

"How boring..."

"Okay, canc..."

"Okay! Okay! Okay! Dah pandai ugut dah sekarangkan?" Baekhyun ketap gigi, dan biarkan dahunya pada bahu Daehyun. Dilihat wajah cantik Daehyun dari sisi. Memang cantik. Cuma dia sahaja tidak perasan.

"Beratlah kepala awak."

"Macam tulah beratnya sayang aku kat kau." Kata Baekhyun sambil menahan gelak. Pickupline menjadi! Daehyun mula blushing. Malu... dan Baekhyun suka melihat pipi itu memerah. Didekatkan bibirnya perlahan-lahan dan dilekap pada pipi itu. Daehyun tersentak.

"Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang?" Soal Baekhyun dalam keadaan yang sama. Masih merehatkan dagu pada bahu Daehyun dan bibir yang masih bergesel dengan kulit pipi Daehyun.

"What?" Daehyun berdebar. Sumpah! Rasa nak tercabut jantung. Berdegup kencang dengan sikap Baekhyun ini. Bagai tidak dapat ditafsir secara akal kerana kesannya jatuh ke hati.

Baekhyun angkat kepala dan lantas mencapai tangan Daehyun. Dilekapkan telapak tangan itu pada dada kirinya.

"Rasa?"

Daehyun angguk.

"Laju?"

Ya, laju. Daehyun sendiri pun terkejut dengan degupan jantung Baekhyun. Laju.. seakan baru jatuh cinta.

"Kau tahu apa tanda dia?"

Daehyun geleng. Bagai tak ada suara hendak menjawab.

"Nanti kau akan tahu." Baekhyun turunkan kembali tangan Daehyun. Dia berdiri dan berjalan ke ruang tamu. Meninggalkan Daehyun yang terpaku di sini. Apakah?

'Nanti kau akan tahu...'

"Dia nak cakap apa sebenarnya?"

"Daehyun!!!" Baekhyun menyeru. Lantang suaranya, seakan dia berada di gunung everest. Annoying Baekhyun...

"Apa dia?!"

"Tolong pulangkan hati aku balik. Dia tercicir dalam hati kau. Aku tak boleh hidup tanpa hati aku. Mari sini..." Daehyun ketap bibir. Geram. Pickupline yang mampu menggegarkan jantung. Jika ada Baekhyun di depan matanya sekarang, lama dah kena luku.

"Cakap jelah nak aku ke sana. Ini tak... sibuk duk reka-reka ayat entah apa-apa. Fikir sweetlah?"

"Sayang... Baek dengar suara awak..."

Daehyun genggam penumbuk dan pejam mata serapat yang boleh. Seksa!

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now