》Bab 39《

8.8K 798 74
                                    

"Amboi, semacam je senyum tu. Ada apa-apa ke ni?" Tegur Sehun apabila melihat Baekhyun yang sedari tadi asyik mengoyakkan senyuman. Mereka sedang berbincang tentang kerja pun Baekhyun masih mampu tersengih. Walaupun tidak jelas, tetapi sudah cukup buat Sehun tahu apa maksud senyuman itu.

"Tak ada apa-apalah." Balas Baekhyun. Sehun kecilkan mata. Tangannya memutarkan pen pada tangan.

"Nak membohong akulah tu. Dahlah curang dengan aku, duakan aku. Sampai hati kau kan tak bagitahu aku yang kau in relay dengan Daehyun." Kata Sehun, penuh perasaan wajahnya. Baekhyun menjeling.

"Kalau belum rasa ajal kau nak sampai hari ni, tak payah nak mengarut." Kata Baekhyun. Sehun ketawa kecil. Sesekali dia berdehem dan menyambung kerjanya. Suasana kembali serius.

"Tapi serius ah kau dengan Daehyun memang nak rancang... nak kah..."

"Bisingnya mulut kau." Pintas Baekhyun, geram. Tubuhnya disandarkan pada kerusi dan pejamkan mata. Selepas pulang sahaja dari bercuti dua hari lepas, dia terus sibuk dengan kerja. Daehyun pula tetap di rumah bersama penjaga dan pengawal keselamatannya. Gadis itu macam biasa. Tetapi semakin segan sejak hari lamaran itu berlaku.

"Aku tanya je. Belagak kau sekarangkan? Sejak balik dari honeymoon kau tu. Ehem... pembawakan budak ke apa ni?" Sehun menyoal sambil mengangkat-angkat keningnya dengan wajah yang langsung tidak bersalah. Terus mencerlung anak mata Baekhyun memandang rakan baiknya ini. Elak dahi luas itu terkena balingan pen sahaja.

"Jaga sikit mulut tu, Sehun. Aku tak macam kau."

"Manalah tahu... kau ter'accident' ke masa kat sana. Dah namanya satu bilik, satu katil, satu bantal, bohonglah kalau tak ter'accident'." Jawab Sehun sambil menulis sesuatu pada kertas kerjanya. Siap menekan perkataan ter'accident' tadi. Mengecil mata Baekhyun melihatnya.

"Aku tak macam kau."

"Aku pun tak macam kau. Tapi kau kena ingat, kau dah curang dengan akukan? Kau dah ada Daehyun. So, lunch nanti, kau belanja aku. Okey?" Kata Sehun sambil tersenyum lebar. Menggeleng Baekhyun melihat dibuatnya. Tak paham dengan perangai Sehun yang satu ini. Jarang lelaki ini mengarut benda yang bukan-bukan.

"Kalau ya pun gay, tak payahlah dengan aku."

"Dah kau jodoh aku. Nak buat macam mana." Jawab Sehun selamba. Malas Baekhyun hendak melayan. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Dia kembali menyambung kerjanya semula. Lama mereka berdiam diri dan sesekali hanya bercakap soal kerja mereka itu. Tiba-tiba Sehun bersuara.

"Baek..."

"Hmm..."

"Masa kau tak ada, aku tengok Jungkook selalu lalu depan office kita." Kata Sehun sambil menulis. Baekhyun berhenti memandang skrin komputer. Matanya terus merenung Sehun yang sedang khusyuk menulis.

"Lalu depan office ni?" Sehun angguk kepala mendengar soalan Baekhyun itu. Dia letakkan pen dan sandarkan tubuh pada kerusi.

"Ya. Aku tengok dia asyik pandang ke sini." Kata Sehun. Dia kembali berkata.

"Lepas tu ada suatu hari ni, dia ada keluar dengan sorang perempuan. Aku tengok macam kakak kau, Yeon."

Baekhyun tersentak.

"Dengan Yeon?" Soal Baekhyun dan direndahkan sedikit kelantangan suaranya. Seakan tidak mahu ada sesiapa yang dengar walhal hanya mereka berdua di dalam biliknya ini.

Sehun angguk sambil memegang belakang leher. Digosok perlahan batang tengkuknya dengan menayangkan wajah kurang pasti.

"Actually aku tak sure sangat betul ke tak Yeon tapi... aku tengok macam ya. Kakak kau pakai Mercedez Benz kan?" Tanya Sehun dan Baekhyun anggukkan kepala. Wajahnya nampak tidak sedap dan seakan sedang memikirkan sesuatu.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now