》Bab 32《

10K 858 72
                                    

"Pulau Jeju?"

Baekhyun menganggukkan kepala.

"Ya. Aku ingatkan nak bawa kau jauh dari sini. Tapi bila kau cakap passport kau hilang, aku bawa kau ke sini je. Malas nak setting passport kau. Lambat." Jawabnya tanpa memandang wajah Daehyun.. Daehyun memandang lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya ini. Matanya yang dilindung dengan kaca mata hitam sedang terpejam. Dibiarkan wajah kacaknya itu ditampar angin pantai. Cuaca tidaklah panas, tidaklah sejuk. Tetapi kebanyakan pengunjung di sini berada di restoran ataupun kafe terdekat kerana mungkin bagi mereka cuaca sebegini sesuai bersantai.

"Perlu ke ajak saya ke sini?" Soal Daehyun sambil menundukkan kepalanya menghadap pasir. Kasut ditanggalkan. Tetapi belum sempat dia mengambil, Baekhyun sudah menunduk mencapai dahulu.

"Perlu. Suka hati akulah nak bawa kau ke mana yang aku suka."

"Saya bukannya sesiapa bagi awak pun."

"Siapa cakap?"

"Awaklah. Dulu.. masa awak dengan kakak awak bergaduh." Daehyun masih dalam mood tak stabilnya. Tetapi sikit-sikit tu bolehlah dibawa bergurau.

Kedengaran Baekhyun mengeluh pendek. Sebelah kanan tangannya menjinjit kasut Daehyun dan kasutnya sendiri, manakala sebelah lagi tangannya memegang tangan gadis itu dan ditarik perlahan mengikut rentak kakinya. Daehyun ikutkan sahaja sehingga mereka tiba di gigi air. Memijak pasir halus separuh lembab ini. Rupa mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih.

"Boleh tak jangan ungkit pasal tu? Aku tak suka." Kata Baekhyun. Kakinya menyepak-nyepak cengkerang yang ada di pasir ini. Sesekali dibiarkan kakinya dibasahkan dengan air laut. Sambil itu tangan kirinya masih tidak lepas dari terus menggenggam tangan Daehyun. Erat.

"Awak masih bergaduh dengan kakak awak ke?" Soal Daehyun sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

"Entahlah. Aku tak tahu." Baekhyun mengeluh. Nampak tak berminat dengan topik yang dibincangkan.

"Kenapa awak tak nak berbaik dengan dia? Dia kan kakak awak. Kakak kandung."

"Aku tak ditakdirkan untuk rapat dengan dia. So... aku tak rapatlah even though kakak kandung. Malaslah, Daehyun. Aku penat. Aku tak teringin nak ada kasih sayang daripada kakak kalau macam tu punya perangai." Secara tidak sedar, Baekhyun mula luah sedikit demi sedikit. Daehyun kerutkan dahi. Dia mendekatkan dirinya dengan Baekhyun, lebih rapat.

"Awak tak sayang dia ke?"

Angguk. Dia sayang.

"Habis tu?"

Angkat bahu. Tak tahu.

Daehyun mula mengeluh. Mula dah perangai manja Baekhyun keluar. Ditanya sepatah, dijawab dengan isyarat tubuh. Daehyun seakan sudah hafal setiap mood dan pergerakan tubuh lelaki ini. Dah masak dah dengan Baekhyun.

Daehyun melepaskan tangannya dari genggaman tangan Baekhyun. Bukan dia hendak berjalan bersendirian, tetapi dia hendak memeluk lengan kiri Baekhyun pada tangannya. Mereka semakin rapat.

"Janganlah macam ni. Tak baik tau buat macam tu kat darah daging awak sendiri. Omma awak pun... awak tak rindu dia?"

"Macam mana aku nak rindu dia kalau dia sendiri macam tak anggap aku anak kesayangan dia? Dia lebihkan Yeon dari aku. Dia tak macam appa. Sikit pun tak. Aku tak boleh bagi kasih sayang aku sebagai seorang anak sama macam aku bagi kat appa. Aku tak boleh, Dae. Tak boleh. Dia... entahlah. Aku tak tahu." Baekhyun berhentikan kaki dari berjalan dan menghadap pantai semula. Cermin mata hitam dibuka. Wajah Baekhyun nampak merah. Inilah riak muka Baekhyun setiap kali emosinya terganggu.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now