》Bab 42《

9K 780 116
                                    

Daehyun sudah selesai bersiap. Dia mengenakan seluar jeans dan kemeja singkat. Rambutnya dibiarkan lepas dan dia sedia untuk keluar pagi-pagi begini. Tujuan dia keluar pagi-pagi ini untuk mencari kerja di luar sana dan hendak mengelak dari bertembung dengan Baekhyun pagi ini. Kisah semalam masih menghambat dirinya sendiri. Terasa diperbodohkan apabila Baekhyun berkata begitu. Dia langsung tidak tahu apa puncanya. Tiba-tiba sahaja kena marah.

Daehyun mencapai beg tangan. Dia sedia untuk keluar. Perlahan kakinya bergerak menuju ke pintu bilik. Dia memulas tombol pintu dan keluar begitu sahaja tanpa melihat luar sehingga tubuhnya terlanggar seseorang.

"Auch..." Daehyun mengaduh kecil. Dia memegang bahu dan perlahan-lahan angkat kepala. Baekhyun.

"Nak ke mana?" Soal Baekhyun. Suaranya kini bernada. Tidak dingin seperti semalam.

"Cari kerja." Jawab Daehyun, mendatar. Berkerut dahi Baekhyun dibuatnya. Dia semakin dekatkan diri dengan Daehyun.

"Cari kerja? Nak buat apa?"

Daehyun mengeluh kecil mendengar soalan Baekhyun itu.

"Saya ni kan menyusahkan awak. Kerja asyik duduk dalam rumah, naikkan lemak. So saya cari kerjalah. Nak tampung diri sendiri sebab saya tak naklah awak rasa terbeban sebab saya. Lepas saya dah ada duit simpanan banyak sikit, saya keluarlah dari sini." Kata Daehyun, pedas. Ayatnya betul-betul tepat pada dahi Baekhyun. Semakin menebal rasa bersalah dalam diri Baekhyun dibuatnya.

"Sayang... so.."

"Tepi sikit. Saya nak keluar ni."

"Sayang please... I'm sorry." Baekhyun semakin dekatkan dirinya dengan Daehyun dan dipegang tangan itu perlahan. Tetapi segera gadis itu mengelak. Dia masih lagi terasa dengan kejadian semalam. Betul-betul mengguris tangkai hatinya.

"Saya nak keluar. Tolonglah ke tepi."

"Aku tak izinkan kau keluar. Duduk dalam rumah ni." Kata Baekhyun. Wajahnya bersahaja. Seakan tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Baekhyun, cukuplah tu berpura-pura. Saya tak nak jadi perempuan terdesak. Saya manusia biasa juga. Ada hati, ada perasaan. Saya tak nak awak rasa terpaksa bila tolong saya. Saya nak awak ikhlas. Tak apalah... esok lusa kalau awak dah rasa tak tahan dengan saya, saya pulangkan semua barang awak, saya keluar dari sini." Panjang hujah Daehyun sehingga suaranya mula bergetar menahan perasaan. Sungguh! Hatinya benar-benar terusik gara-gara semalam. Emosinya benar-benar terganggu. Perit mata melihat Baekhyun di sini.

"Kau nak tinggalkan akulah sekarang ni? Tak nak dengar penjelasan aku?"

"Saya terpaksa."

"Listen, my dear. Aku tahu.. aku salah. Aku cemburu tak bertempat. Aku nampak kau bawa masuk lelaki dalam rumah ni. Aku tak tahu yang tu kawan Sehun. Aku tak tahu yang dia bawa barang-barang masuk rumah tolong kau sebab masa tu hujan. Kan? Aku minta maaf." Entah macam mana jenis ayat yang Baekhyun lemparkan. Tangannya mula memegang lengan Daehyun pula tetapi cepat-cepat Daehyun menarik kembali dan mengaduh kecil.

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Suara Daehyun menurun. Dia menunduk kecil. Melihat ada ruang sedikit untuk dia keluar, dia cuba. Tetapi sama seperti tadi. Baekhyun menghalang dan kali ini tangannya di tarik masuk ke dalam bilik.

"Boleh tak jangan hukum aku macam ni?" Soal Baekhyun dalam nada yang cukup rendah dan perlahan. Anak matanya tepat menikam anak mata Daehyun sehingga gadis itu mengalihkan mata ke arah lain.

"Saya tak pernah hukum awak."

"Habis tu sekarang apa?"

"Awak yang hukum diri awak sendiri."

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now