》Bab 35《

8.6K 833 121
                                    

Baekhyun terus bangun dari katil dan mendekati pintu tandas. Tangannya menyapu skrin dan melekapkan telefon pada telinga. Panggilan Sehun dijawab.

"Nak apa? Mengacau aku je kau ni."

"Baekhyun sayang!" Mahu terbeliak mata Baekhyun dibuatnya mendengar suara Sehun yang minta pelempang itu. Berulat rasa telinga yang mendengar.

"Kau ni kenapa? Sakit?" Soal Baekhyun sedikit kasar sambil menyandarkan tubuh pada sinki.

"Kau kena tolong aku. Serius. Memang kena tolong aku." Suara Sehun berubah kepada serius dan sedikit cemas. Baekhyun kerutkan dahi. Dah kenapa pula? Apa penyakit dia ni sebenarnya?

"Kau kenapa? Boleh tak cakap slow sikit? Aku... aku tak faham."

"Aku tak sanggup nak cakap kat kau pasal ni. Serius. Aku... aku takut kau marah aku." Baekhyun kerutkan dahi. Pelik.

"Nak buat apa marah kau pula? Hei... terus-terang jelah. Susah sangat."

"Baek, aku kena paksa kahwin dengan omma. Aku terpaksa duakan kau! Maafkan aku, Baek!" Dikala ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa berapinya Baekhyun. Gigi diketap, nafas dikawal. Rasa dah tak boleh nak tahan dengan perangai Sehun yang semakin lama semakin suka main-main. Kadang buat kerja pun tak sempurna. Leka dengan sosial. Syarikat hartanah itu seakan dia seorang yang uruskan. Padahal pada awalnya itu semua rancangan Sehun. Dasar ShitHun.

"Kalau kau kat depan mata aku sekarang, dah lama aku makan kau." Gerutu Baekhyun, geram. Kakinya bergerak ke tab mandi dan duduk di birai tab itu. Sesekali tangannya bermain anak rambut.

"Tapi seriuslah.. aku tak nak kahwin lagi. Kau belum kahwin, takkan aku nak kahwin pula." Suara dia kembali serius. Tadi tak, lepas tu serius. Haihh Sehun.

"Nak tunggu aku kahwin baru kau kahwin?"

"Yelah! Nanti aku kalah dengan kau sebab aku kahwin dulu."

"Hei, kejap lagi aku kahwinlah. Lepas tu, kau dah boleh kahwin." Kata Baekhyun. Ada senyuman kecil pada bibirnya. Tetapi telinganya mendengar dengusan kasar Sehun.

"Baek... kali ni aku serius. Aku tak nak kahwin ni. Omma paksa. Aku tak nak." Baekhyun gigit bibir. Nampak kritikal dengan keadaan Sehun.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa?"

"Hmm..." Sehun gumam seketika. Baekhyun masih menanti.

"Hah!" Sehun sergah.

"Apa dia?"

"Aku nak pinjam Daehyun jadi fake girlfriend aku." Terus membulat mata Baekhyun. Dia lantas berdiri.

"No! Never! Jangan! Aku tak izinkan!" Tegas Baekhyun membidas. Lantang suaranya menidakkan apa yang Sehun minta itu.

"Alah, fake je pun. Depan omma. And aku nak buat omma batalkan niat dia tu. Please, Baek, please."

"No, Sehun. Carilah orang lain but no my Dae." Kata Baekhyun lagi. Kedengaran Sehun mengeluh. Kedengaran sangat tertekan dengan masalahnya sendiri. Baekhyun pula hanya buat muka bersahaja tetapi hatinya tetap menidakkan apa yang Sehun pinta itu. Memang mati hidup balik dia tidak akan korbankan wanita kesayangannya kepada orang lain. Tempah maut namanya.

"Habis tu macam mana ni?"

"Pandai-pandailah kau. Aku tak nak campur."

"Kau jelah jadi fake girlfriend aku. Aku cakap dengan omma yang kita ada relay. Aku yakin, mesti omma terkejut and terus batalkan niat perkahwinan tu. Bukan setakat omma, pihak sebelah pun sama. Trust me." Kata Sehun, lancar. Sikit tak ada sekat-sekat. Tetapi Baekhyun pula yang macam orang tercekik tulang. Sekejap pegang kepala, sekejap cekak pinggang.

"Jangan jadi bodoh, Oh Sehun. Aku bukan gay. Tak macam kau."

"Dah terdesakkan."

"Tapi perlu ke sampai macam tu sekali? Kau ni menyusahkan aku tahu tak?" Baekhyun merungut kecil. Dia mula berjalan ke pintu tandas semula. Hendak keluar dari tandas. Panas mula ada kat dalam ni lama-lama.

"Tolonglah aku, Baek. Aku betul-betul dah tak ada modal nak cari orang ni. Omma dah mula sekat kad kredit aku. Kereta aku. Tolong aku!" Sehun yang terpekik terlolong itu dibiarkan sahaja. Mata Baekhyun kini tertumpu ke arah Daehyun yang seakan sedang tersenyum-senyum melihat permandangan di luar bilik.

"Baekhyun, aku tengah bercakap dengan kau ni. Kau dengar tak?"

Tet!

Baekhyun matikan panggilan. Bising. Telefon dicampak di atas katil dan Baekhyun mendekati Daehyun di balkoni bilik.

"Hei..." Daehyun sedikit tersentak apabila bahunya disentuh perlahan.

"Kau cakap dengan siapa tu?" Soal Baekhyun. Matanya tidak melihat sesiapa pun yang ada di sini kecuali mereka berdua. Pantai ada orang tetapi semua buat hal sendiri. Daehyun pula tersenyum-senyum pandang sesuatu.

"Tak ada cakap dengan sesiapa." Dia jawab, bersahaja. Matanya digalihkan dari memandang tempat tadi dan memandang Baekhyun. Senyuman masih manis pada bibir.

"Habis tu?"

"Tu..." Daehyun luruskan jari dan tepat pada sekumpulan manusia yang sedang sibuk dengan hal mereka. Baekhyun kecilkan mata dan fokus.

"Lelaki tu propose girlfriend dia. Siap buat banner lagi. Dah tu orang ramai tu jadi penonton. How sweet." Kata Daehyun sambil tersenyum kecil. Siap berfangirling sikit. Mungkin gembira dengan situasi tersebut. Baekhyun faham. Kepalanya terangguk-angguk.

"Jadi kau tengok dioranglah ni?" Daehyun angguk.

"Kau suka kalau aku buat kau macam tu?" Mati senyuman Daehyun. Ditukar kepada kemaman bibir bawah. Matanya merenung wajah Baekhyun sebelum dilarikan ke arah lain. Dia tidak menjawab soalan Baekhyun pun. Hanya diam. Moodnya tidak berapa nak baik.

"Aku boleh buat macam tu juga. Sampai kau tak boleh nak tidur malam." Kata Baekhyun. Dia tersenyum kecil. Kakinya didekatkan dengan tubuh Daehyun sehingga Daehyun tersandar pada pagar balkoni.

"Awak tahu tak, awak buat saya tertanya-tanya."

"Kau tak suka? Aku main tarik tali dengan kau?" Soal Baekhyun. Suaranya sedikit perlahan dan romantik. Tangannya ditahan pada pagar balkoni, mengurung tubuh Daehyun dari pergi ke mana-mana.

"Awak seksa saya. Suka buat saya rasa macam... terdesak. Kalau boleh saya nak terus terang. Tapi awak..."

"Simpan perasaan kau sampai esok. Jangan pecah dekat sini." Bisik Baekhyun, perlahan. Daehyun terkedu pula. Tidak tahu hendak balas apa. Dihadam ayat Baekhyun berkali-kali sehingga tidak sedar hidungnya berlaga dengan hidung Baekhyun.

"Lee Daehyun..."

"Hmm?"

"Aku sayangkan kau..."

'Dan aku cintakan kau. Sampai mati.'

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now