》Bab 27《

9.8K 800 10
                                    

Daehyun memerhatikan Baekhyun yang sedang membutangkan baju kemeja hitamnya. Lelaki itu nampak sedikit kemas setelah mendengar cadangannya tadi. Bagaimana hendak melepaskan rindu dengan mendiang ayahnya walaupun sudah tiada. Daehyun juga siap berpakaian. Gaun pendek berwarna hitam paras bawah lutut. Dia hanya menanti Baekhyun siap.

"Daehyun..."

"Hmm?" Daehyun bangun dari sofa dan mendekati lelaki kacak itu. Baekhyun nampak lain hari ini. Wajahnya pucat tidak dikenakan apa-apa solekan. Matanya nampak mengantuk. Sekalipun dia tidak pernah melihat Baekhyun begini.

"Aku tak yakin yang aku boleh pergi." Baekhyun menundukkan kepalanya. Daehyun melepaskan nafas sedikit panjang.

"Janganlah macam ni. Kata rindu appa. Pergilah makam dia."

"Tapi aku tak boleh. Aku... aku takut aku tak kuat." Katanya lagi. Runtuh terus ego Baekhyun selama ini. Hilang segala sikap buruknya. Hanya sikap sebenar Baekhyun yang ada dalam diri. Sikap inilah yang mula-mula sekali sebati dalam hidup Baekhyun sebelum Tuan Byun meninggal dunia. Sikap inilah yang merapatkan hubungannya dengan Tuan Byun. Tetapi setelah Tuan Byun pergi, Baekhyun mula berubah sedikit demi sedikit. Hidupnya yang sentiasa diperhatikan oleh Puan Byun sangat memberi tekanan kepadanya. Seakan tiada kebebasan. Sehinggalah dia menjinak-jinakkan diri ke dalam kancah sosial. Kelab malam, perempuan, minum, balik lambat, berpesta. Semua itu sebati dalam hidupnya setelah itu.

"Saya tak pernah nampak awak macam ni. Awak lemah kali ni. Mana Baek saya yang dulu? Awak tak pernah macam ni. Please... be strong." Tangannya naik pada kedua-dua lengan Baekhyun. Daehyun dekatkan dirinya dengan Baekhyun dan direnung wajah kacak itu sedalam-dalamnya.

"Please... tolong jadi kuat. Demi saya." Baekhyun tahankan suara. Dia tidak menangis, tetapi wajah memerah. Air matanya bertakung. Jika dipejamkan mata, pasti jatuh air mata itu ke pipi. Ini benda baharu buat Daehyun. Kali pertama hendak menenangkan lelaki ini yang sedang dalam kedukaan.

"Kau yakin aku boleh?"

Daehyun angguk.

"Kau yakin aku kuat?"

Daehyun angguk lagi.

"Kau yakin... yang aku tak akan menangis?"

Kali ini Daehyun menggeleng. Dia tersenyum kecil sambil memegang perlahan pipi Baekhyun.

"Jangan tahan nangis. Nanti awak sakit." Katanya. Baekhyun mengeluh panjang. Wajahnya diusap dengan telapak tangan. Cuba menarik balik ketenangan yang selama ini dia rasai setelah bertahun-tahun cuba melupakan mendiang Tuan Byun.

"Jom pergi. Nanti dah petang, awak penat."

"Hmm..."

Mereka terus keluar dari rumah untuk pergi ke makam Tuan Byun.

*******

Kereta Baekhyun berhenti di tempat pemakaman. Lagi tadi Daehyun melihat tangan Baekhyun menggigil. Dan sesekali dia melihat Baekhyun memicit batang hidung. Nampak betul-betul tertekan.

"Baek... awak okey tak?" Soal Daehyun. Tangan kiri Baekhyun dicapai dan digenggam erat. Sejuk. Tangan itu sejuk.

"Okey." Jawabnya pendek.

"Kau nak ikut aku ke? Atau nak tunggu dekat sini je?" Soal Baekhyun lagi. Daehyun menggigit bibir. Dia agak ragu-ragu kerana Daehyun ada masalah lemah semangat dari kecil. Tidak boleh hadir dalam apa-apa pemakaman dan tidak boleh menjejakkan kaki ke tanah pemakaman.

"Emm... saya..."

"Kau ada lemah semangat ke?" Daehyun mengangguk, serba salah. Baekhyun menarik tangan dari berada dalam genggamannya. Kunci kereta dicabut dan tangannya sedia membuka pintu.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now