》Bab 10《

10.7K 877 109
                                    

Sejak dari kejadian itu, kedua-duanya diam. Baekhyun diam, Daehyun juga hilang. Masing-masing tidak bercakap mahupun bersuara. Tiada!

Daehyun jalan ke dapur perlahan-lahan dengan niat hendak melihat barang-barang dapur yang ada. Tetapi kebetulan waktu itu Baekhyun pula keluar dari bilik dengan pantas sehingga terlanggar tubuhnya yang hendak melewati bilik itu.

"Auww.." Daehyun mengaduh kecil sambil menggosok bahu yang sedikit sakit. Daehyun melihat Baekhyun. Lelaki itu hanya... pandang?! Tanpa rasa bersalah dan minta maaf. Gosh!

Daehyun teruskan sahaja langkahannya tetapi dia baru terperasan tangannya dipegang. Bergerakan terhenti.

"Nak pergi mana?" Soal Baekhyun, mendatar.

"Dapur. Nak makan." Jawab Daehyun. Mendatar juga.

"Tak payah masak. Aku nak keluar, nanti balik aku bagi kau makanan." Kata Baekhyun dan lengannya terlepas dari tangan Baekhyun. Kemudian lelaki itu pun pergi dan berlalu ke pintu rumah. Daehyun mengeluh pendek. Nak tunggu? Tengok gaya pemakaian nampak kemas dan dia siap bersolek nipis macam lama nak balik. Perlu tunggu? Atau makan terus?

"Ingat, tunggu sampai aku balik." Pesan Baekhyun yang sudah selesai menyarungkan kasut. Pintu dibuka, dari dalam lagi Daehyun dapat melihat wajah seorang lagi lelaki yang setia menemani Baekhyun. Daehyun biarkan.

*******

"Sejak bila kau bela perempuan dalam rumah ni?"

Baekhyun tidak menjawab soalan lelaki yang ada di hadapan matanya ini. Malah dia meneruskan jalan setelah selesai rapatkan pintu. Dan... kunci.

"Kau kunci dia?"

Baekhyun diam juga. Sedang menahan sabar dengan perangai si maknae seorang ni.

"Yah, kalau dia mati macam mana?"

"Oh Sehun, dalam tu bukannya tak ada balkoni ke tingkap apa semua. Menyibuknya kau ni." Dengus Baekhyun geram. Dia memusingkan tubuh dan sedia untuk melangkah pergi dari rumah. Sehun menyaingi.

"Tapi... perempuan tu... can..."

"Jangan puji dia."

"Why?!"

"Sebab dia aku punya. Jangan berani-berani nak tenung, tengok, pandang apa semua tu. Hak milik kekal." Baekhyun memberi amaran, seakan Daehyun memang hak miliknya. Padahal tidak. Dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia menganggap begitu.

"Hak milik kekal? Hei... sejak bila ni reti anggap perempuan simpanan sebagai hak milik? Kekal pulak tu. Gila ke apa?"

"Diamlah, Oh Sehun." Baekhyun tidak menjawab, kerana dia sendiri pun blur. Apa yang dia cakapkan sebentar tadi.

"By the way... aku nak cakap something kat kau. Benda ni... important. Very the."

"Apa dia?"

"Senjata kau tumpas dekat airport Rusia."

"What?!!!"

*********

12 malam. Daehyun masih setia menanti Baekhyun di ruang tamu dengan perut yang perit. Dari pukul 8 sampai sekarang lelaki itu tidak datang lagi. Tidak mahu Baekhyun naik angin, dia diamkan sahaja. Telefon pun tidak. Entah, Daehyun rasa lain sejak Baekhyun mengatakan yang dia adalah tanggungannya. Atau dalam bahasa kasar, perempuan simpanan. Ketika itu dia benar-benar terkedu. Tidak tahu hendak katakan apa lagi. Bagaikan perkataan murahan yang dilemparkan oleh kakak Baekhyun tepat kena pada dahinya.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now