》Bab 18《

10.8K 856 39
                                    

"Jepun?"

Baekhyun mengangguk.

"Aku dah suruh Sehun book tadi pagi. So... tak ada alasan untuk kau membantah arahan aku. Faham?" Daehyun mengeluh panjang mendengar apa yang Baekhyun katakan. Wajah lelaki itu berada di hadapannya, dipandang malas. Matanya mengantuk, dan mahu tidur. Tetapi Baekhyun menyibuk datang ke biliknya dan baring di sebelah sambil menayangkan wajah tak bersalah dan bercakap tentang percutian.

"Hei.. aku cakap dengan kau ni. Kau dengar tak?" Soal Baekhyun, masih dalam nada terujanya. Namun aura kedinginan dan beku itu masih ada.

"Kan saya dah cakap, saya tak nak pergi jauh-jauh."

"Susah sangat ke nak dengar cakap aku? Hishh..." Baekhyun terlentangkan tubuhnya dan pejamkan mata. Daehyun yang masih mengiring, menahan ketawa. Merajuk?

"Awak merajuk ke?" Lengan Baekhyun yang terdedah disentuh perlahan. Tiada respon. Lelaki itu masih pejamkan mata dan diam.

"Baek... saya cakap dengan awak ni. Awak dengar tak?"

"Tak."

Daehyun ketawa. Sumpah, kali pertama dia melihat Baekhyun begini, baru dia tahu bagaimana sikap comel Baekhyun yang sebenar. Perangai ganas, muka kacak, tak sangka betul merajuk punya perangai comel begini.

Daehyun masih memegang lengan Baekhyun. Dia dekatkan tubuhnya lagi ke arah lelaki itu dengan senyuman masih melekat pada bibir. Kepalanya diletakkan perlahan-lahan pada bahu Baekhyun. Tangannya naik memeluk tubuh itu.

"Kau sengaja nak menggoda aku ke apa sekarang ni?" Baekhyun menanya. Tangannya masih dikiam atas perut. Tidak bergerak.

"Taklah. Saya tengah pujuk awak."

"Kau ingat aku merajuk ke? Please... aku masih lelaki untuk merajuk dengan perempuan." Baekhyun berkata, angkuh. Daehyun tahan senyum. Dia galihkan kepalanya dari bahu Baekhyun. Lelaki itu memandangnya dengan mata yang redup.

"Susah sangat nak mengaku yang awak merajuk dengan saya?" Baekhyun kembali mengiringkan tubuh dan memandang wajah Daehyun seperti mula-mula dia masuk ke dalam bilik ini tadi. Anak mata Daehyun dipandang, tajam. Bagai hendak tembus ke belakang. Bibirnya tiada senyuman. Tetapi wajahnya tetap nampak manis.

"Kau pernah bercinta?" Soal Baekhyun. Daehyun yang baru hendak terlelap, berjaga semula. Kedua-dua tangannya diletakkan pada pipi. Dibiarkan ditindih.

"Bercinta? Tak."

"Sekali pun tak pernah?" Daehyun menggeleng sambil pejamkan mata. Mengantuk.

"Kau pernah cintakan seseorang?" Baekhyun menanya lagi. Sekali lagi Daehyun buka mata.

"Pernah."

"Dan kau luahkan?"

"Tak."

"Kenapa?" Daehyun diam. Dia tiada jawapan bagi itu. Matanya dilarikan dari memandang Baekhyun. Entahlah.. tiba-tiba rasa berdebar.

"Kau takut nak luahkan atau kau tahu yang orang tu tak akan pernah terima kau?" Daehyun tidak menjawab. Sebaliknya dia memandang anak mata Baekhyun, dalam. Daehyun pelik, kenapa Baekhyun begini. Menyoal perkara-perkara yang baginya agak sensitif kerana melibatkan hati dan perasaan.

"Kenapa awak tanya, Baek?"

"Sebab aku nak tahu." Jawab Baekhyun. Kemudian dia berkata lagi.

"Aku macam kau juga. Tak pernah bercinta." Baekhyun pejamkan mata perlahan-lahan seusai mengucapkan ayat itu. Daehyun agak terpana. Tak.. tak pernah bercinta? Muka sekacak begini, kaya raya macam ni, tak ada sesiapa yang nak?

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now