Baekhyun.

Sedikit tersentak apabila melihat lelaki itu berdiri di hadapannya dengan wajah yang sedikit letih. Pantas dia mengelap air mata yang bersisa.

"Kenapa nangis?" Baekhyun tanya, mendatar.

Daehyun diam. Tidak mahu menjawab. Tangannya digenggam sesama sendiri.

"Aku tanya, kenapa menangis?" Kali ini suara Baekhyun semakin keras. Daehyun tunduk. Terasa hati betul dengan perbuatan lelaki ini. Air matanya yang tadi dihapuskan datang kembali. Lemah betul dia hari ni...

"Dah tak ada suara? Bisu?"

Daehyun geleng. Ingin sahaja dia bangun dan beredar. Tidak tahan terus didesak.

"Habis tu? Dah tak reti nak cakap?" Soal Baekhyun lagi. Lain betul dengan Baekhyun yang dulu. Daehyun diamkan sahaja. Tidak mahu bercakap apa-apa.

"Yelah.. dah ada lelaki lain. Mana dah nak cakap dengan lelaki yang ada depan mata sekarang."

"Apa awak cakap ni?" Gumam Daehyun, perlahan.

"Apa aku cakap? Aku cakap, kenapa mesti Sehun? Dah tak ada orang lain? Atau taste kau... nak yang highclass je?" Sedas Baekhyun berikan. Bagaikan niat pulang ke rumah untuk sakiti hati gadis yang dia sendiri cintai ini.

"Kenapa awak suka sakitkan hati saya?" Soal Daehyun, berani. Baekhyun mendengus. Kasar.

"Aku tanya kau, siapa yang sakitkan hati siapa sekarang ni? Kau... atau aku?" Dia bongkokkan tubuh dan dagu Daehyun ditarik ke atas supaya mata itu menghadapnya. Pada ketika ini, ego menguasai satu kepala. Sedikit pun tidak terasa tersentuh melihat wajah itu kemerah-merahan menangis. Sedikit pun dia tidak mahu berlembut. Hatinya terlalu sakit. Kepalanya serabut. Fikirkan itu dan ini.

"Saya tak pernah buat awak sakit hati sebab saya dah rasa bahagia bila dengan awak. Tapi bila awak salah faham sikit dengan saya, awak mula cakap yang bukan-bukan. Buat yang bukan-bukan. Awak balik rumah dalam keadaan mabuk, awak keluar dengan perempuan. Baju awak penuh dengan lipstik. Awak jadi liar semula. Awak yang sakitkan diri awak sendiri sampai saya pun ikut rasa sakit tu sekali."

"Macam tu lah aku rasa bila kau cuba dekatkan diri dengan Sehun. Jungkook pun. Aku cemburu. Aku terlalu cemburu. Kau cakap, kau tak suka tengok aku macam tu. Tapi at the same time kau pun buat benda yang sama, yang sakitkan hati aku. Apa yang kau buat ni, Daehyun? Aku tak nak sakitkan hati kau. Aku tak nak kau rasa sakit sebab bila kau sakit, aku rasa sakit tu sekali. Aku tahu, aku tengah ego dengan kau tapi bila tengok kau terseksa dengan aku macam ni, aku lebih rela lepaskan kau sekarang."

Kepala Daehyun terangkat. Memandang wajah Baekhyun yang mula memerah sedikit demi sedikit itu. Matanya juga berkaca. Seakan hendak menangis. Daehyun berdiri perlahan-lahan. Dia melangkah mendekati Baekhyun. Rapat.

"Awak nak kita sampai sini je?" Baekhyun tidak menjawab. Hanya mengeluh.

"Aku sayangkan kau. Tapi kalau kau dah... kalau kau dah tak rasa bahagia tu ada dengan aku, aku rela lepaskan kau. Aku tak nak jadi lelaki dayus. Pergilah cari kebahagiaan kau kat luar sana. Aku tak nak ganggu kau lagi." Suara Baekhyun menurun. Dia nampak pasrah. Daehyun ketap gigi. Kenapa ini pula yang terjadi? Kenapa mesti ini yang berlaku dan bukan benda lain? Kenapa mesti ucapan perpisahan dilafazkan?

"Saya akan lagi terseksa kalau awak tak ada."

"Aku lagi terseksa tengok kau macam ni. Aku tak boleh jadi macam dulu selagi punca masalah kita tak betul-betul jelas. Aku sendiri pun tak tahu, apa masalah kita jadi macam ni. Aku betul-betul tak pasti. Kenapa mesti jadi macam ni..."

Baekhyun menunduk. Daehyun tarik nafas panjang.

"Baekhyun... saya..."

"Kau boleh keluar dari sini bila-bila masa yang kau nak. Aku tak halau kau. Terpulanglah kalau kau nak tinggal kat sini. Tapi... tapi aku akan anggap kau tak wujud. Aku nak cuba sembuhkan luka dalam hati aku. Aku tak nak emosi aku terganggu. Aku minta maaf." Daehyun diam. Dia menahan air matanya dari mengalir. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Baekhyun. Walhal dia tahu, dia memang seorang yang lemah.

"Saya cuma nak tahu, awak jadi macam ni sebab apa? Awak marah saya sebab saya jumpa Jungkook? Macam tu?" Dia menggeleng.

Daehyun tarik nafas panjang.

"Habis tu?"

"Aku nak tahu kenapa kau jumpa dia. Aku nak tahu, apa hubungan kau dengan dia. Apa yang dia buat dekat kau sampai kau sanggup jumpa dia. Sehun... kenapa mesti Sehun jatuh hati dengan kau? Aku tak suka hak milik aku orang lain ambil. Aku tak suka, Daehyun. Tapi... tapi bila Sehun cakap yang dia dah jatuh hati dengan kau, aku kalah. Aku tak boleh. Aku tak boleh control diri aku sendiri. Aku kecewa sebab kau berhubung dengan dia. Pasal Jungkook... kau dah tahu dia orang yang macam tu, kau tetap turun. Kau tetap jumpa. Aku tak boleh, Daehyun. Aku cemburu. Aku betul-betul tak suka kau dekat dengan mana-mana lelaki. Sehun... kau boleh dekat dengan dia, tapi kalau dia... kalau dia dah mula cakap yang dia cintakan kau, perlu ke aku terus move on dengan kau, sedangkan dia dah ada hati kat kau dan bila-bila masa je boleh buat kita bergaduh? Cukuplah sekarang... Daehyun. Aku tak nak makin kita jauhkan relay ni, aku takut aku makin teruk. Aku tak nak aku jadi manusia yang tak ada nyawa."

Daehyun renung anak mata Baekhyun sedalam yang dia mampu. Anak mata itu berkaca-kaca. Wajahnya memerah. Bibirnya juga bergeletar. Daehyun faham sekarang. Baekhyun kecewa dengannya.

'Kalaulah saya boleh bagitahu awak apa yang terjadi sebenarnya...' getus hati Daehyun.

"Tapi awak pernah cakap dengan saya, yang awak nak kahwin dengan saya. Tapi sekarang?"

"Sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai..." dia hanya berkata begitu. Daehyun diam lagi. Berapa kali dia diam dan tenung wajah itu dalam. Sungguh, Daehyun seakan menjadi wanita paling terdesak sekarang. Dia tidak mahu berpisah dengan Baekhyun. Dia terlalu cintakan Baekhyun. Langsung dia tidak menjangka hal ini akan berlaku. Dia menjangka hal lain dalam perancangan bersama Sehun, tetapi kenapa kesan yang Baekhyun terima sehingga menjadi seperti ini?

"Aku perlukan masa. Kau pun kan?"

"Tak. Saya dah tak perlukan masa. Saya ada perkara yang kena selesaikan, Baekhyun. Hanya saya dan Sehun yang tahu. Semua ni sebab Jungkook. Kalau Jungkook tak..." Baekhyun mendengus. Sinis. Seakan mengejek.

"Aku dah agak, kau ada rahsia. Aku dah agak sangat. Kau tahu tak apa perasaan aku bila kau rahsiakan sesuatu dari aku? Aku rasa terlalu kecewa. Aku dah bersumpah, aku takkan rahsiakan apa-apa dari kau, even masalah tu sekecil zarah sekalipun. Tapi kau... kau rahsiakan sesuatu dari aku. Kau siap cakap yang rahsia tu hanya Sehun dan kau yang tahu. Nama Jungkook pun kau sebut juga. Aku nak cakap apa lagi, Daehyun? Aku dah macam lelaki terhegeh-hegeh. Serupa tak penting untuk kau." Kata Baekhyun. Salah sangka lagi. Daehyun pejamkan mata. Rapat. Rumit masalah ni.

"Saya ada sebab kenapa tak nak bagitahu awak. Saya janji, lepas semuanya selesai, awak akan tahu apa rahsia tu. Saya janji." Daehyun panjangkan tangannya dan cuba untuk mencapai tangan Baekhyun. Tetapi lelaki itu melangkah ke belakang. Kepalanya tergeleng kecil dan ada air mata sedikit pada tubir mata lelaki ini. Bibirnya menguntum senyuman nipis.

"Tak payahlah bagitahu, Daehyun. Aku tak penting pun untuk kau. Simpanlah rahsia tu. Simpanlah. Aku tak nak tahu." Kata Baekhyun sebelum melangkah setapak. Daehyun menarik lengan lelaki itu perlahan. Baekhyun berhenti.

"Kalau awak tak nak tahu, saya akan bagitahu juga. Tapi bukan sekarang."

"Dan mungkin aku takkan ambil tahu pasal tu. Sebab kau... kau dah tak wujud dalam hidup aku lepas ni. Aku minta maaf, Daehyun. Biarlah hubungan kita sampai sini. Kita jadi macam dulu. Masa mula-mula kenal. Anggaplah lepas ni kau baru kenal aku dan aku baru je kenal kau. Aku cuba padamkan nama kau dalam hidup aku. Selesaikanlah masalah kau. Aku minta maaf."

Terlepas pegangan pada lengan Baekhyun apabila lelaki itu terus sahaja berlalu pergi keluar dari rumah. Langkahnya nampak lemah. Sugul. Daehyun terduduk. Dia langsung tidak menyangka, ini pula yang terjadi.

Tuhan... kekalkan cinta itu dalam hatinya. Jangan dipadam walau sedikit pun perasaan itu.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now