"Hei..." Baekhyun menegur. Sehun angkat kepala sambil tersengih. Mengecil mata Baekhyun dibuatnya.

"Kau kenapa? Sengih macam orang gila."

"Memang aku gila." Jawab Sehun, bersahaja. Baekhyun garu kening. Pelik betul dengan lelaki ini. Sikapnya tidak boleh dijangka.

"Dah serupa orang mabuk cinta." Kata Baekhyun. Tangannya mencapai pen.

"Kalau aku cakap, aku dah jatuh cinta, apa kau nak buat?" Sehun tongkat dagu di hadapan Baekhyun dengan mata yang bersinar, dan wajah yang berseri. Baekhyun angkat kepalanya dan pandang Sehun.

"Bercintalah sana, Sehun. Kau cakap kat aku buat apa."

"Saja... nak minta izin." Kata Sehun sambil ketawa. Baekhyun mula menayangkan wajah menyampahnya. Datang dah mood gay Sehun.

"Jijik Sehun, jijik. Gay kau ni teruk sangat. Pergilah sana bercinta. Tak payah bagitahu aku. Meluat tahu meluat?" Kata Baekhyun. Wajahnya berkerut-kerut. Rasa nak naik angin apabila sikap Sehun begini tetapi dia tahu lelaki itu bergurau dan langsung tiada niat.

"Hei.. aku bukan minta izin kau sebab tu. Aku minta izin sebab lain."

"Sebab apa pula?"

"Sebab aku dah terjatuh cinta dengan Daehyun. Cinta hati kau tu." Besar mata Baekhyun dibuatnya. Bagai hendak tembus anak mata itu memandang Sehun. Sehun pula menayangkan wajah tidak bersalah. Siap main kening dan dia terus sambung kerja. Baekhyun tahan nafas. Cuba kawal emosi yang bila-bila masa sahaja boleh meletup.

"Kalau rasa nak mati hari ni, buatlah, Sehun." Suara Baekhyun bergetar. Tangannya juga rasa tak selesa apabila menulis sesuatu pada kertas. Rasa hendak melayangkan pelempang untuk Sehun juga sekarang ini.

"Elehh... itu hari cakap kat aku, kau dah tak kisahkan dia. Bila aku jatuh cinta kat dia, kau marah. Dayus kau ni." Baekhyun menjeling.

"Memang aku cakap, aku tak kisahkan dia. Tapi perlu ke kau nak sibuk-sibuk? Perlu? Dia masih aku punya. Aku tak nak putus kawan dengan kau sebab benda ni."

"Tapi aku sanggup putus kawan dengan kau demi dia." Kata Sehun, bersungguh. Dia turut tidak mahu mengalah dan dipandang anak mata Baekhyun sedalam-dalamnya. Kalau bukan kerana rancangan yang diatur tadi, dia tidak mahu bergaduh dengan Baekhyun. Bertahun-tahun dia berkawan dengan Baekhyun, tidak pernah sekali mereka bertekak seserius ini. Tetapi lelaki ini sudah melampau. Cakap main lepas bila marah. Langsung tak jaga hati orang lain. Bila orang ambil hak dia, tahu pulak nak marah.

"Kau lunch dengan dia ke apa tadi? Dia yang goda kau? Sampai kau sendiri jatuh hati kat dia? Macam tu?"

"Kenapa kau nak libatkan hal lunch pula ni? Kau tak puas hati? Kau jealouskan?" Baekhyun diam. Ego.

"Cakap jelah kau cemburu, Baekhyun. Cakap je. Jangan nak belagak sangat kata kau tak kisahkan dia, kata tak herankan dia. Baekhyun, dia cinta mati kau tau. Dia sanggup buat apa je asalkan kau selamat dan tak kena apa-apa masalah. Kau tahu tak sekarang, Jungkook nak buat apa kat kau, dengan keluarga kau..." Sehun putuskan ayat. Serius wajahnya sekarang ini.

"Apa?"

Sehun diam. Dia terlupa. Dia terlupa pesan Daehyun tadi. Daehyun memesan supaya tidak pecahkan rahsia tentang ugutan Jungkook. Tetapi sekarang dia berada di setengah jalan. Sukar untuk patah balik.

"Apa dia, Seh..."

Drtt.. drtt..

Telefon bimbit Baekhyun bergetar. Topik mereka terhenti seketika. Baekhyun mencapai iPhone di atas meja dan melihat pemanggil. Dia mengeluh. Malas rasa nak angkat apabila nama ini tertera pada skrin. Tetapi diangkat juga.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now