Dan Baekhyun ketawa comel sambil masuk ke dalam bilik. Mungkin kelakar dengan nama yang dibahasakan tadi.

"Gila?"

*******

Sehingga ke esok pagi Daehyun memikirkan apa yang Baekhyun hendak katakan malam semalam. Semua dia buat kerja, dia rasa tak senang sebab susah hati.

"Awak kecewakan Baek, Baek bunuh diri."

"Masalahnya saya tak ingat apa yang awak tanya semalam!" Daehyun menjerit kecil dan merungut dalam selimut. Dia masih melingkar atas katil kerana jam menayangkan angka 6 pagi. Tidur awal, dan bangun pagi semata-mata hendak ingat semula apa yang Baekhyun soalkan semalam. Tetapi entah kenapa, bodoh semalam. Lupa semua! Padahal Baekhyun tidak buat apa-apa pun. Sekadar peluk dan sandarkan tubuhnya pada kabinet. Macam mana dia boleh biul sangat?!

Tuk! Tuk! Tuk!

Daehyun mengalihkan perhatiannya ke pintu bilik apabila ada yang mengetuk. Baekhyun.

"Tak kunci." Jerit Daehyun dari dalam. Kemudian tidak lama selepas itu pintu terbuka dari luar. Menayangkan Baekhyun yang sedang memegang telefon bimbit dalam keadaan tidak berbaju. Daehyun kecilkan mata. Salah satu habit Baekhyun jika tidur. Suka buka baju. Pelik. Tak sejuk ke?

"Daehyun, aku nak tanya kau. Kau ada passport tak?" Soalnya sambil melabuhkan punggung di birai katil. Fikir Daehyun lelaki itu sekadar duduk, rupanya baring terus! Siap satu bantal dengan Daehyun yang masih berselimut ini. Daehyun ketepikan kepalanya sedikit dan memberikan ruangan kepada Baekhyun.

"Passport? Ada. Tapi hilang." Jawab Daehyun. Segala dokumennya ghaib ketika dia diperangkap dulu di kelab malam.

"Kau ni... suka sangat hilangkan barang. Kalau aku bagi kau cincin, kau hilangkan juga rasanya." Ayat Baekhyun berbaur mengutuk. Daehyun kecilkan mata memandang Baekhyun yang masih menilik skrin telefon. Nampak macam Baekhyun hendak menempah hotel melalui aplikasi mudah alih. Malas hendak menanya, Daehyun hanya diam sahaja.

"Aku nak jawapan kau tau. Jangan lupa." Baekhyun berkata tiba-tiba tanpa memandang wajah Daehyun. Daehyun mengeluh pendek. Dia mengiringkan tubuhnya menghadap Baekhyun yang menelentangkan tubuh.

"Boleh tak awak ulang balik soalan awak semalam. Saya tak dengar." Daehyun mula dengan 'teater'nya. Sengaja dipegang lengan Baekhyun. Meminta simpati. Tetapi melihat Baekhyun yang memberikannya jelingan, Daehyun mengeluh kecil.

"Saya tak pasti dengan soalan awak. Awak banyak tanya soalan semalam."

"Siapa suruh tak fokus?"

"Awak yang tanya banyak soalan."

"Salahkan aku pula." Baekhyun tidak hiraukan Daehyun. Dia tahu, pasti Daehyun akan tahu nanti jika hari yang telah dirancang sudah tiba. Hari yang di mana, hanya dia seorang yang tahu.

"Alah, Baek... bukan sengaja. Awak yang tanya soalan yang sama. Dah tu ada soalan lain. Mana satu yang saya nak jawab? Kalau buatnya saya salah jaw..."

"Aku bunuh diri."

"Tengok tu! Suka buat orang stress." Daehyun mula merungut. Geram punya pasal, ditampar sekuat hati bahu Baekhyun yang terdedah itu sehingga meringkuk tubuh itu dibuatnya. Daehyun bangun dari katil. Tidak dihiraukan dengan jeritan Baekhyun.

"Sakit tahu tak. Sampai hati kau tampar aku. Buatnya terkeluar jantung aku, macam mana? Kau nak masukkan balik?" Seloroh Baekhyun walau hakikat tidaklah sakit mana. Merah itu mungkin ada.

"Padan muka." Daehyun mencapai tuala dan hendak ke tandas.

"Daehyun..."

Diam.

Tetapi dia berdiri tegak di hadapan pintu tandas.

"Daehyun, aku cakap dengan kau ni. Dengar tak?" Daehyun ketap gigi. Sejak dua menjak ini Daehyun tidak boleh mendengar suara Baekhyun semanja itu. Dia terbuai!

"Sayang..."

"Nak apa?" Daehyun pusingkan tubuh dan dia sedikit terperanjat apabila Baekhyun betul-betul ada di belakangnya.

"Aku nak kau." Daehyun merengus kecil. Dasar. Matanya jatuh pada bahu Baekhyun yang ditamparnya tadi. Merah.

"Jangan main-main. Awak nak apa?"

"Aku nak kau cintakan aku." Jantung Daehyun terus meloncat laju. Alahai... seakan hendak terkeluar dari mulut. Perlu ke Baekhyun begini? Baekhyun yang ada banyak identiti. Sekejap manja, sekejap romantik, sekejap dingin, sekejap baran. Bingung.

"Saya tak layak untuk awak." Jawab Daehyun. Dia beranikan diri untuk bertentang mata dengan Baekhyun, namun lelaki itu terlalu banyak aura sehinggakan dia sukar untuk membalas pandangan mata itu.

"Kau binatang ke?"

Daehyun geleng.

"Kau manusiakan?"

Daehyun angguk lagi.

"Jadi kau layak cintakan aku."

Baekhyun terus pergi setelah mengucapkan ayat itu. Okey, dia bagi hint. Tapi Daehyun betul-betul bengap hari ini. Dia masih terkerdip-kerdip mata dengan ayat Baekhyun. Jantungnya juga usah dikata. Meloncat sakan macam arnab keluar sangkar. Tetapi...

"Dia nak cakap yang aku cintakan dia ke apa? Atau.. dia nak cakap, yang sebenarnya dia..."

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now