Bab 55

73K 2.4K 161
                                    

Rayyan dan Arissa masing-masing mendiamkan diri di dalam kereta. Hanya bunyi corong radio yang menemani mereka. Kesian betul. Mesti Arissa merajuk lagi dengan Rayyan ni. Confirm!

Rayyan memberhentikan keretanya. Rayyan keluar dan diikuti dengan Arissa. Pintu kayu diketuk beberapa kali. "Assalamualaikum! Assalamualaikum! Pak Musa oh Pak Musa! Pak Musa!" laung Rayyan dari luar rumah. Tidak lama kemudian, Pak Musa keluar.

"Waalaikumsalam." Jawab Pak Musa. Pak Musa membuka pintu. Senyuman ikhlas diberikan kepada Rayyan dan Arissa. "Pak Musa, kami datang ni nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dan minta maaf jika kami ada buat kesilapan sepanjang kami belajar dengan Pak Musa dan Nek Wan."

Pak Musa menuruni anak tangga satu per satu dengan berhati-hati. Kemudian, dia memandang wajah Rayyan dan Arissa silih berganti. "Pak Musa yang sepatutnya kena minta maaf dengan kamu Rayyan, Arissa. Janganlah kau orang berdendam dengan perbuatan Syafiqa tu. Pak Musa sebagai wakil Syafiqa meminta maaf. Maafkan Syafiqa ya?"

Arissa dan Rayyan senyap. Bukan senang nak maafkan Syafiqa. Sebab Syafiqalah, Arissa merajuk dengan Rayyan. Sebulan pula tu! Arissa cakap, Arissa nak merajuk dengan Rayyan sebulan. Lepas sebulan, barulah tak merajuk. Rayyan ikutkan je. Asalkan Arissa tak buat benda yang merisaukan dia.

"In shaa Allah Pak Musa. Kirim salam dekat Nek Wan ya? Kami pergi dulu. Assalamualaikum." Rayyan menyalami tangan Pak Musa manakala Arissa hanya memberikan senyuman tawar kepada Pak Musa. Pak Musa membalas senyuman Arissa. "Waalaikumsalam. Hati-hati!"

Rayyan sekadar mengangguk sambil tersenyum. Belum sempat dia ingin memasuki perut kereta, tubuhnya rebah. Arissa menoleh. Begitu juga dengan Pak Musa. "Ya Allah, abang!!!"

***

Arissa berjalan mundar-mandir di luar wad. Matanya tak henti-henti mengeluarkan air mata. Walaupun kaki dah terasa lenguh, tapi dia tetap nak berjalan. Dia rasa risau. "Ya Allah, kau selamatkanlah suamiku." Arissa berdoa perlahan. Tangannya ligat mengusap perut.

"Arissa!" Jerit seseorang dari arah bertentangan. Arissa menoleh lalu berlari ke arah empunya suara. Perut dah besar pun kuat lagi berlari? "Mummy.. maafkan Rissa mi. Maafkan Rissa." Arissa menangis di bahu Datin Zaitun. Datin Zaitun menggeleng lalu mengusap perlahan belakang Arissa.

"Ini bukan salah Rissa sayang. Kita berdoa je ya?" Arissa mengangguk lalu memeluk Datin Zaitun dengan erat. Dia perlukan sokongan saat ini. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini. Datin Zaitun memapah Arissa untuk duduk. Kesian Arissa yang sarat mengandung ni. Mesti terpikul.

Sekarang ni, diaorang ada dekat hospital berdekatan Pekan Kapar. Ini pun Pak Musa yang bawakkan. Nasib baik ada Pak Musa. Datin Zaitun yang menerima panggilan daripada Arissa terus bergegas ke hospital bersama Kamal dan Dato' Jamal. Tak sangka perkara macam ni boleh jadi.

"Arissa, maafkan Syafiqa. Pak Musa pun tak sangka Syafiqa sanggup tikam Rayyan. Maafkan Syafiqa, Arissa." Pak Musa dari jauh memohon maaf bagi pihak Syafiqa. Nek Wan yang berada di sisi turut mengangguk dengan sedu-sedan yang masih berbaki.

Arissa senyap sahaja. Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Datin Zaitun mengerutkan dahi. "Apa? Anak saya kena tikam? Dengan Syafiqa? Syafiqa tu siapa?" soal Datin Zaitun bertubi-tubi. Pak Musa dan Nek Wan mengangguk.

Tiba-tiba Nek Wan berlutut di hadapan Datin Zaitun. Terkejut Datin Zaitun dibuatnya. "Maafkan anak saya datin. Maafkan anak saya. Saya..saya pun tak sangka dia akan bertindak sebegini rupa. Tolong..tolong maafkan anak saya datin." Datin Zaitun mengeluh kecil. Peritnya hanya Allah je yang tahu bila dia dengar yang Rayyan kena tikam.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now