Bab 5

162K 5K 352
                                    

"Yen, kau letak Arissa kat mana?" soal Kamal sambil mengunyah meatball spaghetti yang dipesannya. Dia memandang Rayyan yang sedang syok makan lamb chop.

"Kondo" "Kondo kat Bukit Bintang tu?" Rayyan mengangguk. Dia malas nak beritahu Kamal info tentang Arissa. Cukuplah hanya dia tahu di mana Arissa berada.

"Kau tak takut ke mummy marah? Entah-entah dia buat spotcheck tiba-tiba," soal Kamal lagi. Nampaknya dia belum jenuh lagi bertanya.

Dia memanggil Datin Zaitun sebagai mummy sebab Datin Zaitun sendiri yang menyuruhnya. Rayyan mengeluh. "Kamal, this is Yen la. Kau jangan risau boleh tak? Makan cepat sikit. Lepas ni dah lah ada meeting dengan Qasha Shikin tu," nada suara Rayyan tegas dan .. Mungkin bercampur cemburu.

"Qasha Shikin yang hot stuff sekarang ni?" Rayyan mengangguk sekali lagi. Dia sebenarnya bukan tahu sangat pasal dunia hiburan. Ini pun sebab Lisa, P.Anya yang memberitahu. Katanya, dengan menggunakan artis, pelanggan mungkin akan tertarik untuk membeli produk.

~

Arissa keluar daripada bilik. Dia memegang perut. Terasa lapar pula. Dia memeriksa peti sejuk yang berjenama Singer. "Haiii.. Kosong je? Peti sejuk bukan main sejuk lagi ni," bebel Arissa sorang-sorang. Peti sejuk lelaki tu kosong. Hanya ada suhu sejuk sahaja.

Dia memeriksa freeze. Terdapat aiskrim dan ais. 'Nampaknya dia suka makan benda sejuk,' getus hati Arissa. Dia memeriksa lagi di segenap dapur. Yang dia jumpa hanyalah Maggi Tom Yam dan tin mushroom soup. Mujur ada beras. Bolehlah dia mengisi perut dahulu.

"Erghh.. Kenyang. Alhamdulillah," dia sendawa besar selepas makan Maggi Tom Yam beserta nasi. Cukup lah baginya. Dia bersyukur.

Dia pergi ke dapur untuk membersihkan pinggan. Tiba-tiba kondo itu berbunyi ting tong ting tong. Arissa berhenti. 'Siapa pula datang ni?' monolog Arissa. Namun, langkahnya setia mendekati pintu. "Hoi, buka pintu! Ni aku Rayyan!" laung Rayyan di luar rumah. Dia mengetuk pintu dengan kasar. Cepat-cepat Arissa membuka pintu.

"Esy! Lambat betul buka pintu," Rayyan menjeling tajam Arissa yang sedang memandang bawah lantai. Entah apa yang ada di bawah pun dia tidak tahu. Dia melonggarkan ikatan tie. Remote penghawa dingin ditekan.

"Ha, buat apa lagi kat situ. Sini, bukakan stoking dengan tie aku!" tengking Rayyan. Arissa terkejut. Cepat-cepat dia datang ke arah Rayyan.

Dia membuka stoking Rayyan dengan perlahan-lahan. Tak berani nak buat secara kasar. Takut dilenting dengan Rayyan. Bila dah siap, dia melutut untuk membuka tie Rayyan. Rayyan memandangnya dengan pandangan tajam. Seram Arissa. "Kau ni dah mandi ke belum? Pakai baju sama je dari semalam", soal Rayyan dalam nada dingin. Dia saja ingin menguji gadis di hadapannya.

"Dah. Cuma, saya kan tak ada baju masa saya datang sini. Tu yang saya pakai baju semalam", jawab Arissa lancar. Walhal, dalam hatinya, hanya Allah je yang tahu betapa berdebarnya hati dia.

"Habistu kau nak suruh aku belikan baju kau?" soal Rayyan lagi. Masih dalam nada mendatar dan dingin. Arissa menggeleng. "Tak adalah," jawab Arissa ringkas. Tapi dalam sudut hati dia, dia memang mahukan. Sebab tak selesa.

"Huh. Macam lah aku tak tahu perangai perempuan. Kalau nak, cakap jelah nak. Nak buat alasan pula," bebel Rayyan macam nenek tua. 'Datang period ke apa', monolog Arissa. Kalau cakap berdepan, mesti kena hadap tangan Rayyan yang bersaiz 5 tu!

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now