Bab 25

111K 3.5K 102
                                    

Mata Rayyan tertancap pada bibir pink Arissa. Arissa segera menutup mulut tetapi Rayyan lebih tangkas menepisnya dan yeah. Sentuhan lembut diberikan. Arissa tak tahu nak tolak atau balas, so dia hanya mendiamkan diri.

"Arissa? Awak kat dalam ke?" soal Mia sambil mengetuk pintu bilik persalinan. Rayyan masih lagi tidak melepaskan tautan bibir Arissa. Arissa menolak-nolak Rayyan supaya jauh.

Akhirnya, Rayyan melepaskan tautan juga. Dia menutup mulut Arissa sebelum Arissa sempat menjawab soalan Mia. "Tak ada," jawab Rayyan tiba-tiba. Arissa sudah menunjukkan muka protes. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

Mia melangkah pergi. Mencari-cari kelibat Arissa. Heh, teruk betul. Manakala Arissa dan Rayyan pula sudah bertengkar kecil dalam tu. "Kenapa abang yang jawab?" bisik Arissa dalam nada marah yang dikawal. Kang menjerit pula terus datang JAKIM. Menempah malu namanya.

"Kalau kau jawab nanti, dia tunggu kat luar sampai kau keluar. Takkan kau nak keluar ngan aku kot? Eii otak ni, lain kali fikirlah!" marah Rayyan kembali. Ditunjal-tunjalnya kepala Arissa. Tudung Arissa dah tak betul dah. Ni ha, hati lagi tak betul. Sakai.

Arissa mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan Rayyan. Kalau bertekak pun, dia bukannya menang. Lagi ditindas adalah. Arissa mencapai gombol pintu. Belum sempat Arissa ingin mencapai, Rayyan sudah mencapai terlebih dahulu.

"Kau pakai strawberry punya eh?" cis. Kurang hasem. Soalan mana ni. Arissa mengangguk perlahan. Matanya dilarikan. Padah ni padah. Bila berdua, muncul yang ketiga. Nasib baik dorang dah kahwin.

"Lain kali, jangan pakai banyak sangat. Nasib baik aku tolong 'lapkan'," Arissa terus keluar dari bilik persalinan. Eiii, geramnya dengan Rayyan! Buat orang malu je! Ah, tak suka tak suka! Deringan telefon membuatkan Arissa berhenti. Okey, Mia dah call. Nasib baik dia call.

"Arissa, awak kat mana?" Arissa menggigit bibir. Dia memandang ke sekeliling. Ah, dia sendiri pun tak tahu. Yang dia nampak, ada pakaian bayi kat sini. "De..dekat..bahagian pakaian bayi," jawab Arissa polos. Dia pun tak pasti nak pergi mana. Besar sangat!

"Laa kat dalam lagi ke. Saya kat kaunter ni. Saya tunggu awak kat luar eh," kaunter? Ha, sudah. Kaunter mana pula? Terpaksa dia cari sendiri. Pura-pura arif dalam bab-bab Tesco ni. "O..okey," panggilan dimatikan.

Arissa menolak troli. Matanya cuba mencari kaunter yang dimaksudkan. Tiba-tiba troli dia terlanggar dengan troli seseorang. "Ya Allah, maaf, maaf," kelam kabut Arissa jadinya. Dia cuba menarik balik troli tapi tersekat. Hey, masalah apa lagi ni.

"Tak apa. Biar saya yang cuba," ujar seorang lelaki sambil membetulkan trolinya. Nasib baik berjaya. Arissa memandang ke arah jejaka di hadapannya. Tak silap, ini Sir Dan. Pensyarah baru kat universiti dia. Buat apa dia kat Tesco?

"Macam pernah jumpa je," ujar Arissa perlahan tanpa disedari sendiri olehnya. Walaupun perlahan, Sir Dan masih mampu mendengarnya. Dia ketawa kecil.

"Memang pun. Saya pensyarah awaklah. Sir Dan. Remember me?" Arissa tersengih. Patutlah pernah nampak. Arissa mengangguk laju.

"Buat apa kamu kat sini?" "Beli barang," balas Arissa ringkas. Matanya memandang ke arah trolinya yang dipenuhi dengan pelbagai bahan mentah. "Oh..okeylah. Saya nak bayar dulu. Jumpa esok," Sir Dan memberikan sebuah senyuman yang cukup berkarisma! Arissa terpaku sekejap. Okey, apa yang Sir Dan cakap tadi? Nak bayar kan? Maknanya dia nak pergi ke kaunterlah kan? Ya Allah, satu lagi pertolongan! Alhamdulillah!

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now