Bab 52

67.7K 2.4K 55
                                    

Promote time!!!

ayncandy - Cinta Tiga Segi

Do read her story ok! Mesti best punya! 😆

Enjoy!!

Flashback

"Arissa..Arissa..tolong Mak Long Arissa. Tolong Mak Long!!" jerit Puan Hajar di talian. Arissa cemas. Ya Allah.. Ujian apa lagi ni Ya Allah?? "Kenapa Mak Long?! Kenapa?!" tanya Arissa. Dia mundar-mandir di hospital. Jururawat itu memandangnya pelik. "Hey, betina! Kau dengar sini! Kalau kau nak perempuan ni selamat, baik kau datang sini dan bawa RM30 000 sekarang!! Kalau kau bawa sesiapa atau bagitahu polis, aku bunuh dia! Aku bagi kau masa 30 minit!" talian dimatikan.

Kelihatan Puan Hajar dan anak sulungnya, Diana berpelukan sambil menangis ketakutan. Para penjahat tersenyum sinis di dalam topeng.

"Hey, senyap! Memekak je!" herdik salah seorang penjahat. Bahu Puan Hajar dan Diana terhincut. Mereka menggigil. Mulut tidak mampu berkata-kata lagi. Hanya diam dan terkunci.

Bunyi telefon menyentakkan Puan Hajar dan Diana. Mereka saling berpandangan lalu pandangan mereka ke arah penjahat. Rupa-rupanya telefon penjahat yang berbunyi. "Hello?"

"Semua dah settle?" soal seseorang di talian.

Penjahat tersebut mengangguk. "Dah bos. Lagi 30 minit dia sampai"

"Bagus. Pastikan dia keluar dari kampung ni. Bawa Puan Hajar dengan anak dia kat gudang lain! Aku nak dia sorang je yang jadi mangsa!"

"Baik bos," talian dimatikan. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar. "Man, Tip, letak dua ekor betina ni kat gudang belakang kelapa sawit tu! Cepat! Nanti datang sini balik!"

"Baik!" Tip dan Man menjawab secara serentak. Mereka mengheret tubuh tidak bermaya Diana dan Puan Hajar. Topeng berwarna hitam menutupi wajah dan penglihatan Diana dan Puan Hajar.

"Tolong! Tolong! Sesiapa!!" jerit Diana di sebalik topeng hitam. Tip sebagai orang yang menyeret tubuh Diana terus mendukung Diana seperti guni beras. Mulut Diana serta-merta ditekup.

"Kau senyap! Kalau tak, aku rogol kau kat sini juga!" ugut Tip. Ugutan Tip mendiamkan mulut Diana dari terus menjerit. Tip ketawa jahat.

Setelah selesai, Tip dan Man kembali ke rumah Puan Hajar semula. Kelihatan bosnya sedang memegang sebatang kayu. Tip dan Man turut mengambil kayu dan bersembunyi di sebalik pintu.

Apabila pintu terbuka, mereka terus memukul Arissa. Lalu, menghantar Arissa ke kelab malam Kuala Lumpur.

"Bagus. Ini upah korang berdua dan duit minyak kereta korang," beberapa helai not 50 diberikan kepada mereka bertiga. Tip, Man dan bos mereka tersenyum sinis.

"Ingat! Jangan beritahu perkara ni kat sesiapa pun! Kalau kau beritahu sesiapa, nahas kau orang!" mereka bertiga menganggukkan kepala. Mengiyakan sahaja. "Buka ikatan ni lepas aku pergi!" seseorang tersebut terus beredar.

Setelah merungkaikan ikatan Puan Hajar dan Diana, Tip, Man dan bosnya terus melarikan diri. Mereka takut jikalau Puan Hajar dan Diana dapat mengecam mereka.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now