Bab 17

144K 4.2K 238
                                    

"Papa .. Mana mama?" tanya Faris kepada Shahrul. Faris yang duduk di atas riba Shahrul terpaksa mendongak.

"Hm mama. Mama.." "Mama apa papa? Mama okey jekan? Mama tak tinggalkan Faris kan?" tanya Faris bertubi-tubi. Shahrul cuba menahan air mata yang mengalir.

Perlukah dia jujur? Ataupun menutup kepahitan ini? Tapi, lambat-laun pasti Faris tahu juga. Cuma perbezaan jalan cerita sahaja.

"Faris, Faris dengar sini. Papa nak Faris kuat. Kalau Faris lemah, papa pun lemah. Faham?" ujar Shahrul. Matanya mulai merah.

Faris sudah menangis kecil. Terangguk-angguk kepalanya. "Mama dah tak ada Faris. Mama dah meninggal dunia," kedengaran suara Faris menangis dengan kuat. Sungguh kuat. Shahrul segera memeluk anaknya. Mengelus lembut rambut Faris.

"Faris, jangan nangis. Nanti papa pun nangis. Faris dah tak sayangkan papa ke?" tanya Shahrul dalam keadaan sedu-sedan. Faris menggeleng. Dia mengesat air mata dia dan Shahrul.

"Faris sayangkan papa. Papa jangan tinggalkan Faris please? Nanti Faris dah tak ada siapa-siapa. Promise me papa?" jari kelingking ditujukan.

Matanya yang bulat penuh dengan air mata. Shahrul menyambut jari kelingking Faris dan terus memeluknya.

~

Suasana yang sepi di meja makan membuatkan Kamal memandang muka setiap orang.

"Kenapa senyap ni?" tegur Kamal. Arissa memandang wajah Rayyan. Rayyan hanya mengangkat bahu.

"Yen, bila kau nak masuk kerja?" soal Kamal lagi. Nampak sangat peramah.

"Lepas aku dah puas honeymoon dengan isteri kesayangan aku ni," jawab Rayyan sambil mengangkat-angkat keningnya. Kamal membuat gaya meluat.

Arissa pula sudah tersenyum. "Eleh. Mentang-mentang dah kahwin. Tak apa, tak apa. Tengoklah aku dah kahwin nanti," balas Kamal sambil mengangkat keningnya seperti Rayyan berkali-kali.

Rayyan yang terpandang akan aksi 'menggoda' tadi terus tersedak. Dicapainya air suam di sebelah.

"Kau dah kenapa do," Kamal mengecilkan matanya. Rayyan tergelak besar. "Kau ah macam mak nyah nak ngorat jantan je aku tengok. Aduh, baru sekarang aku tahu kenapa Lisa tak 'lekat' lagi dengan kau," kali ini, semua ketawa besar. Kamal sudah mencebik. Elele sensitif sangat.

"Lisa? Yang mana satu ni? P.A Yen tu ke?" Rayyan mengangguk berkali-kali.

"Yes, betul tu mummy. Haritu kan, ada ke patut dia bagi sebiji gula-gula chocolairs. Patutnya bagilah sekotak. Kedekut tahi hidung masin betul," bebel Rayyan. Arissa menelan air liur. Isy, tak senonohlah! Orang sedang makan ni!

"Abang, kita kan sedang makan," bisik Arissa perlahan. Rayyan menggaru kepalanya. "Er, sorry guys," Datin Zaitun dan Dato' Jamal hanya menggeleng kepala.

Kamal sudah terkekek-kekek ketawa. Padan muka! Kamal siap menari lagi meraikan kejayaan dia. Rayyan mencebik.

"Ni, Kamal. Kamu tak nak meminang Lisa ke?"

Phew.

Air yang diminum oleh Kamal tersembur tepat di wajah Dato' Jamal. Almaklumlah, duduk sebelah menyebelah je.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now