Bab 24

105K 3.2K 27
                                    

Arissa mencebik. 'Cis, ingatkan dah baik. Rupa-rupanya tak nak kantoi dengan mummy and daddy,' omel Arissa sendirian. Dia memandang ke luar jendela. Menebarkan pandangan ke bangunan KLCC. Bangunan yang nak sangat dia pergi lagi. Ha, bila mahu ajak Rayyan?

Kuakan di pintu menyentakkan Arissa. Arissa terus berpaling dan menundukkan wajah. "A..abang.." panggil Arissa perlahan. Namun, wajahnya tidak diangkat. Gerun do nak tengok muka garang Rayyan tu!

Rayyan menjeling Arissa tajam. 'Mende lagilah budak ni nak,' marah Rayyan dalam hati. Namun, lucu juga hati kecilnya bila tengok Arissa macam anak kucing. Anak kucing yang comel.

Rayyan menggeleng. 'Apa kau ni Yen! Wake up!' . "Apa?" soal Rayyan dingin. Tangannya merungkaikan butang baju kemejanya satu per satu. "Bahan mentah kat rumah dah habis," tiba-tiba mata Arissa 'gatal' nak tengok muka Rayyan. Bila tengok, apalagi. Merahlah pipi Arissa tu. Tengok benda sexy macam cocholate bar tu.

Terus dipaling wajahnya ke jendela. Rayyan hampir tergelak namun ditahan. Dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Melepaskan segala gelak tawa. Arissa mengetuk kepalanya sendiri. Last-last, dia mengaduh.

Sebenarnya, ada satu benda yang menganggu fikirannya. Dia membuka pintu bilik Rayyan dan keluar. Ingin mencari jawapan. Dibukanya peti ais, tak ada. Kabinet pun tak ada. Okey, mana makanan?! Dia nak cari makanan! Dia lapar! Dia mencari lagi di setiap pelusuk. Okey, memang tak ada.

Dia duduk di atas sofa. Menyandarkan badannya yang penat terbongkok-bongkok mencari makanan. Cis, tak ada langsung! Apa kes ni. Rumah cantik tak ada makanan. Perutnya berbunyi. Arissa mengusap perutnya. Haih, nasib badan. Terpaksa tahan lapar. Dari pagi kot tak makan. Dahlah Rayyan paksa dia buat semua kerja. Sejak pagi kat rumah Datin Zaitun lagi!

"Sabar eh perut. Sekarang ni tak ada makanan. Nanti, kalau ada. Mama bagi okey?" Arissa berkata sendirian sambil mengusap perutnya. Serius, lapar gila kot. Dahlah dia ni jenis yang tak boleh tak makan nasi.

Rayyan yang baru keluar dari bilik melihat Arissa dari jauh. Dia pelik. Kenapa Arissa cakap seorang diri? Dah tu kenapa usap perut? Dia buat benda tu 3 bulan yang lalu. Takkanlah..

"Hey, kau mengandung ke?" bahu Arissa digoncang kuat. Arissa yang blur terpinga-pinga.

"Hey, jawablah! Kau mengandung ke?!" nada suara Rayyan bertukar menjadi lebih tinggi. Perut Arissa yang lapar tadi telah kecut. Uish, mak aih garangnya laki aku ni.

"Ha? Ma..mana ada saya mengandunglah! Awak merepek apa ni?" goncangan diberhentikan. Biar betul Arissa tak mengandung? Entah-entah dia tipu tak?

Lengan Arissa dicengkal kuat. Arissa mengaduh kesakitan. Kenapa dengan Rayyan ni?! "Baik kau mengaku cepat. Kau mengandung kan?!" Arissa mula menepis tangan Rayyan. Mata Arissa mulai merah. Sakit do. Dahlah sakit tangan, hati ni pun sakit.

"Saya tak mengandunglah! Awak tak faham ke? Saya tak mengandung!!" suara Arissa naik seoktaf. Ha, padan muka Rayyan. Terus lengan Arissa dilepaskan. Tulah padahnya apabila bersikap terburu-buru.

"Habistu kenapa kau usap perut kau pastu cakap sorang-sorang? Panggil mama pula tu?" soal Rayyan. Arissa tersenyum sinis. Wuu, for the first time. Arissa mulai berdiri.

"Saya buat macam tu sebab saya lapar. Saya kan dah cakap yang bahan mentah kat rumah dah habis. Dari pagi tadi saya tak makan," tiba-tiba suara Arissa bertukar menjadi rayuan. Ceh, ingatkan nak marah ke gaduh ke. Rupa-rupanya nak merayu beli makanan.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now