Bab 15

154K 4.6K 344
                                    

Sebulan sudah berlalu. Selama sebulan jugalah Rayyan 'berpuasa'. Tok kadi dan Rayyan sudah bersedia di ruangan Masjid Putrajaya.

Arissa dan Datin Zaitun saling berbalas senyuman. Tema perkahwinan mereka kali ini adalah natural. Pakaian mereka pula berwarna putih suci.

"Muhd Rayyan Zikry bin Dato' Jamal. Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Arissa Syafina binti Zainuddin dengan mas kahwin berupakan satu set pakaian solat dan sebentuk cincin berlian," tok kadi menggengam Rayyan lalu menggoncangkannya. Menandakan bahawa ini masa Rayyan.

"Aku .. Terima nikahnya Nur Arissa Syaf..Syafina binti Zainduddin dengan mas kahwin berupakan satu set pakaian solat dan sebentuk cincin berlian," Rayyan berasa gugup apabila menyebut perkataan 'Syafina' atas sebab nama Fina.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah," Rayyan tersenyum. Akhirnya, dia dan Arissa bersatu dalam keadaan yang halal. Sepertimana yang Arissa inginkan.

Rayyan mendekati Arissa yang selesa duduk bersimpuh. Dia mengeluarkan cincin dari kotaknya. Lalu disarungkan ke jari runcing Arissa. Arissa menyalam Rayyan lama.

Tiba-tiba setitik air mata jatuh ke tangan Rayyan. Rayyan terkejut. Arissa menangis ke?! Rayyan mengangkat muka Arissa. Dia menggeleng lantas mengelap air mata yang berguguran.

Rayyan mengucup lembut dahi Arissa. Lalu, dia mengucup mata Arissa pula. Rayyan memandang anak mata Arissa tepat.

"Please don't cry," Rayyan mengesat lagi air mata Arissa. Arissa mengangguk.

"Senyum untuk aku," bisik Rayyan di telinga Arissa. Arissa ketawa kecil. Rasa geli pula.

"Good wife," kepala Arissa diusap lembut. Orang yang berada di samping Rayyan dan Arissa ketawa kecil. Sweet!

'Ya Allah, kau pertahankanlah masjid yang kami bina. Tanamkanlah cinta di dalam hati kami. Semoga ia semakin berkembang dari hari ke hari. Jadikanlah keluarga kami keluarga yang mulia di sisiMu ya Allah,'

~

"Welcome to new home Arissa!" ujar Datin Zaitun keriangan. Lagaknya seperti seorang kanak-kanak kecil.

Arissa ketawa kecil. Rayyan yang mengangkat bagasi terus duduk di atas sofa.

"Eleh, baru angkat bagasi pun penat. Bukan jauh mana pun. 50 meter je," omel Datin Zaitun. Arissa ketawa. Lagi. Ya, betul. Hanya 50 meter je dah penat.

"Alah normal la tu mummy. Erm..Mummy..nak jus!" Rayyan menunjukkan barisan giginya yang putih. Datin Zaitun menggeleng. Namun diturutkan jua permintaan anaknya itu.

Setelah Datin Zaitun berlalu, Rayyan terus memeluk Arissa dari belakang. "Tonight, you're mine," bisik Rayyan di telinga Arissa.

Tangannya yang gatal melingkari pinggang Arissa. Jari-jarinya mengelus lembut perut Arissa.

"A..awak," panggil Arissa. Dia memegang tangan Rayyan. Memberhentikan kelakuannya.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now