Bab 18

134K 3.8K 352
                                    

"Sayang, abang lapar," adu Rayyan. Dia menggosok-gosok perutnya sambil memuncungkan bibirnya. Kelakar pula.

Arissa memegang kedua-dua pipi Rayyan. Dia turut memuncungkan bibirnya. "Alolo abang lapar ya. Nak makan apa?" Arissa melayan sahaja perangai Rayyan.

Rayyan sengih. "Nak makan erm makan sayang," bisik Rayyan nakal. Dia mendekatkan wajahnya dengan Arissa. Arissa ketawa.

"Tapi sayang nak makan lain," nada Arissa seperti budak-budak minta lolipop pula. Nasib baik dengan suami.

"Makan apa?"

"Makan maggi! Maggi goreng!" jerit Arissa perlahan. Pelik. Punyalah banyak makanan kat dunia, nak makan maggi juga?

"Why maggi?" soal Rayyan pelik. Memanglah pelik. Maggi je?

"Entah. Rasa nak makan maggi pula. Abang please .. Nak maggi. Nak maggi," ni lagi pelik. Mengidam tetiba pula. Mengandung pun belum.

"Hm. Okay. Kita mandi dulu, pastu turun bawah minta mummy masakkan maggi goreng okey?" Arissa menggeleng. Sudah.

"Kenapa?"

"Sayang kan menantu. Kenalah buat kerja juga. Kesian mummy yang kena buat. Apa gunanya sayang ada kat sini," hujah Arissa. Semasa Arissa sedang berhujah, mata Rayyan tak habis-habis menilik wajah Arissa. Dipandang penuh kasih sayang. (Bayangkan ya. Author dah speechless ni)

"Abang? Abang dengar tak?" Rayyan tersentak. Dia mengangguk sambil tersenyum. Arissa mencebik.

"Mengelamun lagi," merajuk Arissa. Dia memeluk dirinya. Rayyan ketawa. Dia mencuit hidung isterinya.

"A'ah mengelamun. Mengelamun tentang sayang," sedikit demi sedikit senyuman mulai terbit di bibir Arissa. Ya, dia mengaku. Rayyan romantik dan pandai memujuk.

"Nakal. Okey dah. Sayang nak mandi dulu. Nanti makan maggi! Yeay!" sorak Arissa. Gembira sangat.

~

Zara mendengus geram. Ah, Rayyan! Rayyan masih tak membalas mesejnya sejak semalam. Mungkin sedang 'berseronok' dengan isteri dia. Correction, isteri kampung. Macam mana Zara tahu? Lupa. Dia psiko.

Zara menyelerakkan rambutnya. Otaknya serabut. Serabut dengan Rayyan dan papanya, Dato' Ilham.

Bukan Dato' Ilham tak tahu yang Zara buat perangai dengan Rayyan. Sudah beribu-ribu wang dilaburkan untuk mengupah pengawal peribadi Zara. Namun, Zara masih tidak berubah.

"Kau kenapa Zara?" soal Adriana sambil memegang segelas jus. Dia pelik melihat Zara akhir-akhir ini.

"Rayyan. Dia tak balas mesej aku dari semalam," jawab Zara. Di hujungnya kedengaran sebuah keluhan kecil. Adriana menggeleng kepala. Dah beristeri pun nak juga?

"Sudah sudahlah tu Zara. Rayyan tu dah ada bini dah pun. Move onlah Zara. Bukannya kau tak laku pun. Kau tu je yang jual mahal," nasihat Adriana. Tapi, bukan berguna pun. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Aku nak Rayyan. Kau tahukan aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia? Aku tak kisah dia dah ada bini ke apa. Aku mesti porak-perandakan hubungan dorang. Lagi satu, budak kampung macam bini dia tu mesti bodoh. Mesti mudah percaya dengan permainan aku nanti. Aku yakin, suatu hari nanti Rayyan akan jadi milik aku. Selama-lamanya," Adriana hanya senyap. Tidak membalas kata-kata Zara. Dia tahu, Zara mesti berusaha sampai dapat. Tak kisahlah cara bersih atau kotor. Yang penting, dia dapat.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now