Bab 4

170K 5.7K 363
                                    

Bunyi muzik rancak menghangatkan lagi suasana di kelab malam. Lampu-lampu berkelipan. Jam dikerling. Sudah pukul 8 malam namun, batang hidung Arissa tidak nampak. Rayyan mengeluh. "Dia dah dibeli orang lain ke? Atau dia... Argh!!"monolog Rayyan. Jerit dia kepada diri sendiri.

Tiba-tiba Kamal menepuk bahunya. Menghentikan lamunan. Kamal menjuihkan bibirnya ke satu arah di mana seorang gadis dipaksa melayani orang tua. "Arissa?!"

~

Bunyi ketukan dipintu mematikan lamunan Arissa. Dia berjalan perlahan-lahan dan membuka pintu. Belum sempat perkataan keluar daripada mulutnya, Arissa ditarik oleh konco-konco Cina.

Badannya yang kecil tak mampu melawan badan yang besar. Kepalanya sakit apabila ditarik. Dia mendapati seorang lelaki berumur 40-an sedang tersenyum gatal. Kumisnya dibelai. Arissa geli. Badannya bertukar tangan. Lagaknya seperti Arissa adalah barang. Dia terduduk di riba orang tua tersebut. Tangan orang tua tersebut mula menjalar di paha dan pinggang Arissa.

"Argh! Lepas lah orang tua gatal! Lepas!!" ronta Arissa namun tidak berkesan. Mahu sahaja dia mengambil gelas kaca di sebelah dan memukul kepala lelaki tersebut. Orang tua tersebut ketawa jahat. "Relax darling. You pun dapat duit juga nanti. Just puaskan I malam ni je ye," ujar orang tua tersebut lalu memegang dagu mulus Arissa. Arissa menepis. "Wow, garangnya. I like," senyuman gatal mula terbit. Ergh, stress!!

Tiba-tiba gedebush! Orang tua gatal tadi kena tumbuk dengan kuat. Arissa berselindung di belaka jejaka tadi. Jejaka tadi menggengam tangan Arissa kuat. Arissa memandang belakang badan jejaka tersebut. Macam kenal.

Jejaka tersebut menoleh belakang memandang Arissa. Arissa terkejut. Rayyan?! "Rayyan! Hati-hati!" jerit Arissa bila ternampak orang tua tadi memegang kelas kaca. "Auch! F*** you!" maki Rayyan bila tangannya luka. Arissa cemas. Panik. Macam mana ni?!

~

"Lu ni manyak sia* lah!" kata tauke tersebut sambil menunjal kasar kepala Arissa. Arissa menangis terhincut-hincut. Salah akukah? "Sudahlah Mr.Lim. Jangan buat dia macam tu. Aku nak beli dia lah," kata Rayyan.

Arissa terkejut. Beli? Manusia dibeli? "Waa, lu mau beli dia ka? Lu tak takut kena sia* dia ka?" tanya Mr.Lim. Sebenarnya dia juga terkejut dengan kenyataan Rayyan. Rayyan mengangguk.

"Sayang, sini," panggil Rayyan. Lutut Arissa terketar-ketar. Dia nak buat apa? Arissa kaku. "Jangan risau lah sayang. I tak buat apa-apa. Ubatkan tangan I please," bagai tahu saja apa yang difikirkan Arissa.

Arissa menghampiri Rayyan. Rayyan mengeluarkan cek dengan tangan kanan. Nasib baik tangan kiri yang tercedera. "Mr. Lim. Ini RM25 000. Cukup kan?" tanya Rayyan. Mr.Lim mengangguk. Cek bertukar tangan.

"Wa pergi dulu lah. Jangan lupa bawa ini pelempuan ikut lu," pelat Mr.Lim. Dia berlalu. Suasana Arissa dan Rayyan janggal.

"Kau rawat aku sekarang! Sebab kau aku luka," arah Rayyan dengan kasar. Hai,sekejapnya berubah! Arissa terkejut. Perlahan-lahan dia melutut dan mengambil kotak first-aid.

"Auch,sakit!" adu Rayyan. Arissa menggeleng. Sensitif betul. "Tahanlah sikit. Nanti tak sakit lagi dah," balas Arissa lembut. Kalau dia bercakap kasar. Tak ke naya? "Ermm," akur Rayyan. Dia menahan perit luka. Semasa Arissa sibuk merawat luka Rayyan, Rayyan terpandang lurah dada Arissa. Dia menelan air liur lalu memandang arah lain. Gila.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now