Bab 29

116K 3.7K 245
                                    

Arissa menutup pintu bilik. Dia menyandar di pintu sambil menangis memeluk lutut. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Hati dia hancur! Hancur! Apa kurangnya dia depan Rayyan? Ha?

"Aku benci kau.. Aku benci kau.." ujar Arissa sambil menangis teresak-esak. Apa salah dia kali ni? Kenapa Rayyan sanggup buat dia macam ni? Dulu kata sayang tapi hari ni?

"Arissa.." ketukan di pintu membuatkan Arissa menutup telinga. Benci dengan suara tu. Benci! Sakit hati! "Arissa.. Buka pintu ni"

Arissa tidak berganjak walaupun seinci. Jijik nak tengok muka suami dia. Orang yang paling dia sayang. Apabila sudah tidak kedengaran lagi suara Rayyan, Arissa bangkit. Menuju ke arah katil. Disembamkan mukanya di bantal. Menangis sekuat hati.

"Arissa" "Kau buat apa kat sini?! Keluarlah! Keluar!" Arissa menolak bahu Rayyan kuat. Cuba menghalau Rayyan. Namun, apalah sangat daya lelaki dengan perempuan.

"Hey, apa kau nak lagi dengan aku ni?! Tak puas ke dengan betina murahan tu?!" soal Arissa dengan nada yang sangat geram. Matanya berwarna merah. Gosh, those eyes.

Rayyan menghampiri Arissa perlahan-lahan. Cuba mengeratkan pelukan walaupun ditolak dan dipukul Arissa berkali-kali. Tolonglah. "Jangan permainkan aku lah! Aku memang bodoh percayakan kata-kata kau! Tindakan kau! Janji-janji manis kau! Tapi tu dulu Rayyan! Dulu! Aku benci kau!! Tapi setiap hari perasaan benci tu hilang," kendur sahaja suara Arissa. Lemah sangat. Menjerit, memukul, mengherdik. Rayyan bukannya berjauhan pun. Malahan, semakin dekat.

"Aku ingatkan kita dah berbaik. Aku ingatkan kau dah mampu terima aku. Sayangkan aku, cintakan aku. Tapi, tak! Aku salah. Apa salah aku dengan kau Rayyan sampai kau layan aku macam ni?! Ha?! Jawablah!!" bertalu-talu pukulan hinggap di dada Rayyan. Tetapi, Rayyan masih senyap. Cuba merasai apa yang Arissa rasa. Cuba memahami apa yang Arissa cakapkan.

"Cakaplah cepat! Cakaplah!" "Shh..dah dah.." pujuk Rayyan sambil mengusap rambut Arissa lembut. Arissa menggeleng. Masih nak jawapan. "Tak nak.. Bagilah tahu cepat. Apa salah aku?"

"Kau tak salah. Aku yang salah. Aku ego. Aku.." masih tak boleh lupakan arwah Fina. Ucapan itu hanya mampu terucap di hatinya. Sekali lagi, arwah Fina menjadi sebabnya.

"Apa salah aku sampai kau..kau..dengan..betina..murahan tu?" tersedu-sedu Arissa dibuatnya. Namun, kepalanya masih setia di dada Rayyan. Tersembam elok. Rayyan diam sejenak. Dia dah cuba menepis nafsu tu tapi..nafsu semakin menguasai diri pula. Nasib baik belum di luar jangkaan lagi.

"Kau tak salah. Aku salah. Aku tak mampu kawal nafsu aku. Kau tahukan aku ni macam mana?" jawapan yang hampir sama diberikan. Kali ini, Arissa pula yang senyap. Lama. Rayyan yang pelik terus meleraikan pelukan. Memandang wajah Arissa yang sedang nyenyak tidur. Hm, penatlah tu nangis.

Rayyan meletakkan tubuh Arissa perlahan-lahan di atas katil. Dibukanya tudung shawl yang tersarung manis di kepala Arissa. Terima kasih kunci pendua. Tanpamu, ku tidak mampu menembusi ruang pintu ini.

Rayyan meletakkan sikunya bersebelahan kepala Arissa. Satu lagi tangannya mengusap rambut Arissa. Dikucupnya lembut ubun-ubun Arissa. Lama. Tiba-tiba sebuah mesej masuk.

From: Psiko

Hye bby! Enjoy my kiss? I wnttt moreee bbyyyyy. Pleasee!!

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now