T W E N T Y - S E V E N ✿

1.7K 124 116
                                    

Byul mengeluh melihat jalan yang panjang menuju ke perhentian bas. Haih nak buat macam mana? Nak tak nak, kena ikut juga.

Sambil dia scroll twitter melalui telefon bimbitnya, bagi menghilangkan bosan. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti berdekatan dengannya. Langkahnya terhenti. "Macam kereta Hanbin..." gumamnya perlahan.

Cermin kereta diturunkan. Ternampak segaris senyuman pada bibir Hanbin. "Jom naik. Aku tumpangkan kau." Ujar Hanbin.

Wajah Byul berubah berseri-seri mendengar kata-kata Hanbin itu. Laju tangannya membuka pintu kereta Hanbin. Dengan tanpa segan silu, dia masuk ke dalam kereta Hanbin. Seatbelt dipasang pada badannya.

"Jom hantar aku balik." Kata Byul dengan cerianya. Tak sangka masa macam ni juga Hanbin datang membantunya. Nafas lega dihembus kuat. Hanbin hanya tersenyum nipis.

"Okay. Tapi aku nak bawa kau pergi suatu tempat dulu." Kata Hanbin selamba sebelum meluncur laju di atas jalan raya. Byul memandang wajah Hanbin yang memandang dengan kerutan wajah.

■ ■ ■ ■ ■

"Taman bunga?" Soal Byul sebaik keluar daripada pintu kereta. Dia memandang Hanbin yang masih berada di dalam kereta. Dia memandang kembali sekelilingnya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang cantik.

"Well, yeah. Kalau jalan-jalanlah dulu. Aku nak pergi cari parkir kereta pastu pergi toilet jap." Kata Hanbin tenang. Byul memandang jejaka itu pelik kemudian dia menganggukkan kepalanya. Pintu keretanya ditutup.

Hanbin memandu keretanya meninggalkan Byul yang masih terpinga-pinga memandang sekeliling taman bunga itu. Dia ketawa kecil. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu nombor Jungkook didail. Sebaik sahaja talian disambungkan, Hanbin bersuara.

"Jungkook. Dia kat sini. Kau bersedialah, ya? Bersedialah untuk kena maki." Ujar Hanbin.

Jungkook yang berada di dalam talian juga ketawa kecil. "Thanks hyung. Appreciate it. Really." Kata jejaka itu dengan speakingnya. Ewah.

Hanbin menggulingkan matanya. "Yelah. Aku letak dulu. Bye." Hanbin menamatkan panggilan lalu berlalu keluar daripada kawasan taman bunga itu.

Wajah Byul yang berkerut kemain tadi kembali tenang melihat bunga-bungaan di taman itu. Tidak dilupa, dia siapa berangan Prince Charming bakal menjemput dia ke istana bila-bila masa. Ewah. Biasalah bila tak matang lagi.

Tapi otaknya masih tidak dapat memproses kenapa Hanbin membawa dia ke sini. Dia berjalan ke sana ke sini menikmati hati indah itu. Dan sememangnya, dia tak sudah-sudah dengan berangannya.

Dalam masa yang sama, otaknya turut memainkan lagu dunia khayalan dunia impian cerita sinetron di TV3 tu. Namun langkahnya terhenti apabila melihat beberapa belon huruf yang disusun menjadikan perkataan yang disebut sebagai I AM BACK.

Byul tercengang. "Ada orang buat majlis ke kat sini?" Gumam Byul perlahan sambil memerhati sekelilingnya. Terdapat banyak perhiasan yang cantik dan ceria. Belon berwarna-warni menambahkan lagi suasana ceria. Rasa nak bawa balik ke belon tu, tapi bila difikir belon tu kan dia punya. Ha mari lupakan.

Matanya tertancap pada sebuah meja makan yang dihias comel. Terdapat dua buah kerusi yang satunya kosong, satu lagi sebuah patung teddy bear yang besar diletakkan pada kerusi itu. Byul mendekati meja itu. Ada kertas biru kecil yang tertampal pada meja itu. Dia membaca perkataan yang tertulis pada kertas kecil itu. "Untuk Kau, Kim Byul-- daheck?"

[C] JEON JUNGKOOK!!! Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum