F I V E ✿

1.9K 241 66
                                    

"Hina sangat ke aku ni? Mentang-mentang dia Kingka, dia boleh kutuk orang yang macam aku ni ," luah Byul pada awan yang bergerak dek kerana angin yang menolak.

Yup. Dia berada di bumbung sekolahnya sekarang ni. Untuk menenangkan fikiran dan meredakan air matanya yang masih deras mengalir.

Bahunya disentuh menyentakkan dirinya. Dia mengalihkan pandangan pada gerangan siapa yang menyentuh bahunya sebentar tadi.

"Boleh aku duduk? ," soal Jungkook kepada Byul. Byul tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.

Jungkook menghela nafas lega. Ingatnya, Byul akan menghalaunya, namun tidak. Dia melabuhkan punggung di sebelah Byul.

Suasana senyap seketika. Jungkook mengemam bibirnya. Sepatutnya dia meminta maaf tapai dia tidak tahu nak mulakan dari mana. Jungkook, kau kena buat juga!

Dia memandang Byul yang masih mendongak memandang awan dan langit biru. "Byul, aku nak--"

"Boleh tak aku nak pinjam bahu kau? ," Jungkook tersentak sebelum bibirnya membentuk senyuman kecil lalu menganggukkan kepalanya.

"Sini," Jungkook menepuk-nepuk bahu kanannya. Kepala Byul diletakkan perlahan pada bahunya.

Byul pun melepaskan segala perasaan yang terpendam di dalam hatinya. Air matanya turut membasahi bahagian bahu Jungkook. Mulutnya juga tidak berhenti meluahkan pendamannya.

"Kenapa manusia macam dia wujud?," perlahan Byul bersuara dalam tangisnya.

"Entahlah. Mungkin sebab dia tu salah satu ujian kau? ," sampuk Jungkook. Sambil itu dia menepuk-nepuk bahu Byul bagi memujuk gadis itu.

"Ujian apa!? Ujian bulanan dah lepaslah! ," Byul mengangkat kepalanya memandang Jungkook dengan wajah yang mengerikan. Em maksud author,matanya yang sembap itu membulat. Tidak ke ngeri tu?

Jungkook menggulingkan anak matanya. Kepala Byul ditarik kembali ke atas bahunya. "Tak ada apalah. Dah. Nangis banyak-banyak. Susah betul bercakap dengan orang blur ni," keluh Jungkook sambil mengusap rambut Byul perlahan. Blur blur pun aku suka dia HAHAHA.

Jungkook sendiri tidak tahu bagaimana hatinya boleh menyukai Byul. Mungkin perasaan suka itu muncul saat dia asyik dan seronok mengenakan gadis itu.

Entahlah. Dia suka tengok apabila gadis itu naik marah. Yang paling dia suka adalah apabila Byul melaungkan nama penuhnya dengan penuh perasaan geram. Itu sesungguhnya membuatkan dia terhibur.

"Betullah apa yang kau cakap semalam, weh ," Byul mengangkat kepalanya lalu memandang Jungkook membuatkan jejaka itu tersentak. "Aku kena berhenti suka pada orang yang takkan pandang aku langsung ," ujar Byul serentak dia menghelakan nafas berat.

Jungkook tersenyum nipis. "Kan? Aku dah cakap dah kan? So, sekarang apa perasaan kau terhadap dia? ," soal Jungkook sambil menyelak rambut Byul yang hampir menutupi wajahnya ke belakang.

Wajahnya begitu dengan wajah Byul sehingga membuatkan jantung Byul berdegup kencang kemain. Wajahnya yang panas dialihkan ke arah lain bagi mengelak Jungkook berfikir bukan-bukan. Karang tak pasal-pasal kena bahan. Orang tu dah lah baru lepas nangis. Ish ish ish.

Byul mengeluh kecil sebelum tersenyum pahit. Air matanya diseka serentak itu hingusnya disedut. Ok. Dia memandang ke arah Jungkook setelah dapat mengawal perasaannya.

"Perasaan aku? Muahaha. Menyesal gila aku suka kat dia. Sumpah aku rasa aku dah tak suka pada dia sekarang ni," Jungkook membuat muka semasa mendengar pernyataan Byul itu.

Emosi perempuan ni lain macam betul. Boleh pula dia gelak. Period ke apa? Jungkook menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kau nak suka siapa pula lepas ni? ," soal Jungkook tiba-tiba. Soalan pun memang soalan yang bongok. Sebutlah nama aku, Byul. Jeon Jungkook. Aku nak dengar tu.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now