S I X ✿

1.9K 230 79
                                    

"Mana dagu gemuk ni? Dah nak pukul 11 malam dah ni! Ish! ," Byul menghentakkan kakinya di hadapan rumah Junhong. Kelibat Junhong masih belum kelihatan.

Baru sahaja dia mahu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendail nombor Junhong, niatnya terbantut apabila ada seseorang memegang bahunya.

"Yah, kau asal-- Mak datuk! Ampun tok! Nek! Byul janji Byul tak kacau orang dah! Jangan kacau Byul tolong! Byul mohon ampun dari tok dan nek," Byul melutut-lutut di hadapan 'benda' yang memakai kain putih panjang bersertakan rambut yang panjang mengurai menutupi mukanya.

Siap mahu bersujud untuk mencium kaki 'benda' itu. Namun, tindakannya terhenti apabila terperasaan sesuatu. Asal akak ponti ni pakai selipar? Memang dorang dah upgrade untuk memakai selipar ke? Dahlah selipar jenama Flipper pula tu. Mana dia dapat duit untuk beli selipar RM14.50 ni? Dia kerja part-time ke? Tidak putus-putus soalan dalam hati Byul. Terasa bahunya disentuh dan menyebabkan dia tersentak.

"B-byul. Kau dah kenapa? ," mata Byul terbuka luas apabila mendengar suara itu. Pantas dia berdiri tegak dan wajahnya dikawal dengan riak cool.

Dia memandang benda di hadapanya itu yang sedang menanggalkan rambut palsunya. Bongok betul makhluk Junhong ni. Getus hati Byul apabila melihat benda yang sedang menanggalkan rambut palsunya sambil mengeluh kepanasan. Rupanya itu Choi Junhong, guys.

"Eishhh! Panas betul rambut palsu Himchan hyung ni ," rungut Junhong sambil mengipas-ngipas dirinya dengan menggunakan tangannya.

"Kau asal lambat? Dah janji tepat pukul 10.30 malam, kan? ," soalan Byul hanya dibalas dengan sengihan sahaja. "Ish! Apa-apa jelah. Yang penting, ada bawak barang-barang yang aku suruh? ," soal Byul walaupun tahu semua barang yang disuruh bawa sememangnya ada.

"Ni ha. Yang aku tengah pakai ni. Dan, tangga untuk kau panjat ," ujar si galah itu tersenyum puas. Byul tersenyum puas. Bagus, Junhong, bagus.

"Bagus. Dah jom. Aku bawa rambut palsu ni, kau bawa tangga tu," Byul merampas rambut palsu di tangan Junhong sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Jungkook.

Junhong mencebik. Mana aci. Dia bawa ringan, aku punya besar gedabak. Junhong memandang tangga yang dibawanya itu dengan pandangan tidak puas hati. Kesian tangga tu.

Junhong menyusul Byul yang sudahpun tida di hadapan kediaman keluarga Jeon. "Kau confirm ke makcik dan pakcik Jeon tak ada weh? ," soal Junhong sedikit risau.

Byul menggulingkan anak matanya. "Iya. Aku dah buat soal siasat dah. Jangan risaulah. Tinggal Jungkook dan Wonwoo oppa je dalam rumah tu ," yakin benar jawapan Byul itu.

"Habis, kalau Wonwoo hyung tahu macam man-- ," bibir Junhong ditampar perlahan membuatkan Junhong terdiam seribu bahasa.

"Aku dah cakapkan kat WhatsApp tadi. Wonwoo oppa demam panas. Ingat dia larat ke nak kejar kita? ," geram pula dia dengan Junhong ni. Junhong mencebik sebelum mengangguk faham.

Mereka pun melangkah masuk ke dalam kediaman keluarga Jeon dengan senang sekali. Tanpa halangan daripada pagar rumah. Wahahahah. Senang kerja aku hari ni. Terima kasihlah sebab tak kunci pagar rumah kau, Jeon Jungkook. Byul ketawa jahat dalam hatinya.

Junhong terus menyandarkan tangga yang dibawanya itu pada balkoni bilik Jungkook. Kain putih yang dipakainya tadi diberikan kepada Byul. Byul memakai tanpa banyak soal. Tapi saat dia menyarungkan rambut palsu pada kepalanya, dia merungut.

"Hapak gila rambut ni"

"Himchan hyung kau tak pernah basuh ke apa?"

"Entah-entah ada kutu dalam rambut palsu ni, tak?"

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now