E I G H T ✿

1.7K 210 40
                                    

TILAM TILAM! TILAM LAMA TUKAR TILAM BALU! TILAM TILAM! MALI MALI! TILAM LAMA TUKAR TILAM BALU!

Byul merengus kecil. Terasa tidur tengah harinya dia ganggu. "Bisinglah Uncle Ah Tong ni. Nak tukar kat area sini juga. Area lain punya banyak," keluh Byul sebelum menarik selimutnya untuk membaluti tubuhnya.

Balik sahaja daripada kawasan perkuburan, Byul terus naik ke biliknya untuk tenangkan fikiran. Akhirnya, dia didapati sedang nyenyak tidur.

Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya, dia terdengar lagi bunyi-bunyian yang tidak menarik.

Matkool Matkool, Kawanku.
Mari kita ikut matkool.
Main-main selalu.
Syoknya, syoknya ada Matkool--

"Uncle Muthu! Tunggulah saya! Janganlah pergi dulu!"

Byul terus bangun daripada tidurnya. Siapa yang cakap kurang menarik tadi tu? Best okay lagu Matkool tu. Dan yang tadi tu, mesti dia tengah kejar motor aiskrim Uncle Muthu tu. Dia terus keluar daripada balutan selimut lalu terus mencapai dompetnya. Dia kena kejar motor aiskrim Uncle Muthu jugak! AISKRIM!!! WAIT FOR ME!!!

Dengan air liur basi yang masih melekat menghiasi hujung bibir kecil dan pipi gebunya, dia terus keluar dari bilik dengan wajah yang teruja nak mati.

Kakinya yang baru setapak menuruni tangga terhenti saat terdengar suara-suara manusia.

"Hyung, kau rasa kuih samperit ni okay lagi tak?"

"Sesedap kau je selongkar barang kat rumah orang ni. Mana kau dapat kuih tu? Bak sikit"

"Dalam almari Makcik Min. Aku lapar macam nak kebulur dah ni. Sebab tu rembat je"

Byul menutup mulutnya. S-siapa tu? Omg. Jangan cakap penyamun? Kuajaq samun rumah ak-- Tapi macam mana dia tahu ni rumah Makcik Min? Byul menuruni tangga perlahan.

Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, Byul menoleh ke arah ruang tamu. Jap. Macam kenal je. Dia teringatkan sesuatu.

"Korang semua buat apa kat sini? ," teguran Byul menyentakkan mereka semua. Mereka tersenyum nipis melihat gadis itu telah pun bangun daripada lenanya.

"Byul dah bangun? ," soal Jimin dengan senyuman manisnya. Sambil itu dia mengunyah kuih samperit. Amboi. Siap peluk bekas kuih samperit tu? Dia tak sedar ke dia makan depan siapa sekarang ni? Byul menggulingkan anak matanya.

"Main sedap kau je rembat kuih samperit Makcik aku. Kalau kau nak tahu, kuih tu raya tahun lepas punya ," kunyahan Jimin terhenti. Dia memandang Byul dengan wajah yang tidak percaya.

Malas Byul nak layan, Byul terus menuju ke arah lagi empat jejaka yang sedang melepak di ruang tamu rumahnya. Mata memandang ke arah Taehyung dan Hoseok yang sedang bergaduh dan meniarap di atas karpet sambil bermain Play Station milik Yoongi.

Kemudian matanya beralih pula kepada Seokjin dan Namjoon yang hanya memandangnya dengan senyuman yang tidak lekang daripada senyuman manis. Byul dengan terpakanya hanya membalas senyuman manis itu.

"Yoongi oppa ajak lepak ke? ," soal Byul bagi mengelak pipinya kebas kerana terlalu asyik dengan senyuman yang tidak berapa ikhlas.

"A'ah ," jawab Seokjin sepatah. Pft. Tapi asal aku rasa macam tak perfect je kumpulan dorang ni? Macam kekurangan manusia je?

Matanya memandang Jimin yang sudah pun duduk bersila sambil menatap bekas kuih samperit itu.

"K-kenapa.... Masa aku tengah laparlah kau nak expired. Kenapaaaaaa?," Byul ketawa sinis. Kemudian matanya beralih pula pada Taehyung dan Hoseok.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now