E L E V E N ✿

1.8K 182 56
                                    

Hujung minggu. Hari untuk beriadah, berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Begitu juga dengan--

TOK TOK TOK TOK!!!

Byul terasa tidur petangnya diganggu oleh ketukan pintu yang kuat gila itu. Dia menggaru kepalanya yang gatal tiba-tiba. "Manusia mana ketuk pintu bilik aku kemain kuat ni? Ganggu ketenteraman je ," rungut Byul dengan mata yang masih tertutup. Well, hujung minggu. Byul akan tidur sepanjang hari.

"Budak malas! Bangun cepat! Tidur je kerja! BANGUN TOLONG MAKCIK SEKARANG WOI! ," Byul mengeluh apabila terdengar jelas suara Puan Min di luar pintu biliknya. Hujung minggu juga, Puan Min dan Encik Min juga tidak berkerja. Cuti.

Byul terus bangun dan melangkah lemah menuju pintu biliknya. Pintu bilik dibuka menampakkan separuh mukanya. Matanya yang sepet jeles dapat melihat Puan Mim sedang menggeleng i'm-so-done. Kenapalah manusia dalam rumah ni semua malas? Eh, aku tak malas. Bisik hati Puan Min.

"Makcik. Byul mengantuk niiii. Takmaulah kacau ," rungut Byul sebelum menutup pintu. Namun, dengan cekap dan swagnya, Puan Min sempat menahan pintu itu daripada tertutup.

Telinga Byul ditarik keluar dari bilik lalu ditarik pula menuju ke dapur. "Sakitlah makcik! Ini kes dera kanak-kanak yang comel ni! Kasihanilah Byul! ," rengekan Byul hanya diendahkan oleh Puan Min.

"Nah! Tolong makcik beri ni pada Makcik Song kamu tu ," Puan Min menghulur tupperware yang berisikan karipap yang boleh tahan banyaknya untuk minum petang kepada Byul yang kini kelihatan sedikit segar selepas membasuh mukanya.

Byul berdecit kecil sambil menyambut tupperware dari tangan Puan Min. "Beratlah tupperware ni. Rumah Makcik Song dah lah jauh. Suruhlah Yoongi oppa ," rungut gadis itu. Puan Min menggulingkan anak matanya.

Lagi sekali telinganya ditarik oleh Puan Min. "Berat kejadah kamu. Ya ampun, Byul. Bukannya makcik suruh kamu bawa tong gas pergi sana. Rumah makcik Song tu dekat gila, otak kamu tu terpesong jauh. Itulah. Tidur je kerja. Sampai biul otak jadinya. Rumah orang tu sebelah rumah Makcik Jeon kamu tu je. Haih sama jelah alasan kamu dengan Yoongi tu. Apa nak jadilah kamu berdua ni. Pemalas sangat.
Dah dah pergi cepat. Senyum sikit, jangan tunjuk sangat muka monyok tu. Ingat lawa ke? Nanti lari pula orang nak masuk minang nanti. Shuh shuh pergi sana ," bebel Puan Min sambil menghalau gadis itu. Telinga Byul dilepaskan.

Kalau difikirkan balik, alasan Byul dan Yoongi sememangnya hampir sama. "Ala omma. Orang ngantuk ni. Dahlah tupperwarenya berat sangat. Rumah makcik Song dah lah jauh. Cukuplah orang hantar kat rumah Makcik Jeon dan Makcik Choi. Suruhlah Byul ," itu Yoongi. Puan Min menggeleng-geleng dan hanya membentuk senyum kecil. Ada-ada jelah.

Byul menyarungkan seliparnya pada kakinya kemudian terus dia membuka langkah ke luar pagar rumah. Langkahnya terhenti apabila melihat Jungkook melambai ke arahnya.

"Hi! Nak pergi mana? ," sapa Jungkook dengan bibir menghiasi senyuman manis. Lelaki itu mengelap peluh pada dahinya. Nampak gaya seperti baru balik dari berjogging.

"Rumah makcik Song. Awat?," soal Byul selepas menjawab soalan Jungkook. Suara baru bangun tidurnya masih belum hilang.

Jungkook ketawa kecil. Macamlah dia tak kenal Byul, kan? Sudah sepuluh tahun mereka berjiran, jadi pastilah dia sudah tahu pasal Byul walaupun mereka emmm.... pantang berjumpa? Eh. Yelah. Semuanya sebab Jungkook selalu sangat kacau dan kenakan dia. Kalau tak, pastilah Byul takkan melayannya terlalu dingin dan garang. Ish ish ish.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now