F O R T E E N ✿

1.4K 170 40
                                    

"Byul, kau okay tak ni?," soalan Seulhwa hanya diendahkan. Makin risau Seulhwa melihat kawannya seorang itu. Dengan kerutan wajah menahan sakit tidak lekang dari mukanya.

"Muka aku...."

"Habislah tak comel dah! Nanti Gd tak terpikat dah huwaaaaa!"

"Macam mana ni wehhhh?"

"Cikguuuuu.... tolong sayaaa"

Rengekan Byul membuatkan semua orang ternganga seperti tidak percaya. Cikgu Minyoung mengurut dadanya melihat Byul yang sedang meroyan akibat benjol yang menghiasi dahinya yang tidak jendul itu.

Cikgu Minyoung menarik telinga Byul. "Cuba jangan nak merepek ," marah Cikgu Minyoung. Byul terus terdiam. Gila kau. Guru matapelajaran Pendidikan Jasmani mereka ni garang. HA. Ni dia baru tarik telinga. Belum tunjuk teknik kejar sambil membawa hangernya lagi.

"Kamu okay tak ni?," soal Cikgu Minyoung dengan risau. Byul hanya mengangguk lemah. "Kamu pun satu. Yang pergi termenung masa main bola tampar tadi kenapa? Ada masalah ke? ," Byul tersentak lalu terus menggeleng mahu menafikan kata-kata Cikgu Minyoung itu.

"Dah tu? Aku jerit nama kau tadi, asal kau buat tak dengar je? Ha, tengok? Kan dah lebam dahi tu kena dengan bola tampar. Bola tampar tu dah lah keras nak mati ," kata Yujin pula dengan riak risaunya. Byul tersengih dengan muka seposennya.

"Teringat Jungkooklah tu sampai aku nak bagi bola kau pun, kau buat tak layan. Ish ish ish," kata Bomi membuatkan Byul tersentak.

Ya. Dia termenung tadi sebab teringatkan pada Jungkook. Entahlah. Sejak dari pagi tadi, dia melihat Jungkook tidak seceria selalu. Tiada senyuman pada bibirnya. Tiada gurauan dan usikan paginya yang menceriakan kelas.

Waktu sesi pembelajaran pula dia banyak mendiamkan diri dan membaringkan kepalanya di atas mejanya. Cikgu Jihyo yang juga selalu jadi mangsa usikannya juga pelik melihat kelakuan Jungkook.

Bila disoal Taehyung dan Jimin mengapa dengan Jungkook, mereka hanya membalas; "err... Entah... idk idk shuh shuh" Cis! kejam betul.

Sakit ke dia? Haihhhh. Jungkook-ah, janganlah sakit. Aku tak suka tengok kau macam ni.. Byul mengeluh perlahan.

"Byul, cikgu rasa elok kamu ke bilik rawatan sekarang ni. Bomi, disebabkan kamu yang hantar bola kat dia tapi terkena kepala dia pula, kamu yang kena pergi bawakan dia ke bilik rawatan, ya? Takut dia sesat pula sebab otak dah biul kena dengan bola tu tadi ," kata Cikgu Minyoung berbaur perli.

"Cikgu! ," Byul memuncungkan bibirnya. Mereka semua hanya ketawa melihat reaksi.

Cikgu Minyoung menggulingkan anak matanya sebelum ketawa kecil. "Dah pergi cepat. Bomi, teman Byul," arah Cikgu Minyoung.

"Baik, cikgu"

■ ■ ■ ■ ■

"Take care weh. Bye," kata Bomi sebelum berlalu meninggalkan Byul yang sedang dirawat oleh Dr. Kang Moyeon (muehehe) dia dalam bilik rawatan itu.

Byul menghela nafas berat sebelum memandang wajah Dr. Moyeon yang sedang tersenyum kepadanya. Dr. Moyeon menghampiri Byul. "Cuainya kamu," tawa Dr. Moyeon.

"Mana ada, doktor. Bola tu yang serang saya," bohongnya dengan muka seinnocent mungkin.

"Yelah tu," Dr. Moyeon mencubit perlahan pipi Byul. "Dah, mari doktor sapu ubat," baru sahaja Dr. Moyeon mahu mencapai ubat sapu, perbuatannya terhenti apabila pintu bilik rawatan dibuka kasar oleh seseorang.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now