T W E N T Y ✿

1.1K 120 34
                                    

"Okaylah, bro. Aku ngan Byul balik dulu. Well, seronok berbaik dengan kau." kata Jungkook diikuti dengan tawa nakalnya.

Hanbin menggulingkan matanya sebelum tersenyum menyindir. Bahu Jungkook ditepuk perlahan. "Hahah kau tak payah nak perli aku. Aku bunuh kau dalam tidur kau nanti." marah Hanbin dengan nada gurau.

Byul yang melihat keakraban Hanbin dan Jungkook terasa yang dirinya dipulaukan. Ha. Amik kau.

"Weh--"

"Aku jadi hantu, pastu bunuh kau balik hahaha."

"Berani buat. Aku suruh saka aku balas dendam."

"Eleh kau. Takut cakaplah."

"Bukan aku yang penakut. Kau tu yang penakut. Baru kena kejar ngan pontianak dah lari. Hahahaha."

"Benda yang lepas jangan dikenang, bongok."

"Asal semua pakat nak palau aku ni?" Soal Byul tidak puas hati apabila dipulau habis oleh Hanbin dan Jungkook. Kedua jejaka itu saling menoleh ke arah Byul. Byul memuncungkan bibirnya bagi meraih simpati.

Jungkook dan Hanbin memandang antara satu sama lain kembali. Senyuman jahat pada bibir mereka yang tidak disedari oleh Byul makin melebar. "Apa-apahal roger okay, bro?" Kata Jungkook sambil menepuk-nepuk bahu Hanbin.

Hanbin hanya membalas dengan senyuman senget. Tiba-tiba terdengar suara rengusan Byul. Laju kepala mereka mengalih memandang Byul. Terlihat ada takungan jernih pada mata gadis itu. "Tak ada function aku wujud kat sini. Bye." Katanya dengan nada dingin dan agak bergetar seperti menahan geram. Dia membuka langkah mahu meninggalkan Hanbin dan Jungkook.

"Ops!"

Kaki kedua-dua jejaka itu laju melangkah mengejar langkah Byul yang laju. Jungkook menarik tangan Byul membuatkan gadis itu berhenti melangkah dan memandang mereka dengan pandangan dingin.

"Okay okay. Kami minta maaf. Janganlah nangis, adik manis." Pujuk Jungkook sambil mengesat air mata yang masih bertakung pada mata Byul. Byul memuncungkan bibirnya.

Hanbin mencubit pipi Byul. "Kami gurau je, Byul-ah. At least kami dah berbaik tahu." Pujuk Hanbin lagi.

"Dah berbaik pun, janganlah sampai tak layan aku. Aku pun ada perasaan." Kata gadis itu geram. Bibirnya yang dimuncungkan itu makin panjang.

"Fine. Sorry, okay? Kami garau kasar. Kami minta maaf sangat. Jangan merajuk dah ya?" Byul mengangguk perlahan sebelum tersenyum kecil. "Sensitif sangatlah kau ni." Usik Hanbin sambil mengusap kasar rambut Byul.

"Manalah tak sensitif! Aku ni perempuan tau. Hmmmm."

"Ha merajuk lagi. Maaflah wehhh. Bukan selalu dapat sakat kau tau. Hehehe."

Jungkook hanya tersenyum nipis melihat betapa berusahanya Hanbin memujuk Byul. Senyuman Byul selepas dipujuk oleh Hanbin menenangkan perasaannya. Nampaknya Hanbin berjaya jalankan tugas dia.

Well, Hanbin. Kau berjaya pujuk Byul. Aku pilih orang yang tepat.

■ ■ ■ ■ ■

Hanbin memandang Byul dan Jungkook yang sudah pun berjalan meninggalkan dia di belakang. Apabila melihat kedua makhluk itu berpaling ke arahnya sambil melambai, dia membalas lambaian mereka bersama senyuman senget yang dihias pada bibirnya.

Matanya tidak lekang memerhatikan bayang mereka yang semakin menghilang. Kemudian, nafas berat dihela.

■ ■ ■ ■ ■

"Jungkook... aku tak faham. Apa maksud kau? Kau nak pergi mana?" Berkerut seribu wajah Hanbin mendengar kata-kata Jungkook yang langsung dia tak faham itu. Apa maksud jejaka itu?

Jungkook ketawa kecil kemudian nafas berat dihela. Wajahnya kini tidak dihiasi dengan senyuman. "Aku..." Jungkook kembali terdiam sebelum menyambung.

"Aku..." berat sungguh dia mahu meluahkan kata-kata itu. Tapi, makin membuatkan Hanbin ingin tahu. "Aku... hmmm." Terhenti lagi nampaknya.

"Aku... a-aku..."

"...."

"Aku haih... hmm.."

"...." - Hanbin dah berasap XD

"Ak-"

"AKU SEPAK KAU NAK!? EHHH PERANGAI JANGANLAH MACAM SETAN, SYAITON! DARIPADA TADI AKU AKU AKU APA BENDANYA. AKU DAH LAMA TAK MEMBAKAR NI. NAK KE AKU BAKAR KAU LEPAS NI!? " Ha naik bengang dah Hanbin dibuatnya.

Jungkook ketawa terkekek-kerek melihat betapa bengangnya Hanbin padanya. Bongok. Kalau aku pun, memang dah kena budak ni😂

"Yelah sorry. Gurau je. Panas baran betul." Kata Jungkook lagi sambil terkekek-kekeknya. Melihat Hanbin menjelingnya, terus berhenti tawanya. "Okay. Okay aku bagitahu." Kecutlah tu.

"Ha bagus!"

"Well," Jungkook tersenyum nipis sebelum menyambung. "Aku nak pindah London tak lama lagi." Terangnya pada Hanbin. Melihat reaksi Hanbin membuatkan Jungkook tersenyum pahit.

Wajah Hanbin berkerut. Dengan muka ternganga sedikit. "Weh seriuslah?" Soalnya dengan nada tidak percaya.

"Seriuslah, dey. Lagi seminggu je kami sekeluarga duduk sini." Ujarnya perlahan.

"What the-- okay asal tetiba nak pindah ni? Byul tahu pasal ni?" Jungkook terdiam. Dia memandang tanah yang sedang dipijaknya. Kepalanya digelengkan.

"Kawan-kawan aku je yang tahu. Dan sekarang kau yang tahu." Kata Jungkook sambil tersenyum hambar. "Aku kena ikut family aku pindah sana, hyung. Lagipun tak ada siapa nak jaga aku kat sini. Aku ni mana pandai nak berdikari weh. Pergi sekolah pagi-pagi pun mak aku yang kejut--"

"Tak tak tak. Sekarang ni, aku tak minta pun kau cerita siapa yang kejut kau bangun pagi." Jungkook tersengih mendengar Hanbin merungut. Yelah. Asyik nak ubah topik je kerjanya.

"Baru nak acah dramatis tau." Hanbin menggulingkan matanya. Mahu dipancung je Jungkook terus tak jadi pindaj pula nanti. "Anyway, aku berkawan dengan hyung bukan sebab nak ambil kesempatan or else. Tapi aku ikhlas dan aku nak sangat minta tolong dari kau." Kata Jungkook seolah-olah merayu.

Hanbin mengeluh sebelum mengangguk. Dia memandang wajah Jungkook sedalam mungkin. "Ya. Aku tahu. Kau nak aku jagakan Byul untuk kau kan?" Jungkook tersenyum hambar sebelum menganggukkan kepalanya. Hanbin menepuk bahu Jungkook perlahan. "Aku akan buat. Jangan risau. Aku akan jaga dia dan pujuk dia macam kau selalu buat. Aku takkan benarkan dia benci pada kau juga. Amanah aku sebagai kawan kau." Kata Hanbin dengan nada gurau yang prihatin.

Jungkook ketawa kecil. "Thanks hyung. Well, aku nak harapkan orang lain tapi rasa tak yakin. Firasat aku asyik katakan kau lah orangnya. Cewahhh." Tawa Jungkook. Hanbin tersenyum senget.

"Anyway, bila kau nak bagitahu dia pasal ni?" Senyuman Jungkook kendur. Bahunya dijongketkan. Hanbin mengangguk faham. Susah bagi Jungkook untuk semua ni. "Chill. Take your time, okay." Pujuk Hanbin.

Jungkook memandang Hanbin dengan senyuman hambar yang tidak mahu lekang dari bibirnya. Kepalanya dianggukkan.

"Alolo so sweet korang ni. Pandai pula berbaik, ya?" Hanbin dan Jungkook sama-sama memandang ke arah suara yang syok memerli mereka. Byul tersenyum gembira melihat keakraban mereka.

"Eh kau ni. Baik salah, gaduh salah. Mana yang betul ni?" Soal Jungkook tak puas hati. Byul ketawa ejek.

"Gurau jelah! Dah lah! Jom! Bosan tengok drama sweet korang!" Ajak Byul entah mahu ke manalah agaknya.

Mereka pun akur mengikut langkah Byul yang gembira itu. Jungkook pun gembira tapi buat masa ni jelah. Lepas ni mesti dia sedih. Hanbin mengeluh perlahan sebelum mengekor langkah Jungkook dan Byul.

_____________

Yeah XD macam tah pape XD

Mari ignore typo :)

Vote ; ✔
Comment ; ✔

Gracias~

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now