T H R E E ✿

2.2K 243 68
                                    

Byul merapatkan lututnya ke dadanya lalu dipeluk lututnya itu. Mukanya disembamkan pada kepala lututnya itu. Malangnya aku hari ni.. Getusnya dalam hati. Badannya sedikit menggigil akibat kesejukkan.

Dia sedar yang sekarang ini, dia berada di balkoni rumah dan memakai baju lengan pendek bersertakan seluar pendek paras lutut. Tapi dia duk gatai nak duduk kat balkoni biliknya. Katanya nak ambil angin makan. Cari ketenangan kononnya.

"Kau tak okay lagi?"

Byul mengangkat kepalanya. Wajahnya berkerut. Suara siapa pula tu? Pari-pari kertas datang lagi ke? Omo. Harap-harap dia boleh tunaikan hajat aku nak kahwin dengan GD oppa. Tapi... suara dia macam familiar.

"Haihhh. Bintang. Lawa betul kau malam ni. Rugilah orang tu tak tengok bintang malam hari ni. Kalau kau masih fikirkan hal tadi tapi tak nikmati malam yang penuh dengan adik-beradik kau ni, serius kau rugi, Byul"

(Byul bermaksud bintang in korea language)

Byul makin tersentak. "Mana dia tahu nama aku?" Gumamannya menimbulkan tawa kecil daripada suara itu.

Byul bangun daripada duduknya lalu mencari-cari suara itu. Wajahnya berubah saat melihat manusia yang sangat dia kenali berada di balkoni rumah jirannya.

"Woi, Jungkook! Kau buat apa kat rumah jiran aku!? Pecah masuk, eh!? Oh. Kau dah pandai eh nak jadi penyamun sekarang ni. Jap. Aku call polis jap ," namun, belum sempat dia mahu mengambil telefon bimbitnya, Jungkook telah membaling bola keranjang kepadanya. Byul laju menangkap dan memandang bola keranjang itu dengan wajah terpinga-pinga.

"Kau jangan nak buat haru, ya? Aku kat sini bukannya nak samun ke apa ke. Kau tu je yang fikir negatif sejak Dust-Bin tu marah kau. Itulah kau. Kemaruk sangat dengan tong sampah tu ," Byul mencebik sewaktu mendengar bebelan Jungkook. Ada ke patut dia panggil Hanbin macam tu? Author marah ni.

"Lagi satu aku nak cakap. Kau ni nyanyuklah ," mata Byul terbuntang luas dengan kata-kata pedas Jungkook itu.

"Yah! Sesedap mulut kau je--"

"Kau lupa eh yang aku tinggal sini dengan appa, omma dan hyung aku? Kau lupa eh yang aku ni jiran kau? Oh, lagi satu. Kenapalah aku nak samun rumah aku sendiri? ," Byul tersentak.

A'ahlah. Baru dia ingat. Jungkook ni bukan setakat rakan satu sekolah dan satu kelas. Malahan, dia juga rakan satu kejiranan juga. Pst, rakan tu boleh jadi musuh juga.

"Tak ada motif langsung aku nak samun rumah aku sendiri, Jah oi. Lainlah kalau aku samun hati kau ," Jungkook ketawa kecil dengan pick up-linenya.

Wajah Byul memerah. Dia membaling semula bola keranjang milik Jungkook itu kepada balkoni rumah Jungkook itu. "Pick up-line kau tak ada cia cia cia! Tak sweet langsung! Welk! ," Byul menjelirkan lidahnya pada Jungkook.

"Padahal muka dia yang merah sekarang ni ," tawa Jungkook makin meletus.

Tak guna betul budak biskut ni. Itu sahaja yang terungkap dalam hati Byul. Boleh biul Byul dibuatnya. Biul=Byul. Ok. Byul menyilangkan tangannya ke dada. Nafas rengusan dilepaskan. Geram.

"Tapi kau tak jawab soalan aku lagi. Kau dah okay ke? Ke masih fikirkan pasal tadi? ," Tangan Byul yang tadinya disilangkan, dia longgarkan sedikit. Keluhan dilepaskan lalu dia menjongketkan sedikit bahunya.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now