N I N E T E E N ✿

1.1K 127 32
                                    

"Hari ni kita berseronok habis-habisan! Jom! Roller coaster tak tunggu kita! Cepat-cepat!," sungguh bersemangat Byul hari ni. Kakinya kemain laju menuju ke tempat menunggu Roller Coaster sambil itu tangannya menarik tangan Jungkook dan Hanbin. Dey, sedap dia je main tarik-tarik.

Dah nama pun roller coaster, mestilah tinggikan? Kedua-dua jejaka itu langsung tak ada keyakinan yang mereka bakal selamat atau tidak. Segham dibuatnya. Harapan untuk enjoy hari ni macam berkecai gila-gila. Iyalah, kalau di funfair mestilah kita enjoykan? Mestilah kena enjoy. Tapi...

Berkecai gila jiwa raga Hanbin dan Jungkook apabila melihat 'kawan' yang Byul maksudkan. Terpaksalah mereka berdua menunjukkan senyuman palsu, padahal dalam hati dah sumpah seranah puih puih dah. Manakan boleh dorang nak enjoy sepuas jiwa dan raga?

Ini pula kes Byul ajak mereka berdua naik roller coaster. Kau ghasa? Em em. Mana tidaknya, masing-masing boleh tahan kecut. Maklumlah tempat tinggi. Ingat kalau ada badan sado, selalu tunjuk muka ketat tu berani sangat ke?

"Aku nak duduk sebelah Byul. Kau boleh pergi mampus," arah Hanbin sambil menarik tangan Byul untuk mendekatinya.

"Kejadah. Busuklah Byul nanti kalau duduk tepi tong sampah! Ah takda! Biar arnab yang sado ni duduk sebelah dia! Kau tak sado! Huh huh!," bongkak sungguh ujaran arnab sado a.ka. Jungkook itu. Sambil itu, tangannya untuk menarik Byul ke sisinya.

Maka dengan itu, berlakulah sesi tarik-menarik di antara Jungkook dan Hanbin akibat mahu duduk di sebelah Byul yang berani sangat nak naik roller coaster tu. Padan muka pada Byul juga. Tadi dia tarik orang, sekarang dia pula yang kena tarik wahahaha.

"Dah dah! Cukup!," marah Byul sambil menolak Hanbin dan Jungkook serentak. "Korang berdua duduk sama-sama! Muktamad!,"marahnya lagi.

"Yah. Habis kau duduk dengan siapa?," soal Hanbin sambil memuncungkan bibirnya.

"Duduk sorang-soranglah!," garang sungguh :') Byul lagi sekali menggulingkan anak matanya. "Aku tak kira! Korang kena duduk sama-sama! Kalau tak aku balik! ," ugutan yang sama membuatkan Hanbin dan Jungkook mula berasa annoying pada masa yang sama, berasa terpaksa.

"Fine," jawab Hanbin yang masih dengan muncungannya. Jungkook memandang Hanbin.

"Kau serius!? Eeeee--"

Kata-katanya terhenti apabila melihat wajah datar Byul yang bagaikan tiada penghujung. "K," akur Jungkook.

■ ■ ■ ■ ■

"Aku rasa macam nak mati," rintih Jungkook sambil menyandarkan badannya pada badan Hanbin yang juga bersandar pada bangku yang tersedia. Hanbin mengangkat tangannya ke hadapan muka Jungkook. Ah sudah. Nak tampar ke?

"Aku pun. Sep sikit," oh, nak sep sep sep rupa. Ingat nak tampar tadi. Apalah Hanbin ni. "Menyesal pula duh aku setuju kita main Roller Coaster tu weh. Terseksa jiwa raga. Ya ampun," keluh Hanbin yang seakan-akan mabuk nak muntah segala.

Jungkook yang tadi menyandar badan Hanbin, menyandar pula pada bangku. Dia menjeling Hanbin. "Itulah kau. Mengada sangat nak ikut cakap dia. Tengok, diri sendiri yang terseksakan?," Hanbin mencebik.

"Masalahnya, kalau kita tak ikut cakap dia, dia merajuk kau tau? Dah berapa kali entah dia cakap nak balik kalau kita tak perbaiki hubungan kita hari ni. Apa function aku ajak dia untuk happy tapi dia datang dia muncung je? Kau nak ke tengok dia buat muka datar kat kau? Kau suka ke muka datar dia?," Jungkook terdiam. Ada betul kata Hanbin itu.

"Dah tu? Kau taknak ke berbaik dengan aku?," soal Jungkook pula. Kini, giliran Hanbin pula yang terdiam. Jungkook yang sedar Hanbin tidak menjawab pertanyaannya turut membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

[C] JEON JUNGKOOK!!! Where stories live. Discover now