TIGA BELAS

11.2K 352 4
                                    

ARA melihat jam di skrin handphonenya.. 10.28 a.m. Dia memerhati sekitar ruang lobi hotel 5 bintang itu mencari kelibat orang yang dinanti, namun hampa. Dia segera mendail nombor orang tersebut.

"Shit! Bodoh! Gila!" Maki seorang lelaki yang lalu di hadapan Ara. Belum sempat Ara mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu, orangnya sudah pun berjalan keluar dari kawasan lobi hotel. Dan tidak jauh dari tempat Ara duduk, kelihatan seorang lelaki sedang meraup wajahnya sebelum pintu lif tertutup rapat, menghilangkan orang yang berada di dalamnya.

"Sayang!" Seorang lelaki melambai tangannya ke arah Ara. Ara mencebikkan bibirnya.

"Sorry sayang. Saya tahu saya lambat, but sorry. Nak terberak sangat tadi." Pujuk lelaki itu sambil mengenggam jari jemari Ara.

"Semalam beriya sangat ajak orang makan kat sini, ingatkan dia dah siap awal-awal tunggu kita kat lobi, ni tak kita pulak yang kena tunggu dia." Bebel Ara. Masih merajuk.

"Sayang... Please.." Dia membisik perlahan di telinga kanan Ara membuatkan gadis itu cair dengan suara romantisnya.

"Erm. Nasiblah dapat boyfriend yang suka dok kat hotel dari dok kat rumah. Ni terberak sebab makan makanan hotellah ni. Kan?" Ara masih lagi membebel meskipun rajuknya dengan lelaki itu sudah reda.

"Well. You know better." Ucap lelaki itu sambil tersengih.

"Awak ni kan Sham. Ish.. Dah jomlah pergi makan. Lapar dah ni." Ara menarik tangan teman lelakinya, Hisham menuju ke kafeteria hotel.

"Awak, boleh tak kalau Alisha join kita makan kat sini? Kebetulan dia ada kat area sini, cari port nak makan tengahari." Tanya Ara setelah mendapat pesanan ringkas dari Alisha yang mengajaknya keluar makan bersama. Oleh kerana dia sememangnya sedang makan, dia pun mengajak Alisha ke tempatnya.

"Why not? Ajaklah. Dah lama jugak kan kita tak lepak makan sama-sama dengan dia." Jawab Hisham memberi persetujuan.

15 minit selepas itu Alisha pun tiba di kafeteria hotel. Dia segera mendapatkan Ara setelah sahabatnya itu melambai ke arahnya.

"Wei, tak kacau korang nak dating ke ni?" tanya Alisha selepas berpelukan dengan Ara.

"Taklah. Kan awak?" tanya Ara pula kepada Hisham.

"Eh taklah. Ala kau ni, macam tak biasa pulak. Kalau kacau, awal-awal tadi lagi aku dah suruh pak guard tutup pintu hotel, tak kasi kau masuk." Seloroh Hisham. Alisha ketawa kecil.

"Sampai hati kau kan. Ara, kau tengok pakwe kau ni." Alisha pura-pura merajuk dan mengadu pada Ara. Sengaja cari back up untuk mengusik Hisham.

"Sayang..." Ara buat-buat jeling Hisham, ikut mengusik.

"Ok aku surrender." Hisham mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah kalah kepada Alisha. Kedua gadis itu ketawa setelah berjaya mengusik Hisham.

Ketiga mereka sudah lama kenal, sejak dari kolej lagi. Alisha dan Ara berkawan rapat kerana tinggal satu bilik, manakala Hisham pula satu course yang sama dengan Alisha. Cuma Alisha tidak menyangka bahawa Hisham menyukai sahabatnya itu. Setelah tamat kolej, barulah Hisham meluahkan perasaannya terhadap Ara, itupun melalui Alisha.

"Sha. Kau perasan tak mamat yang duduk kat hujung sana tu? Dia asyik pandang kau je tau." Bisik Ara perlahan.

"Mana?" Alisha bertanya dengan mulut yang masih mengunyah nasi goreng ikan masin. Ara menjuihkan bibirnya ke arah lelaki yang dimaksudkan.

"Eh. Dia ada kat sini?" Alisha bercakap sendirian apabila mendapati orang yang ditunjukkan Ara adalah tunangnya sendiri.

"Kau kenal dia?" Tanya Ara sekali lagi.

"Kenal. Tulah tunang aku." Jawab Alisha selamba. Langsung tidak berasa untuk pergi ke tempat duduk Ian. Bukan Ian peduli pun dengan kehadirannya di situ. Ara sedikit terkejut.

"Itu tunang kau?? Handsome." Ucap Ara memuji wajah Ian. Alisha hanya mencebik, malas mahu melayan.

"Like, seriously? Mamat tu tunang kau Sha?" Kini giliran Hisham pula bertanya. Dia seakan terkejut.

"Yep. Apesal, kau kenal ke?" Alisha bertanya melihatkan reaksi Hisham.

"Taklah kenal, cuma adalah terserempak dengan dia time aku nak turun makan kat sini semalam." Jawab Hisham. Namun seperti ada sesuatu yang disembunyikannya.

"Wei Sha, yang kau dok melantak kat sini lagi kenapa? Tu tunang kau tu, pergilah jumpa." Bebel Ara apabila melihat Alisha langsung tidak mempedulikan tunangnya sendiri.

"Malaslah Ara. Biarlah dia." Jawab Alisha acuh tak acuh. Ara hanya menggeleng kepala, tidak faham dengan perangai sahabatnya yang seorang ini.

Tak apalah, nanti ada masa berdua, dia akan bertanya sendiri secara personal kepada Alisha. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang Alisha tidak ceritakan padanya. Tapi jika dia tidak silap pandang, lelaki itulah yang dia nampak di lif semasa menunggu Hisham tadi.

ALISHA ✔On viuen les histories. Descobreix ara