TIGA PULUH SEMBILAN

8.8K 340 23
                                    

AAZAD berjalan keluar dari bilik air dengan hanya memakai singlet putih dan seluar pendek. Badannya terasa segar setelah membersihkan diri tadi. Dia memandang wajahnya kejap di hadapan cermin.

"TOLONG!! Aazad, tolong saya! Aazad!"

Tiba-tiba kedengaran suara orang meminta tolong. Aazad terkejut mendengar suara perempuan memanggil namanya meminta tolong.

"Aazad! Tolong saya!"

Aazad bergegas keluar mencari empunya suara. Di pintu hadapan tiada sesiapa pula yang kelihatan.

"Tolong!!"

"Macam suara Alisha." Aazad berlari ke pintu satu lagi. Pintu sliding yang terdapat di anjung bilik yang menghadap ke laut. Pintu ditolak...

"Alisha!!" Jerit Aazad apabila melihat Alisha tenggelam timbul di permukaan air laut.

"Aazad!.. Tolong... saya!" Jerit Alisha.

"Saya tak pandai ber...ren..nang!" Alisha terkapai-kapai meminta tolong kepada Aazad.

Aazad jadi panik. Seolah-olah mimpinya tempoh hari menjadi kenyataan.

"Alishaa!!" Aazad terus terjun ke dalam air apabila mendapati Alisha sudah pun tenggelam ke dalam air.

Sekejap saja Alisha sudah berada di pelukan Aazad. Dia menarik gadis itu perlahan-lahan menuju ke tangga yang terdapat di setiap anjung water villa di situ.

Alisha yang berpura-pura tidak sedarkan diri mencuri pandang ke arah wajah Aazad yang sangat dekat dengan wajahnya.

'You are so handsome my man!' Jerit hati Alisha. Hatinya semakin jatuh cinta dengan lelaki itu.

Cepat-cepat dia menutup matanya apabila Aazad cuba mendukungnya naik ke atas anjung. Tercungap-cungap lelaki itu.

"Alisha! Please open your eyes." Aazad mengoyang-goyangkan badan Alisha yang sudah terbaring di anjung.

"Please! Please! Please!" Aazad menekan-nekan dada Alisha untuk memberi tekanan lalu meletakkan jari telunjuknya ke bawah hidung Alisha agar dia dapat merasa pernafasan Alisha.

"Wake up Alisha. Jangan buat saya macam ni!" Aazad menekan lagi dada Alisha, namun masih tidak ada sebarang reaksi. Sedaya upaya Alisha menahan dirinya dari ketawa.

Dia membuka sedikit mulut Alisha untuk memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.

Saat bibir Aazad menyentuh bibir Alisha, dada gadis itu berombak. Ternyata bibir hangat yang menyinggah kejap di bibir Alisha itu membuatkannya kaku.

Lantas Alisha membuka matanya lalu memandang Aazad.

"You stole my first kiss..." Ucap Alisha perlahan sambil memegang hujung bibirnya.

"Alisha!" Pantas Aazad merangkul tubuh Alisha ke dakapannya tanpa mempedulikan kata-kata Alisha itu.

"Thank god! Saya ingat awak akan tinggalkan saya.." Ucap Aazad lalu memeluk Alisha lebih erat.

"Wait! Apa awak cakap tadi?" Aazad melepaskan pelukannya dan memandang Alisha curiga.

Alisha tersengih dan menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan Aazad.

"Are you pretending to be drown?" Tanya Aazad dengan wajah yang serius.

Alisha masih menunduk memandang lantai. Dia malu kerana pura-pura lemas di mana akhirnya, Aazad terpaksa membuat pernafasan dari mulut ke mulut dan mencuri ciuman pertamanya!

"Alisha, answer me.." Suara Aazad kedengaran mendatar. Tangannya memegang bahu Alisha.

Alisha mengangkat wajahnya perlahan-lahan.

"So.. sorry.." Jawab Alisha perlahan sambil mengelipkan matanya beberapa kali, membuat muka kasihan.

"Awak tahu tak macam mana risaunya saya tadi? Kalau apa-apa jadi kat awak tadi macam mana?" Soal Aazad dengan wajah yang sangat serius.

"Awak.. Saya mintak maaflah. Saya cuma nak..."

Belum sempat Alisha menghabiskan kata-kata, bibir Aazad sudah melekat di bibirnya. Alisha tergamam seketika.

Bibirnya dikucup lembut. Sukar ditafsirkan perasaan Alisha tika ini sehingga dia membiarkan saja bibir Aazad bertaut dengan bibirnya.

Aazad melepaskan bibirnya. Dia memegang kedua belah pipi Alisha.

"I love you.. i love you so much.." Ucap Aazad lalu memeluk Alisha erat.

Alisha tersenyum bahagia mendengar ungkapan itu. Dia membalas pelukan Aazad.

"I love you too." Ucap Alisha.

"Seriously?" Aazad melepaskan pelukannya dan memandang Alisha dengan perasaan teruja.

"Seriously apa?" Sengaja Alisha mengerutkan dahinya buat-buat tidak faham dengan pertanyaan Aazad.

"Seriously do you love me?" Aazad mengulang pertanyaannya tadi yang tidak berapa jelas maksudnya.

"Bila masa saya cakap macam tu." Jawab Alisha bersahaja sambil memandang wajah Aazad.

"Tadi tu..." Aazad mengerutkan dahinya cuba mengenalpasti apa yang didengarnya sebentar.

"Saya.. saya salah dengar kot." Aazad memalingkan wajahnya ke tempat lainnya. Bibirnya dicebikkan.

Alisha ketawa kecil lalu memeluk Aazad dari tepi. Laju saja tangannya mencubit bibir Aazad yang sudah muncung sedepa.

"I love you Emir Aazad. I love youuu!!!!" Jerit Alisha dekat dengan telinga Aazad. Biar lelaki itu dengar dengan jelas isi hatinya selama ini.
*
*
*
*
Tak sabar nak tahu apa komen korang 😄 jangan lupa vote tau!

ALISHA ✔Where stories live. Discover now