SEMBILAN BELAS

8.5K 298 14
                                    

AAZAD memecut keretanya dengan perasaan marah yang teramat. Beberapa kali dia menyumpah sambil mengetuk stereng kereta. Dia pasti ini kerja lelaki itu. Gambar-gambar yang diambil bukan di tempat terbuka tetapi di dalam bilik hotel, di bilik Ian Hanafi. Dia pasti lelaki itu sedang cuba menfitnahnya.

Namun dia tidak pasti atas sebab apa dia difitnah pada Alisha. Pasti gadis itu sudah salah sangka akan dirinya. Pasti juga gadis itu telah membencinya.

'Don't touch me! You disgusting.. Stay away from me!'

Dia masih ingat wajah Alisha apabila menuturkan kata-kata itu. Wajah kecewa. Wajah marah dan benci. Dan juga.. jijik.

Dia menekan pedal minyak, memecut laju ke syarikat milik Tan Sri Mukhriz. Dia harus bersemuka dengan Ian Hanafi. Dia perlu tahu mengapa dia diburukkan.

Nasibnya sangat baik, ketika berhenti di kawasan parking, dia terserempak dengan Ian yang sedang berjalan ke arah parking. Dia segera turun dari kereta untuk mendapatkan lelaki itu.

Ian yang sedang berjalan ke arah kereta sama sekali tidak perasankan Aazad yang semakin menghampirinya sehinggalah Aazad menarik lengan Ian dan menumbuk pipi kanannya. Dia tersembam ke lantai parking dengan pipi yang berdenyut kesakitan.

"What the hell?!" Jerit Ian menahan sakit. Dia merenung tajam ke arah Aazad. Aazad melemparkan sampul surat tersebut di hadapan Ian.

"Kau tanya aku sebab apa?" Aazad menarik kolar baju Ian, merenung tajam ke arahnya. Ian ketawa dan tersenyum sinis. Dia menarik tangan Aazad yang memegang kolarnya lalu mengutip gambar yang terkeluar dari sampul putih itu. Dia tersenyum lagi.

"What a lovely picture. Don't you love it?" Ucap Ian seolah 'memuji' gambar tersebut. Sengaja dia mahu menambahkan amarah Aazad.

"Apa masalah kau ha?" Aazad menarik lagi kolar Ian, mendorong lelaki itu supaya berdiri.

"Masalahnya, i want you! Sejak dari pameran kereta kat JB lagi. Since then, i cari you and i dapat tahu you adalah eksekutif CZI, i make an appoinment to buy a car with your company and choose you as a dealer. But you rejected me!" Ian menolak tubuh Aazad membuatkan dia terdorong ke belakang.

"Kau ni memang dah gilalah! I am a man but i'm not a gay like you. Don't you understand?" Ucap Aazad. Halwa telinganya terasa geli dengan pengakuan Ian. Tidak menjangkakan sama sekali akan mendengar confession terhadap dirinya dari seorang LELAKI!

"I don't care. Salah ke apa yang i rasa ni? Bertahun hidup i sunyi. I sibukkan diri dengan kerja. I've met many girl but tak ada sorang pun yang boleh buat i rasa perasaan yang sama i rasa terhadap you, terhadap seorang lelaki." Luah Ian lagi. Kali ini dengan suara yang tenang dan mengharapkan supaya Aazad memahami dirinya.

"Then why should i care? Aku tak ada perasaan songsang macam kau. Go to hell!" Herdik Aazad. Dia berpaling untuk meninggalkan Ian di situ. Sudah meremang bulu romanya dengan ayat-ayat bodoh Ian itu. Lama-lama dia di situ, boleh gila jadinya. Terlupa sudah untuk bertanya apa motif lelaki gay itu memburukkan dirinya pada Alisha.

"You like Alisha right?" Terhenti langkah Aazad mendengar pertanyaan Ian. Dia menoleh.

"Kalau ye apa masalah dengan kau?" Aazad mendekati Ian.

"Yes. Akan ada masalah.... because she's my fiance." Aazad tergamam dengan kata-kata Ian. Dia terdiam. Ian tersenyum sinis. Puas hatinya dengan riak wajah Aazad yang pastinya tidak dapat menjangkakan semua itu.

"Now you akan rasa apa yang i rasa, Emir Aazad." Ian berlalu pergi meninggalkan Aazad yang sudah mati kata. Senyuman kemenangan terukir di wajah setelah dapat 'menewaskan' Aazad. Sakit hatinya kerana diherdik dan dikecewakan sebentar tadi, beransur-ansur hilang. Dia puas...

ALISHA ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن