EMPAT PULUH SATU

9.7K 283 10
                                    

ALISHA dan Aazad selamat menaiki kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Kapal terbang yang dinaiki mereka baru saja berlepas beberapa minit yang lepas.

Aazad melihat Alisha di sebelahnya. Dia teringatkan sesuatu.

"Awak.. Saya baru teringat.. Saya tak sempat pun nak tanya awak pasal macam mana awak tahu saya ada kat sini. Macam mana ek awak tahu?" Tanya Aazad ingin tahu.

Alisha menyengih. Fikirnya Aazad tidak ingin tahu.

"Wahida.. Dia yang bagitahu saya." Jawab Alisha.

"Wahida? Pembantu saya?" Tanya Aazad tidak percaya. Alisha mengangguk.

Terserempak kat restoran Nasi Ayam Tok Wan. Dia yang tegur saya dulu. Dia tegur pun sekadar untuk berkenalan. Bila dia kata dia pembantu awak, saya terus lah tanya dia, kalau-kalau dia tahu awak pergi mana." Terang Alisha.

"Ya. Ofcourse dia tahu. Dia yang uruskan semua. Dari urusan tiket kapal terbang, feri, tempat tinggal.. Dia yang settle kan. Saya cuma tinggal datang dan tidur je kat sana." Aazad ketawa kecil. Tak sangka Alisha akan berjumpa dengan pembantunya itu.

Aturan Allah untuk dia dan Alisha bertemu semula. Dia gembira, akhirnya gadis itu membalas cintanya.

Dia tersenyum.

Cinta bersemi di bumi Maldives.

Ecehh!

"Awak datang sini sorang-sorang?" Tanya Aazad lagi.

"Ermm. Ian yang teman." Jawab Alisha serba salah.

"Ian?" Seperti yang dijangka, riak wajah Aazad berubah.

"Erm.. Lepas saya tahu perkara sebenar, pada mulanya memang saya marah dia. Benci dia. Tapi one day tu dia datang butik mintak maaf and ajak saya plan untuk batalkan perkahwinan kita orang." Jelas Alisha, cuba menolak perasaan negatif Aazad.

"And awak setuju?" Tanya Aazad.

"Yep. Saya tak nak kahwin dengan gay. Saya tak nak kehilangan awak untuk kali kedua. Sebab tu saya usaha untuk cari awak sampai ke Maldives." Jawab Alisha bersungguh-sungguh.

"Then tadi awak kata Ian teman awak ke Maldives. Why him?" Ada nada cemburu dalam pertanyaan Aazad itu.

"Saya tak tahu nak mintak tolong siapa. Saya masih tunangan orang kan. So saya mintak lah tolong Ian. Dia je yang boleh buat abah dengan ibu bagi izin untuk saya pergi sejauh ini." Jawab Alisha. Dia tidak mahu Aazad salah faham.

"Awak bagi alasan apa kat parent awak?" Aazad masih lagi bersoal jawab dengan Alisha.

"Awak ni, macam polis tengah soal siasat pesalah pulak. Banyak sangat soalan." Omel Alisha.

"Alisha.." Aazad mengeraskan suaranya. Cemburu? Ya, dia memang cemburu. Jadi dia perlu hapuskan perasaan cemburu itu dengan menyoal Alisha sampai jawapan gadis itu memuaskan hatinya.

"Saya cakap nak tenangkan fikiran sebelum kahwin. Then saya bagitahu dorang yang Ian akan hantar saya sampai ke Maldives dengan selamat. That's why Ian teman saya." Jelas Alisha satu persatu.

"Lepas hantar saya kat water villa, dia terus naik flight balik Malaysia. Tak nak ganggu saya pujuk awak. Tapi tak sangka pulak tiba-tiba dia boleh buat keputusan nak lari ke overseas tanpa bagitahu apa-apa kat saya."

"Awak.. awak marah ke?" Alisha menarik tangan Aazad, cuba memujuk lelaki itu.

"No. I love you more." Jawab Aazad lalu menarik hidung Alisha.




ENCIK Mokhtar dan Puan Asmah duduk bersama Tan Sri Mukhriz dan Puan Marlia di ruang tamu rumah mereka. Alisha yang baru sahaja turun dari biliknya, duduk bersama mereka, kerana dialah yang mereka berempat tunggukan.

"Uncle, aunty.." Alisha bersalaman dengan kedua tetamunya itu. Dia tahu apa yang ingin mereka katakan selepas ini.

"Alisha, uncle nak mintak maaf sangat dengan kamu, uncle tak sangka Ian sanggup buat macam ni gara-gara tidak mahu berkahwin dengan kamu. Uncle.. uncle tak tahu nak cakap macam mana lagi." Suram saja wajah Tan Sri Mukhriz. Pasti dia tidak menyangka Ian sanggup melarikan diri semata-mata ingin menghentikan perkahwinan yang bakal berlangsung dua bulan saja lagi.

"Tak apalah uncle. Bukan jodoh saya dengan Ian. Uncle janganlah rasa bersalah." Ucap Alisha, cuba menenangkan hati Tan Sri Mukhriz.

"Apalah yang difikirkan Ian sampai dia sanggup ambil keputusan untuk larikan diri. Majlis dah tak lama je lagi. Semua persiapan dah diuruskan. Nasiblah kad jemputan belum dihantar, kalau tak.. hmm." Mata Puan Marlia sudah berkaca. Kecewa dengan tindakan anak lelakinya itu.

"Sudahlah Marlia. Banyakkan bersabar ye. Yang penting sekarang, kita doa supaya nanti dia terbuka hati untuk balik ke rumah semula." Puan Asmah memegang tangan Puan Marlia, cuba memberi sedikit kekuatan kepada wanita itu untuk bersabar. Puan Marlia hanya mengangguk lemah.

"Betul tu Marlia, Mukhriz. Ian tu satu-satu anak korang berdua. Waris tunggal. Doalah supaya dia cepat balik semula ke rumah. Apa yang jadi ni, kita anggaplah sebagai satu ujian." Encik Mokhtar juga turut memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu.

"Aku mintak maaf sekali lagi ye Mokhtar." Ucap Tan Sri Mukhriz.

ALISHA ✔Where stories live. Discover now