EMPAT

13.5K 450 2
                                    

MALAM itu selepas selesai makan malam, Encik Mokhtar, Puan Asmah dan Puan Marlia duduk di ruang tamu berbual kosong tentang Ian dan Alisha. Alisha datang menatang dulang berisi nescafe panas untuk mereka minum sambil berbual.

"Alisha, bawakan satu cawan untuk Ian kat luar tu. Favourite dia ni." Pinta Puan Marlia. Sengaja dia mahu beri peluang kepada Ian dan Alisha untuk berkenalan. Tadi sewaktu makan malam, keduanya diam saja. Langsung tidak ada interaksi antara mereka.

Alisha akur dan berjalan menuju ke laman rumah membawa secawan nescafe untuk Ian. Kelihatannya lelaki itu sedang duduk sambil melihat sekitar laman rumah. Alisha cuba berlagak biasa. Tidak mahu kelihatan kekok di hadapan tunang yang baru pertama kali dia jumpa. Dia menghampiri Ian.

"Ehem..." Alisha cuba menarik perhatian Ian yang seakan leka memerhati sekitar tanpa menyedari kehadirannya di situ. Ian sedikit terkejut dan menoleh memandang Alisha.

"Ni mama awak suruh bawakan air untuk awak. Katanya ini air favourite awak." Tutur Alisha bersahaja sambil menghulurkan cawan berisi air itu kepada Ian.

"Em. Thanks.." Ucap Ian pendek setelah cawan bertukar tangan.

"Boleh saya duduk?" Tanya Alisha. Takkan dia nak terus masuk rumah pula. Nanti apa pula kata tunangnya itu.

"Em. Duduklah." Jawab Ian acuh tak acuh. Alisha duduk menghadap Ian. Suasana senyap seketika. Seorang memandang ke halaman rumah, seorang lagi tunduk bermain jari.

Kurang selesa dengan atmosfera itu, Ian bersuara.

"Alisha. Your name is Alisha, right?" Tanya Ian lalu meneguk nescafe panas tadi perlahan ke dalam mulut. Alisha memandangnya dan mengangguk.

"Air ni you ke yang buat?" Tanyanya lagi.

"Ha'ah. Kenapa, kurang manis ke?" Alisha pula bertanya.

'Banyak songgeh pulak mamat ni. Tak sedap pun telan jelah. nasib aku tak letak racun. Huh!' Gumam Alisha dalam hati.

"No. Just nice." Jawab Ian sambil memandang Alisha.

'Nampak biasa je si Alisha ni. Macam dalam gambar. Nothing interesting. Setakat pandai buat nescafe panas, aku pun boleh." Komen Ian dalam hati.

'Papa.. Why should i marry her? Dia tak ada daya tarikan langsung okay.' Bentak Ian dalam hati.

"Hello. Dah kenapa pandang saya macam tu? Is there something wrong with my face?" Tanya Alisha selamba. Ian tersentak.

'Perasanlah tu ingat aku dok scan muka dia.' Getus Ian dalam hati.

"No. I just realize that nothing interesting about you." Laju aje Ian menuturkan kata-kata itu. Pedas! Langsung tidak memikirkan perasaan gadis itu.

Kini giliran Alisha pula tersentak. Seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.

'Mamat ni dah lebih.' Alisha geram.

"Apa maksud awak?" Tanya Alisha, cuba mengawal perasaan.

"No, nothing. Lupakan. Speaking error maybe." Selamba aje Ian memberikan jawapan.

Alisha bangun. Malas mahu berbual lagi dengan lelaki bermulut puaka ni. Sakit betul hatinya dengan kata-kata Ian, 'I just realize that nothing interesting about you.'

"Wait!" Ian menarik tangan Alisha. Membuatkan gadis itu tidak jadi untuk melangkah. Ian sekali lagi memandang Alisha. Keduanya tidak berganjak.

Bila i tengok mata you..."

"Now what's wrong with my eyes?"

Ian mendekatkan dirinya dengan Alisha. "I rasa something yang i tak pernah rasa sebelum ni."

Alisha menahan dirinya dari bergerak ke belakang. Hatinya berdebar tiba-tiba bila lelaki itu menghampirinya. 'Dah kenapa mamat ni? Ada dapat penampar kejap lagi.' Getus hati Alisha.

"Rasa apa?"

"Rasa macam bila-bila masa je jantung ni boleh berhenti. I can die! Pleaselah! I don't want to marry you!"

Ian separuh menjerit. Sungguh dia tak mahu berkahwin dengan perempuan di hadapannya ini.

"Eh awak ni dah kenapa? Kalau tak nak kahwin dengan saya, kenapa setuju dari awal? We're already engaged!" Ucap Alisha. Dia memandang Ian dengan pandangan tajam.

"I dipaksa okay. Papa tu yang sibuk nak I kahwin dengan you." Jawab Ian membela dirinya.

"Dah tak ada yang boleh kita buat. Kita dah bertunang pun Ian." Alisha terus berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang. Geram. Dia geram dengan sikap Ian. Tak matang langsung!

ALISHA ✔Where stories live. Discover now