DUA PULUH LAPAN

7.5K 282 9
                                    

ALISHA memerhatikan Ian yang sedang menuju ke arahnya bersama dua mangkuk aiskrim di tangan. Tak ada sebarang riak di wajah lelaki itu hinggakan kadangkala Alisha tidak dapat menduga emosi dan perasaan Ian pada ketika itu.

Apa sebenarnya yang dia nak beritahu?

Ah! Baru Alisha teringat akan apa yang Ara dan Hisham ceritakan padanya kelmarin. Dia harus bertanyakan kepada Ian pula apakah yang berlaku sebenarnya di antara Ian dan Aazad ketika di hotel dulu.

Ian meletakkan satu mangkuk aiskrim di hadapan Alisha, perisa vanila coklat, kegemaran Alisha. Manakala Ian pula perisa coklat. Dia duduk berhadapan dengan Alisha.

"Makanlah.." Pelawa Ian tanpa memandang Alisha. Satu sudu aiskrim sudah berada di mulutnya.

"Thank you." Ucap Alisha sambil tersenyum lalu menikmati aiskrim dengan perasaan gembira.

Ian memandang Alisha. Tiba-tiba dia bangun dan membongkokkan sedikit badannya. Wajahnya di dekatkan dengan wajah Alisha. Terhenti suapan gadis itu dek kerana kelakuan Ian yang tiba-tiba itu.

"Kau jangan nak makan aiskrim macam budak kecik boleh?" Ucap Ian. Matanya memandang Alisha tanpa berkelip. Alisha mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" Tanya Alisha, polos.

"sengaja kan nak aku jilat bibir kau yang ada aiskrim tu dengan mulut aku. Kau ingat ni cerita korea?" Perli Ian.

Bulat mata Alisha mendengarkan ayat cheesy campur pedas lelaki itu. Segera dia mengambil tisu dan mengelap bibirnya yang sedikit comot.

'Haishh! macam manalah aku boleh tak perasan ni. Kau ni Alisha. Macam budak keciklah. Buat malu je!' Rungut Alisha dalam hati.

"What the fish! Gatal awak eh. Manalah saya perasan ada aiskrim kat bibir. Saya ingat semua dah masuk dalam mulut." Balas Alisha dengan wajah bersahaja. Padahal dalam hati, dah malu tahap kucing tersedak kepala ikan bilis. Boleh pulak Ian cakap macam tu.

'Sengaja kan nak aku jilat bibir kau...'

Perasan!

Ian hanya tersenyum sinis sambil menyuap aiskrim ke dalam mulut.

"Ian.. Tadi awak kata ada benda nak bagitahu. Apa dia?" Pantas saja Alisha mengubah topik.

"Oh ya. Erm.. Macam mana ek nak cakap." Ian menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Aku nak mintak maaf kat kau." Ucap Ian. Kini dia menggaru kepalanya pula.

"Awak ni kenapa, tergaru-garu.. Macam monyet dah saya tengok." Alisha tergelak kecil dengan ayatnya sendiri.

"Kaulah monyet. Makan aiskrim pun comot." Ian membuat muka.

"Awak ni. Ha yelah, dah kenapa mintak maaf?" Alisha mencebikkan bibirnya. Sakit hati.

"Aku.. Aku yang bagi kau gambar-gambar Emir Aazad." Ian kembali serius.

Berubah terus wajah Alisha mendengar pengakuan Ian.

"Apa yang Aazad bagitahu kat kau masa kat depan butik tu, semuanya betul. Tu semua plan aku." Ian mengaku kesalahannya pada Alisha.

"Ian.." Alisha memandang Ian, seakan tidak percaya dengan pengakuan lelaki itu.

"Pasal apa yang kau dengar masa kat restoran tu pun plan aku. Aku yang upah dorang untuk cakap semua tu." Luah Ian lagi.

Alisha sudah tidak mampu berkata apa. Dia hanya memandang Ian dengan perasaan yang berbaur.

"Aku mintak maaf.." Ian memandang Alisha dengan wajah bersalah.

"Jadi awak sebenarnya yang g.." Alisha tidak mahu meneruskan kata-katanya. Dia tidak mahu menyebut perkataan itu.

"Ya." Akui Ian.

"Aku sakit hati sebab dia tak terima aku. Aku rasa tercabar bila tahu dia suka kau, tunang aku. Jadi aku plan untuk buat dia rasa apa yang aku rasa." Tanpa teragak-agak Ian mengakui segalanya.

"How could you Ian." Ucap Alisha. Dirinya sudah dipengaruhi dengan amarah.

"Alisha.. aku.. aku mintak..."

"Stop it Ian! Saya tak nak dengar apa-apa dah." Alisha bingkas bangun, ingin beredar dari situ namun tangannya pantas ditarik Ian.

"Please Sha. Dengar dulu penjelasan aku." Pinta Ian.

"Go to hell with your explaination!" Alisha menarik kasar tangannya dari pegangan Ian dan berlalu dari situ.

Hatinya panas. Begitu juga kelopak matanya. Ingin saja dia menangis ketika itu.

Dirinya dipenuhi rasa bersalah. Rasa bersalah terhadap Aazad atas tuduhan yang dilemparkan ke atas lelaki itu tanpa usul periksa. Terasa bodoh kerana terlalu mengikutkan emosi.
*
*
*
*
Please vote and comment 😘

ALISHA ✔Where stories live. Discover now