TIGA PULUH TUJUH

7.8K 321 8
                                    

ALISHA berdiri pegun memandang Aazad yang juga sedang kaku berdiri di hujung sana memandang dirinya. Hatinya berdebar laju, tidak dapat digambarkan perasaannya ketika ini dapat melihat lelaki itu dihadapannya sekali lagi.

Ingin saja dia berlari dan memeluk lelaki itu. Meminta maaf atas kata-kata yang telah dihamburkan pada lelaki itu dan meluahkan segala perasaannya yang terpendam selama ini.

Alisha melangkah setapak ingin pergi kepada Aazad, namun langkahnya termati apabila Aazad tiba-tiba saja berpaling dan meninggalkan Alisha di situ.

Alisha tergamam. Mengapa Aazad pergi begitu saja? Marahkah lelaki itu kepadanya?

"Aazad! Aazad!" Alisha melajukan langkahnya mengejar Aazad yang sudah jauh ke hadapan.

"Aazad!" Panggil Alisha lagi, namun Aazad sudah tidak kelihatan.

"This is not what i expect. Dia dah benci aku ke?" Keluh Alisha.

'Apa yang kau expect Sha? Dia akan gembira tengok kau kat sini lepas apa yang kau cakap kat dia dulu? Kau lupa tuduhan melulu kau pada dia?'

"I came here to apologize. Aku menyesal sebab tak percayakan kata-kata dia dulu." Alisha bermonolog sendirian. Berperang dengan hatinya sendiri.

"Aku kena jumpa dia." Alisha mengatur langkah ke bilik Aazad.

"Aazad! Aazad please.. Saya tahu awak marahkan saya, saya mintak maaf." Alisha mengetuk- mengetuk pintu bilik Aazad berharap lelaki itu akan keluar dan berhadapan dengannya.

"Aazad.. Saya tahu awak ada kat dalam. Please, dengar penjelasan saya pulak. Aazad.." Tangan Alisha masih ralit mengetuk pintu bilik Aazad, namun lelaki itu tidak juga keluar.

"Saya menyesal sebab tak dengar penjelasan awak dulu, so saya harap awak akan dengar penjelasan saya kali ni." Ucap Alisha cuba memujuk Aazad.

"Tak apalah, if awak dah sedia nak dengar penjelasan saya, just ketuk je bilik saya ok. Bilik saya kat sebelah ni aje. Saya tunggu awak tau."

Alisha mengatur langkah pulang ke bilik dengan perasaan hampa.




AAZAD hanya berdiri di belakang pintu tanpa sebarang reaksi.

"Alisha.. Is that her? Is she really really be here?" Dia seakan tidak percaya bahawa Alisha berada di sini..

Perasaan Aazad bercampur baur melihat wajah yang dirinduinya itu. Jika diikutkan hati yang rindu, ingin saja dia berlari ke arah Alisha dan memeluk gadis itu.

Namun, perasaan kecewa apabila Alisha mempercayai fitnah orang dari mendengar penjelasannya lebih terasa hingga kini. Apatah lagi apabila dia ikhlas meluahkan perasaannya, tetapi ditolak Alisha tanpa sebarang kata.

Perasaannya tercalar. Sebab itu dia segera pergi apabila nampak Alisha tadi. Dia akui, hatinya gembira apabila Alisha sanggup datang sejauh ini untuk memujuknya. Tetapi untuk sekali ini, dia ingin mementingkan diri.

Dia bukanlah teruk ingin membalas dendam, cuma ingin Alisha merasai bagaimana perasaannya dulu apabila dia cuba ingin menjelaskan tetapi tidak dipedulikan. Atau dalam erti kata lain, dia cuma ingin 'mengusik' saja.

'Will you love me again?'

Aazad tersenyum. Dia tahu gadis itu datang untuk memenangi hatinya semula. Dan kini dia juga sudah tahu bahawa Alisha juga menyukainya seperti mana dia menyukai Alisha.

"Baby, let's start the game." Aazad tersenyum nakal. Dia ingin melihat sejauh mana Alisha akan memujuknya. Kesungguhan gadis itu harus diuji.
*
*
*
*
biu biu 😘

ALISHA ✔Where stories live. Discover now